Pages

Thursday, October 21, 2010

Kaklong dan Kakngah

Anak dara berdua ni sungguh mencuit hati dan tak kurang juga banyak menghangatkan hati saya dan suami. Kalau mereka takde terasa sungguh sunyi rumah tu ... sunyi dr PEKIKAN kaklong yg suaranya mcm mikrofon (macam Mama juga la...hehe) ... sunyi dr suara TANGISAN mengada2 kakngah yg disakat kaklong ... sunyi dr suara Mama dan Papa menjerit marahkan mereka (mau rumah row hujung dengar bila Mama naik hantu marahkan budak bertuah 2 org ni) Mereka sudah pandai main mak-mak sambil masak2 dan jaga baby doll masing2. Kakngah juga selalu tiru gaya saya breastfeed Irfan... dia akan selak baju dan susukan baby nya sambil cakap "Baby lapar ye...nah nenen" hehehe...Hope bila mereka dah ada anak nanti... mereka juga akan BF anak mereka and I'll be The Guru... Insyallah.

Saya dan suami keluar bekerja seawal jam 7.30 pagi (awal ke???) di saat Kaklong dan Kakngah masih diulit mimpi sambil melelehkan lava di tepi bibir membesarkan peta di bantal..hehehe... Bila kami pulang je...rasa macam disambut bagai menteri. Mereka berpekikan kegembiraan. Kakngah akan sibuk nak naik motor pusing2. Kaklong pula baru dibenarkan keluar dari pagar rumah untuk main basikal. Irfan? pandang Mama dan senyum penuh makna.Selesai mandi dan solat Maghrib, saya mula ambil pesanan makanan dr anak2 dan suami. Apa beza dgn kedai? Saya sendiri ambil order dan masak... huhuhu ... kes tak cukup pekerja ke? BUKAN ... saya akan rasa bersalah kalau tak dapat masak untuk mereka yg telah saya tinggalkan seharian dgn maid
Isnin lalu Kaklong minta saya masak mee goreng ... tapi hari tu saya penat sgt, Cadang nak rehat jap lps Maghrib... tuptup ... tersedar dah pukul 1 pagi. Saya sedih..pikir apa yg anak2 makan tadi. Perut juga terasa lapar dan kepala dah mula pusing...Ye la...tengahari tu saya tak mkn nasi...balik terus menyusukan anak sampai tertidur. Saya bangun minum milo+oat ... mengumpul tenaga untuk menyusukan Irfan yg dah mengamuk. Hari Selasa, pulang dr kerja... saya terus ke kedai beli brg2 utk masak mee. Selesai solat Maghrib, saya turun memasak utk kami sekeluarga. Inilah hasilnya... dan gambar2 di bawah ni ragam anak2 saya makan Mee Goreng Mama.



Hilang segala penat bila tgk anak2 makan masakan dr air tangan ibu sampai licin mangkuk...Papa tak puji pun tak pe...sebab Mama tau mesti Mama masak sedap sampai licin semangkuk mee tu (atau anak2 Mama lapar sangat???)


My Hero New Achievement

Anda saksikan sendiri pencapaian terbaru arjuna hatiku

video

This video was recorded on 15 October 2010 at 7.00 a.m. when he was 3 months 3 weeks old .I Love to watch him doing this...


Perginya seorang teman :(

Pada 11/10/2010(Isnin) yg lalu saya dan keluarga telah ke KLIA pada jam 10.00mlm. Kami ke sana untuk mengucapkan Selamat Jalan kepada jiran lama kami di UNITEN, Rahmah dan Abdulahapai dan anak2 (Muhammad dan Omar). Setahun lebih kami berjiran sehingga saya tamat ijazah dan berpindah keluar. Mereka dari Nigeria...si suami sambung buat PHD di UNITEN...si isteri pula suri rumah sepenuh masa. Mereka sungguh tinggi budi pekerti... sometimes I feel that they were better than us yg sama bangsa ni.

Saya, Rahmah dan anak2 kami di bawah Apartment Murni 1
Afifah bersama Muhammad dan Omar

Tika saya atau anak2 sakit... merekalah org pertama yg datang melawat... di rumah atau di hospital. Tak lekang ungkapan "Sorry" kalau tgk kami sakit. How we will miss them. Anyhow... doa kami semoga mereka sekeluarga berbahagia dan terus berjaya di bumi kelahiran mereka. Insyallah kita akan bersua lagi.


Thursday, October 7, 2010

CinderAfifah... CinderAuni... and... CinderIrfan

Kalau ada yg terpinga2 dengan tajuk entry kali ni...mmg anda patut pun..hehe.. Terms ni hanya saya dan suami yg faham...ni saya nak share maksud di sebalik nama2 ni. Tiap2 mlm Papa akan menidurkan 2 anak daranya di bilik mereka sambil baca bedtime story. Kalau Mama yg baca...tajuknya akan jd Cinderella... tp ... bila Papa yg baca... tajuknya bertukar seperti di atas, macam Transformers yg bertukar dr kereta ke robot tu... dan ceritanya juga akan bertukar mengikut fantasi Papa dan anak2nya... hehehe... suka2 je kan?

Oklah..entry kali ni saya nak share perkembgn terbaru 3 buah hati saya dan suami.

Si kaklong yg ayu (Nurin Saffanah Afifah) berusia 4 tahun. Sbg kakak...dah ada sifat2 membantu dan penyayang. Suka sgt tgk rancangan Playhouse Disney. Lps hbs tgk tv, dia akan mula berlakon dgn adiknya, Auni...play pretend. Sgt petah berbicara dalam Bahasa Melayu atau English...sungguh membanggakan kami. Afifah seorg yg peramah dan cepat mesra tak kira dgn siapa pun...which is sgt berbeza dgn kakngah. Dia sgt cenderung dgn music,dance and art...mcm saya dulu2...hehehe... Anak Mama! Si kakak ni rapat dan manja dgn Maktok dan Umminya. Kalau balik kg, sure taik minyak dia mengalahkan taik minyak kelapa. Nak marahkan dia, kami yg kena sound balik..huhu.. Apa2pun kami mmg bangga sgt dgn pencapaian anak sulung kami ni... sungguh advance!

Kakngah a.k.a. Nurin Auni Awatif baru je berumur 2 tahun. Walaupun dah ada adik...dia tetap gelar dirinya "Adik"... maybe sebab kami dah terbiasa panggilnya begitu sblm ni. Auni sgt lembut dalam berkata2...suaranya halus...rindu kalau tak dgr sehari...tapi...AWAS! jangan la buat dia bengang, nyaring la pekikan suaranya. Kalau dgn kaklongnya, berebut brg dah jd perkara biasa. Kalau dia marah, dgn tgn atau dgn kaki pasti dia 'debik' kakaknya...kalau tak dpt? kepala pun blh guna...asal dpt hantuk kat kakak..huhu..auni..auni.. Becok jg berckp kalau di kalangan keluarga tp agak pelat lg tuturnya...selalu teringat apa yg dikatakan..hehe.."sos betobeto"(sos tomato), "kesumi"(excuse me)..harharhar.. Perkara yg Auni takuti "takut oyang (orang)" sampai dia suruh Papa gigit "oyang" tu... ntah apa2la Auni ni... dan paling kuat jerit kalau nampak "sisak (cicak)"


Anak ke-3 ni kami taktau lg camne perangainya...takat ni yang dia tau isap susu, gelak2, then tido... Si tembam ni mmg kuat menyusu dan Alhamdulillah rezeki Irfan mmg murah...sehingga entry ni ditulis (109 days) Irfan masih dapat meneguk titisan kasih ibu sepenuhnya dr Mama.


Ya Allah...terima kasih di atas pemberian-Mu. Semoga anak2 ini membesar dengan penuh kasih sayang agar menjadi insan yang gemilang fiddunia walakhirat...ameen...


Tuesday, October 5, 2010

107 days

Just want to share pictures of my hero from day 1 to day 105 (^_^)


Mama sayang Irfan...muaahh



Apa nak jadi???

Fuh...fuh...fuh...adus dah bersawang blog mama ni...apa nak jadila ;P Orang nak berblog mama pun nak..akhirnya..blog org ber'update', blog mama sebln sekali baru nak tulis..huhu.

Hari ni saya nak ringkaskan semua yang berlaku dalam sebulan yang lalu:

  1. Ramadhan

    Alhamdulillah tahun ni buat pertama kalinya kami berpuasa di rumah kami sendiri. Disember tahun lepas baru masuk...tak sampai setahun lagi. Our home sweet home!

    Sepanjang Ramadhan saya memasak utk juadah berbuka...dapatla sekali dua pujuk En. Suami utk beli dr bazar...yg lain2 semua masakan rumah...tak d rumah kami, rumah mertua atau rumah mak...yg penting masakan di rumah.Penat? agak penat jg la tp saya bahagia melakukannya.

    Pd 9 Ramadhan juga saya mula kembali bertugas...meninggalkan putera Irfan di rumah bersama maid...sedih...tp apa blh buat...inilah tuntutan hidup ibu berkerjaya. Biarpun Irfan tiada di dakapan mama untuk disusukan...tp...mama tetap menjalankan tanggungjawab mama...ini janji mama.

    ni stok EBM untuk Irfan sebelum Mama start keje


    ni hasil usaha mama di ofis..Alhamdulillah


    Ya Allah...Kau permudahkanlah usahaku untuk beri yang terbaik buat zuriatku...ameen


  2. Syawal

    Aidilfitri kali ini disambut seperti selalu dalam penuh kesederhanaan. Yang beza kali ni kami berlima (^_^) Papa + Mama = Afifah + Auni + Irfan

    Persiapan semuanya tertumpu pd anak2...Papa tempah sepasang baju melayu...siap ada utk junior kami..hehe..syooomel.Mama tempah 2 pasang baju kurung yg sama dgn anak2 dara berdua tu.Kuih raya tahun ni...SEMUA mama tunjuk...hehehe...

    Tahun ni kami beraya di PJ..jauh kan kampung kami? haha...rumah mertua.Ptg raya pertama kami ke Batang Kali...beraya bersama Mak dan Ayah saya di rumah nenek.Hari ke-2 raya...kami berkonvoi ke Tg. Karang...saudara-mara abah (my FIL)...JEMMMM...huh sungguh tiring dok dalam kereta dgn anak2 kecil dlm keadaan jln yg begitu...however...kami happy sgt sbb tahun ni jg kami beraya dgn kereta baru yg lebih selesa utk anak2...Alhamdulillah...semuanya utk anak2.

    Gambar raya??? semuanya dalam kamera my BIL...tunggu depa bagi la baru blh nak upload...huhu...sedih tul...nak hbs raya dah ni tp gmbr xdpt lg.

    Layan gmbr2 raya d kedah dulu la ye...


    ni gambar2 kami beraya di rumah maklang di Desa Seraya, Alor Star... menu: Mee Rebus, Nasi Impit dan Rendang Daging... nyum..nyum..

    Antara mereka yg ada di rumah maklang(tudung hitam) besides kami sekeluarga..Pakcik E and family..

    Di kanan tu my princess yg lembut (Auni) Lembut dalam berkata2...tp AWAS! tak dpt buat dengan tangan, dia guna kaki... tak dapat guna kaki, dia hantuk guna kepala kalau gaduh ngan kakak nya...ish..ish..ish...sapa ajar ni???



    ...dan ini hero saya... penyeri Aidilfitri kami tahun ni. Di Kedah... Irfan lebih dikenali dgn nama "Mat Rejab"



Sekian dulu coretan backdated saya..ada lg 4 hari di bulan Syawal...apa plan anda? Weekend ni saya plan nak bersama Suami dan Anak2 berehat2 di rumah kami je sebab dah beberapa hujung minggu kami berarak ke sana ke mari dan sibuk dgn aktiviti di bulan Syawal...makan...makan...dan makan lagi...

(*_*) tata for now