Alhamdulillah, proses kelahiran yang ketiga amat mudah bagi saya. Dan pada tika itu juga, banyak info yang telah saya pelajari. Tekad di hati memang kuat untuk menyusukan anak ini dengan susu ibu selama mana Allah izinkan. Irfan memulakan proses penyusuannya tika kami masih berada di dalam Dewan Bersalin Hospital Serdang iaitu dalam tempoh sejam pertama setelah dilahirkan.
Dari cara hisapannya, dapat dirasakan yang misi saya Insya Allah akan mudah terlaksana. Irfan pandai menyusu seperti kaklongnya, Afifah. Orang kata anak lelaki ni lebih kuat menyusu...YES it is really true!
Ini antara koleksi gambar peribadi bonding session saya dan Irfan..

Every moments was so wonderful...hilang segala stress akibat bantuan cik oksitosin. Doa kan saya semoga perjuangan ini dipermudahkan-Nya ye...dan moga misi saya tercapai. Coming 20th December 2010, Irfan akan berusia 6 bulan... Alhamdulillah penyusuan eksklusif berjaya dipraktikkan. Sibuk pula kini mencari resepi2 berkhasiat buat si tembam ni. Sekarang pun dah tak larat dokong...kalau dah mula makan...ntahla.
Till then, bersua lagi di entri akan datang...ni helpsheet yang ingin saya kongsi


No comments:
Post a Comment