Pages

Monday, April 25, 2011

yeeeehaaa....DARC here we come

Assalamualaikum....pembuka bicara.

Apa aktiviti hujung minggu kalian? Semoga anda semua happy =) spending quality time with love one.

Hari Sabtu, masa untuk mengemaskini rumah... 3trip laundry + simple breakfast + vacum + mop... huhu... berpeluh makcik.

Setelah berhempas pulas... sampai memulas perut gara-gara late lunch... uhuks... hari Ahad kami bersuka ria di Denai Alam Recreation&Riding Club Selangor... memenuhi undangan Sarakids... dan menunjukkan sokongan terhadap BF Moms.


Perjalanan EXORAku dari Bandar Seri Putra ke DARC mengambil masa kira-kira 1 jam. Penuh muatan dengan 4 womans + 2 girls + 2 boys. Go.. Go.. Girl Power!

Pink mata hitamku melihat ratusan ibu gorgeous di sana. Berpakaian mengikut tema. Ramai bayi-bayi cuuumiiiilll menemani ibu menunjukkan tanda terima kasih mereka kerana telah diberikan makanan terbaik didunia. Tak kurang juga Papa2 yang segak bergaya mengenakan baju hitam dihiasai DSLR masing2 menemani isteri sebagai tanda sokongan tak berbelah bahagi... (T_T) suamiku tiada... kerana bertugas!

Biarpun Papa tiada menemani Mama... but I know you do support me! Thanks dear. Kalau tak... takkan la Papa sanggup ke butik penyusuan susu ibu setiap bulan untuk membelikan storage beg dan barang2 keperluan menyusu yang lain termasuk yg C cup tu seorang diri tanpa Mama kan? biarpun mula2 agak keberatan... malu katanya... but NOW sales girl tu pun dah kenal Papa. Thanks Abang... thanks a lot.

Saya sangat teruja untuk berada di sana. Tambahan pula dengan senario serangan emosi daripada mereka di luar sana yang salah sangka pada kami BF Moms yang bekerjaya yang kerap berkongsi gambar EBM di FB dan blog. Well... niat kami hanya Allah yang Maha Mengetahui. Siapalah kita... manusia yang "BAHARU" sifatnya untuk menilai manusia lain.

Tahniah! buat Farah Farhan dan Sarakids Team. Kamulah inspirasi kami. Kamulah pembakar semangat juang kami. Terima Kasih.

Mummy Anita, Mama Atie and future Umi Maylina

pencipta lagu BF... Mr Brian

BF Sons... Irfan and Haziq

Say YES To Breastfeeding!

perasmian BF Mom Gathering 2011 dan pelancaran MODU

BF Thought oleh Puan Farah Farhan... sungguh touching (T_T)

BF Moms: Me and my "Biras"

sing together... "Mari kita sama-sama... Sama-sama... Menyusu Baby... Baby"

I'm soooo lucky... dapat hadiah "Cabutan Bertuah" (^_^)


For all mummies out there... Selamat meneruskan perjuangan dalam memberikan yang terbaik buat anakanda tercinta. Jika anda tewas sekali ini, janganlah mengalah. Kerana saya juga pernah tewas. Bukan sekali... tetapi DUA kali. Bangkitlah selepas kecundang. Penuhkan ilmu didada. Cekalkan semangat. Pedulikan pandangan negatif orang lain... kerana Hanya Kita Yang Lebih Mengenali Diri Sendiri dan Kemampuannya!

Happy Breastfeeding semua!!! Love you all...


Friday, April 15, 2011

Nak cari barang...nak cari barang

Assalamualaikum....pembuka bicara.

How was ur week? Hari ni adalah penghulu segala hari...Jumaat...esok Sabtu... CUTI! So what ur plan for this weekend?

Saya ada misi pencarian. Bermacam barang berputar ligat dalam kepala mcm gasing hendak dicari dan disediakan untuk majlis sambutan harijadi anakanda puteri di sekolahnya 27hb nanti. Over kah saya?

Hurm...as a mother, apa sahaja permintaan anak... sebolehnya nak ditunaikan selagi terdaya. Tahun ni first time Afifah nak celebrate birthday di sekolahnya... tu yg terlebih excited... hehehehe

Instead of giving ordinary sweets n junk food dalam goodie bag... saya merancang nak cari sesuatu yg boleh disimpan lama oleh rakan2 Nurin (nama panggilan Afifah di sekolah). Perhaps some stationary or keychain... hurm... mana nak cari yg murah dan boleh custom made? any idea?

Tata for now... have a great weekend with ur love one!



Tuesday, April 12, 2011

Nurin is FIVE

Assalamualaikum....pembuka bicara.

This was a simple birthday celebration that we held for our lovely daughter...

SURPRISE!!!

make your wish then cut the cake

Mocha Cake (^_^)

besarnya mulut Papa

here your cake Mama....aaaaa....

suapan kasih untuk adik

1 birthday = 2 presents....3 birthday = ????

gumbiranya hati bila apa yang diimpikan kini dimiliki

scoot!....scoot!

my girls with their new scooters

cara baru menaiki scooter oleh Auni

model scooter Princess

So inilah dia hadiah istimewa buat anakanda puteri tercinta. Bersusah payah Mama dan Papa bawa balik naik motor ni...bayangkan 2 scooter naik motor... huhu. Balik ptg tadi siap basah lencun meredahi hujan sebab nak balik awal celebrate Birthday Kakak!. Anyway... We love u so much princess... Be a good khalifah, daughter and sister.


Princess Of My Heart - Nurin Saffanah Afifah

Assalamualaikum....pembuka bicara.

Entry hari ni saya dedikasikan buat puteri sulung saya yang menjadikan insan biasa ini bergelar "Mama"

video
video ni Papa rakamkan pada jam 2.00pagi 12 April 2006
di Dewan Bersalin Hospital Serdang, Selangor


Detik terindah yang menambah title saya daripada isteri kepada "Mama"
Termia Kasih Allah...Kau kurniakan kami benih cinta yang indah ini


Nurin Saffanah Afifah
begitulah indahnya namamu
membawa erti Cahaya Wanita Suci Yang Bermartabat Tinggi


Afifah lahir seminggu setelah Mama selesai final exam
Semua cemas melihat perut Mama yang besar tika menduduki peperiksaan
Bimbang terukir sejarah
Pelajar UNITEN melahirkan di dewan peperiksaan

Bersamamu...kita sama2 memanjat tangga di menara gading
Mama bawa Afifah ke dewan kuliah dan ke field trip
Walau lelah...Mama tak pernah mengeluh
Kerana Mama berjalan bangga dengan perut memboyot tu
Tanda Mama gigih...tak bisa mengundur
Sebagai bukti janji Mama pada diri dan family
Segulung Ijazah pasti Mama miliki
Biar apapun halangan akan ditempuhi


Hidup Mama dan Papa sangat sempurna
Tika ada anak kecil menangis manja
Bukti cinta kami berdua
Pengikat kasih 2 keluarga
Cucu sulung yang dipuja dan dimanja
Cergas dan ceria tak kira di mana
Anak comel yang petah berbicara


Ramai yang menegur dan berkata
Matamu bersinar dan bercahaya
Tanda anak pintar berjaya
Doa mereka Mama aminkan semua
Moga benar bagai dikata
Pasti Mama Papa terasa bangga
Syukur Ya Allah...Tuhan Yang Maha Esa

Afifah melangkah ketika usia menjengah setahun
Laju je berjalan tak jatuh-jatuh
Mama Papa bawa Afifah ke Jusco
Bukan permainan yang Afifah buru
Ralit membaca senaskah buku


video


Membesarkanmu memberikan Mama Papa banyak ilmu baru
Gerak geri dan keletahmu menghiburkan hati
Kadang2 Afifah beraksi sungguh lucu
Video akan dirakam buat tatapan penyejuk hati
Sure Mama tersenyun, tersimpul malu
Sebab Afifah cermin diri ini


Kita sama dalam bayak perkara
Kalau tak percaya...tanyalah pada mereka
Muka seiras perangai pun sama
Itu sebab kita selalu bertingkah
Tak menyakatmu memang tak sah
Suka tengok gelagatmu yang tak mahu beralah

Ikutkan hati banyak yang nak ditulis di sini
Tapi cukuplah dulu saat ini
Yang lain Mama simpan untuk lain kali
Ingin Mama nyatakan sekali lagi
Mama sayang Kakak sepenuh hati
Janganlah berasa iri
Kalau perhatian Mama terlebih terkurang sana sini
Mama cuba perbaiki diri
Kasih Mama tak berbelah bahagi
Buat kalian bertiga si jantung hati



Monday, April 11, 2011

Treat for Kids

Assalamualaikum....pembuka bicara.

Bermula Rabu lalu kami melalui rutin harian yang berbeza. Suatu pengalaman baru yang penuh airmata dan airpeluh...fhiuuuu...

Pagi2 dah kena siapkan 3 anak kecil yang bermacam kerenah. Kakak siap untuk ke Tadika. Auni dan Irfan... bersiap untuk dihantar ke Taska. Paling mencabar bila semuanya nak "Mama" mandikan... "Mama" buat.

Now Kakak dah boleh berkompromi. Papa yang mandikan dan siapkan. Auni dan Irfan je yang Mama kena uruskan sebab kalau Auni mandi dengan Papa... susana subuh yang hening akan jadi hingar-bingar. Irfan? redha je Mama buat apa... asalkan MAMA.

Selesai satu cabaran, adegan airmata Auni pula. Hari2 menangis bila tiba depan Taska. Tapi sekejap je... mujurlah Mama ni keras hati juga. Bukan tak kasihan. Tapi ini je cara terbaik setelah maid berhenti. Ada bagusnya juga hantar Auni ke Taska. Dari usia 5 bulan, dia dijaga maid di rumah. Sampai sekarang... sangatlah susah kalau kena berdepan dengan crowd yang belum dikenali. Bergantunglah si Auni di kaki seluar Papa ataupun minta Papa dukung... "Takut orang" inilah yang dia akan kata.

As a treat untuk anak3 yang behave dan Mama yang dah laksanakan tugasan berganda dengan cemerlang... Mama bawa semua ke ALAMANDA :) Yahoooooo! Tapi semua ni takkan berlaku kalau Maktok tak datang to the rescue hehehe... Papa mana? huhuhu... kena kerja Sabtu dan Ahad... 8am-7pm... :(

Seronok mereka dapat main di indoor playground Alamanda. Mama pula ada misi nak mencari hadiah birthday Kakak. So lepas je makan... Maktok melayan kerenah 2 gegirls tu main di playground while Mama bawa Irfan menyelesaikan misi. Apa hadiahnya? jeng... jeng... jeng... tengok di entry akan datang ye.

So here some picts of Auni n Irfan yang sempat Mama tangkap guna camera hp tercanggis yang Mama ada... ahaks... Sorry Kakak... gambar Kakak takde sebab Kakak dah hilang dalam group kids yang ramai dalam playland tu... dari jauh Mama dengar... "Hi, saya Nurin... nama awak siapa?" hehehe... peramah macam siapa ntah anak Mama ni???

My Little Hero

Auni ready to blast off...


Sekian dulu ceriteraku...Semoga terus diberi kesihatan dan kekuatan serta kesabaran menempuhi jadual baru kehidupan kami =)


Friday, April 8, 2011

Kisah baru dalam episod kehidupan kami

Assalamualaikum....pembuka bicara.

Maafkan saya kerana sudah lama tak mencoret apa-apa di blog ni...kalau ada yang mengikuti la...ahaks.

Sibuk bukanlah alasan yang baik untuk saya berikan tetapi itulah yang terjadi. Orang lain boleh je update blog kan? kenapa saya tidak? hurm...taknak lah beri alasan lagi.

Life is enjoyable but yet very challenging past few weeks. Seperti yang diwar2kan sebelum ni... maid saya berhenti mengejut. Seminggu jugalah saya bercuti untuk menjaga 3 ketuls buah hati terchenta tu. Last week, kami terima seorang maid baru. Terima hari Rabu... hari Selasa baru ni dah dihantar pulang ke agensi. Kenapa????

Malaslah nak cerita panjang... anggaplah kami tiada jodoh :( hehehe... sedih ke? TAK! Sebab? mengapa perlu menangisi takdir Ilahi yang ternyata ada seribu kemanisan disebalik kejadian ini. Saya sangat bersyukur kerana dengan ketiadaan maid ni membuatkan saya lebih banyak masa dengan anak2 dan suami. Semuanya kami urus sendiri kini.

Sedikit adegan airmata bermula di pagi hari bila Auni yang dah biasa dijaga maid di rumah kini harus bangun pagi dan dihantar ke taska. Hari pertama... memang mencabar. Auni nangis...siap gayut di pintu gril taska...kakak menangis juga bila tengok adik begitu...mama? haruslah meraung sama tengok anak2 begitu (T_T) huwaaaaaa

Namun ini bukanlah masalah besar. Semua anak kecil akan merasa sayu begini bila terpaksa ditinggalkan kerana ibu dan bapa kerja. Tadika di belakang rumah kami pun setiap pagi ada raungan anak kecil ... biasala... once dah tak nampak kereta mak ayah, berhenti terus la nyanyian mereka tu. Tengok kawan2 dah main riang... tak macho lah nak nangis lagi kan?

For my little boboy ...Irfan... cool as always. Ada aku kisah???? hehehe... ye lah, dia masih kecil dan luckily dia tidak memilih orang. Semua yang sapa... akan dibalas dengan senyuman. Senyuman yang selalu buat hati Mama berbunga riang walaupun penat menguruskan kerja dan rumah.

Hati sejuk bila tengok dengan makcik yang menguruskan taska. "Atie pergi je kerja dengan tenang... InsyaAllah makcik jaga elok anak2 Atie. Jangan susah hati ye..." Inilah kata2 dari seorang yang dah 7 tahun pengalaman menguruskan Taska. Sungguh besar rahmat Allah. Makcik ni baru je datang menguruskan taska mmilik sepupunya ni 3 hari sebelum saya mendaftar anak2 di sini. Jodoh yang Allah tentukan buat kami... Alhamdulillah.