Pages

Wednesday, December 22, 2010

Stage 1 - COMPLETE !!!

Alhamdulillah...saya sudah melepasi tahap pertama dalam perjuangan menyusukan anakanda putera. Pada 20/12/2010 (Isnin) lalu, genaplah tempoh 6 bulan Irfan menyusu dengan susu ibu. Walau tak boleh declare sebagai sepenuhnya kerana masalah yang timbul di awal kelahiran, namun saya tetap bersyukur kerana dari kekecewaan itu saya bangkit untuk terus berjuang memberi yang terbaik buat anakanda terchenta.

Berikut snapshot sepanjang tempoh penyusuan saya dengan anak ke-3 ni. Bermula dengan detik2 yang hampir menumpaskan azam saya. Bangkit semula dengan memulakan langkah pertama yang amat memberi impak iaitu memiliki Spectra 3.

gambar sesi penyusuan dan stok EBM Irfan dari masa sebelum kembali bekerja sehingga kini


Saya memulakan proses mengumpul stok hanya ketika sebulan sebelum kembali bertugas. Saat2 mengepam dengan hasil 0.5oz... hingga ke 5oz... semuanya saya lalui dengan perasaan bahagia dan bangga. Tidak terlintas mempamerkan gambar untuk menunjuk2...sekadar berkongsi rasa gembira mampu memberikan yang terbaik buat anakanda.

Stok susu Irfan setakat hari ni...Alhamdulillah. Penuh ruang freezer peti ais dengan EBM nya. Terpaksa beli deep freez lain untuk simpan lauk. Kini Irfan mula belajar menerima makanan pejal. Saya prefer masak sendiri untuk anak2. Minggu ni, saya perkenalkan bubur nasi (beras merah) + sesudu EBM kepada Irfan. Sekali sehari je bagi Irfan makan. Biar dia kenal rasa makanan sedikit demi sedikit. Beri setakat yang dia mahu bukan seperti dulu, saya beri anak makan sebanyak yang mungkin..huh.

Pengalaman dan pemerhatian serta pembacaan banyak memberi impak kepada saya dalam corak penjagaan anak. Harapan saya semoga saya dapat berkongsi pengalaman dengan anda yang membaca blog ini.

Doakan saya untuk terus berjaya dalam misi menyusukan anak sehingga 2 tahun ye!


Wednesday, December 15, 2010

Irfan Demam :( Mama EL :) Kakak2 Suka (^_^)

Berat kakiku melangkah meninggalkan rumah pg ni. Irfan dah beransur pulih setelah 3 hari demam since Ahad malam. Semalam saya ambik EL sebab tak sanggup tinggalkan anakanda putera yg demam n merengek.

ni gambar Irfan semasa kami bermesra-mesra tengahari Ahad lalu sebelum MIGRAIN menyerang...argh...

Our BF Moment (^_^) I LIKE!!!

Ptg Ahad lepas, saya diserang migrain. Sakit kepala yg teramat sakit sampai rasa nak hantuk kepala di dinding. Berguling2 menahan sakit. Puas encik suami melumur minyak cap kapak sambil memicit kepala dan tengkuk... namun masih tak lega. Akhirnya, saya duduk di bawah pancuran air di bilik mandi...dengan harapan sejuk air tu dapat ringankan kesakitan.

Lepas dah basahkan kepala, saya terlena sehingga ke maghrib. Usai solat, mak dan ayah yg dah seminggu di rumah saya bersiap nak balik. Mak bgtau Irfan demam, dengan menggagahkan diri saya turun jenguk dia di bawah. Panas badannya.

Kakak2 mengamuk nak ikut Maktok n Ayahwan...Papanya pula terpaksa keluar sekejap kerana ada urusan. Tinggallah kami 4 beranak...1 ibu yg sakit kepala + 2 anak dara yg meraung n menangis + 1 anak teruna yg demam.... ADOOOOIIIIYY

Hari Isnin, saya terpaksa ke ofis. Meninggalkan Irfan yang masih demam. Selesai beri ubat pg tu...dengan berat hati saya meninggalkan dia dengan maid di rumah. Di ofis, hati sentiasa resah. Selang sejam saya talifon rumah tanya tentang Irfan. Balik je kerja terus meluru dapatkannya. Badan masih panas...saya decide nak bawa Irfan ke klinik selepas Maghrib. 38.5...that's the reading. Quite high untuk baby kan... kesian dia...macam mana nak luahkan betapa tak selesanya dia.

Malam itu Irfan merengek tak lena tidur. Selang sejam dia terjaga dan menangis. Saya susukan tapi dia tolak. Dilapkan badan n kepala, saya bawa dia ke toilet dan rendam kakinya dalam sink agar kurang bahangnya. Saya tampal cool fever kat dahi Irfan. Sekali lagi kami suapkan ubat...dia terlena seketika...tak sampai sejam, dia bangun semula. Merengek lagi...sehinggalah ke subuh. Maka dengan rasminya saya EL semalam untuk menjaga anakanda tercinta.

syian tengok Hero Mama...I wish I can replace U in this moment

Selepas Subuh semalam,barulah Irfan mahu menyusu dan tidur agak lama. Saya pun dapatlah merehatkan mata seketika. Hampir pukul 10 pagi, kami terjaga. Badannya dah kurang panas. Saya minta maid mandikan Irfan sambil saya mandi dan bersiap untuk beraksi menjaga anak3 sepenuh masa hari itu.

Irfan langsung tak boleh ditinggalkan walau dengan maid. Tak nampak je muka saya, dia akan merengek... aih ... anak manja Mama ni. Kaklong n Kakngah pun tak kurang gumbira bila Mama off semlm. Dari memasak hingga suap makan...semuanya Mama. Petang semlm bila tengok keadaan Irfan yang makin sembuh, kami bersiar2 ke playground. Menunaikan permintaan Afifah.

Lepas Maghrib, Irfan tidur...saya??? tidur juga??? Oh TIDAK! Seperti biasa Afifah akan tanya "Apa kita nak makan malam ni Mama???" uhuk... tersedak sat. Ingat nak rehat...tapi... mana mungkin saya sanggup hampakan anak yang kuat makan sekarang. Saya turun bersilat di dapur...klung-klang...klung-kling... Maka terhasillah Makaroni Goreng. As usual, saya kena panggil tuan puteri tu begini "Kakak, dinner is serve"...malangnya semlm tiada jawapan kerana si puteri dah tertidur. Kesiannya anak tidur sebelum sempat makan. Tentu dia lapar n cakap begini pg esok "Perut kakak bunyi la malam tadi" :( Saya dan suami melayan si comot kami...Auni...makan. Siap pesan dengan maid untuk simpankan untuk Afifah so dia boleh sarapan esok.

Jam 10malam. Saya chop TV...nak layan citer Lagenda Budak Setan...sambil tu perah susu yang dah melimpah. Irfan masih tidur. Selesai pam sebelah (guna Madela manual je sebab dah pack Spectra 3 untuk bawa ke ofis esok ...alah... sebenarnya sebab malas nak turun basuh lepas pam nanti...hehehe) Irfan pun terjaga. Maid bgtau dengan suspen, badan Irfan panas... aih maid ku sorg ni...kalau ada yg sakit jantung, mau mati terkezut.

Memang panas...nape ni? ubat dah beri ikut kata doktor...6 jam sekali. Saya terus teringat pada ubat yg masuk kut punggung tu. Saya minta suami belikan di klinik. Sambil Papa keluar...Mama lapkan badan anakanda sambil main2dengan dia so Irfan tak terlalu melayan sakitnya. Saya pasang channel 612... Spongebob... Leka seketika si Irfan sambil saya urut2 belakangnya sehingga dia terlena.

Papa pulang dengan hampa. Klinik semua TUTUP...dia dapat ubat dari jiran. Kami call kawan yg wifenya doktor untuk tanya bolehke masukkan ubat tu pada Irfan since dia baru 5bulan. The answer is NO! So kami beri dia ubat dr klinik lagi sambil terus lapkan badan n basahkan kepalanya. Malam tadi dia sudah tidak tolak BF. Maybe dah tak berapa panas tekaknya. Kami tidur tika jam hampir 12.30mlm.

Hanya sekali je Irfan terjaga malam tadi...dan...dia tidak merengek. Alhamdulillah. Saya bersiap ke ofis pagi ni dengan hati yg masih berat...tapi...bila tengok Irfan senyum tika kami bersiap2 ke ofis pagi ni...lega rasa. Kakak cakap dengan Papanya pagi ni "Mama takyah la gi keje" :( kalaulah Mama bisa memilih antara pejabat dan rumah...PASTI Mama pilih RUMAH...kerana RUMAHKU SYURGAKU...kerana di RUMAH ada kamu anak-anak-anak ku.

Suka tengok senyuman manismu Anak!

Tak sabar rasa nak balik rumah...SABAR...lagi beberapa jam je nak habis office hour. Wait for Mama ye anak2...malam ni nak masak apa ye?



Monday, December 13, 2010

Our Moments

Suka bertukar duka...huhu...tengahari semlm kami semua enjoy dgn aktiviti kami. Saya bergurau dengan Irfan sambil meyusukannya. Then melayan kakak2 membuat snowman. Semua ini sebelum "MIGRAIN" menyerang...adus...

Apa2 pun saya tetap bersyukur kerana dikurniakan anak yang ramai. Suasana bingit yang tak pernah saya lalui dulu kerana saya anak tunggal. Kadang2 saya memang tak boleh terima keadaan bingit seperti tu kerana dah terbiasa hidup sendiri yang aman dan sunyi. Tapi bila mereka tidur atau tiada...saya pula yang rasa nak gila dengan kesunyian itu.

Tengahari semalam, saya sempat melayan anak dara berdua tu ber"artzooka"... buat art. Afifah sibuk nak buat snowman...nantilah Mama bawa g Snow World Genting...hehe... Untuk tidak menghampakan, saya ajak dia buat snowman guna cotton ball. Inilah hasilnya...



So Kakak n Auni...nanti belajarlah rajin2 supaya dapat ke oversea...boleh la kita main snow sama2. Mama pun teringin juga nak buat snowman ;P


Wednesday, December 8, 2010

CD (Cloth Diaper @ Celana Dalam)

Hati2 bila bicara tentang CD pada Indonesian...kerana mereka mentafsir CD sebagai Celana Dalam...hehehe...inilah yang berlaku di rumah saya bila minta maid basuhkan CD 3 kali sebelum guna....menung je dia????....hahaha....mana I tau!

Setelah sekian lama menanam impian dan mengumpul duit (ikat perut tau!)...akhirnya pada tarikh keramat...cewah...pada 26 November 2010 (Jumaat) di Baby, Children & Parents Expo di Midvalley...saya telah mendapatkan 5 V2 Lunatots CD...yeay!

Excited sangat2 sebab dah lama aim nak beli...n pd expo ni Lunatots telah menwarkan 20% diskaun...which is never offer at their shop...so...tu yg terus sambar 5 CD. Pilih punya pilih disamping kesesakan trafik yg amat oleh ibu2 seperti saya yg mengambil kesempatan keluar pd waktu lunch break...inilah hasilnya...

5 V2 CD yang pelbagai warna...menariks...


Saya beli CD ni dengan tujuan nak mengajar Auni agar segera potty train...dah tak larat beli pampers yg mahal & merosakkan alam. Sekurang2nya saya dapat mengurangkan belanja rumah...suka tak abang????

Ni gambar Irfan pakai CD yang sempat saya snap. Gambar Auni tak ambil pun sebab dia masih pakai seluar walau ber CD sebab dia kata "shame la Mama"...ada orang yg kata pakai CD ni nampak bulky...tp saya tak nampak pun begitu. Tak kisahlah besar sedikit asal boleh menjimatkan wang.

boleh jadi model CD Lunatots tak???


Masih mahu membeli CD yang pelbagai corak...terkini ada 3 lagi CD dengan design menarik...tak sempat lak nak snap gambar...later lah ye...till then...out now!


Monday, December 6, 2010

MAHA 2010

Hari Rabu lepas, saya dapat MC sebab mata sakit...kena scratch dgn hero kecik saya...huhu... Jadi untuk merehatkan mata...hehehe...saya ajak encik suami untuk ke MAHA 2010...syhhh...terbongkar rahsia.

Kami ingat nak p berdua je...senang nak jalan. Tapi bile masa saya tengah bersiap gosok baju nak keluar, anak dara berdua tu bangun tidur. Kami bagi alasan nak pergi kerja...tapi...kaklong lebih bijak. Nape Mama pakai baju ni g keje? Nape Papa pakai baju lawa? adoiya...terkantoi. Afifah nangis sunguh2 sampai keluar airmata bila kami kata tak boleh bawa dia. Kesian pula tengok. So our trip ke MAHA sudah bertambah anggota.

Keluar dari rumah dah pukul 11 pagi sebab tunggu orang datang betulkan atap. Bilik tidur utama ada leaking...since hujan lebat sepanjang minggu tu. Sampai di Gate 2 Tapak MAHA..jam sudah 12 tengahari. Cuaca elok...tak terik sangat.

Kami menaiki bas Rapid KL yang disediakan ke Dewan Ekspo. Kakak dan Auni sibuk nak g tengok cow...puas pujuk bgtau yang sekarang panas, nanti petang sikit kita g. Dari Dewan A ke Deawan B ke Dewan C...kesian papa kena dukung anak2 yg lenguh kaki...aih...kecik2 dah pandai kata lenguh kaki....layan je la.


Ni gambar kami meronda di MAHA. Kakak n Auni suka sgt dpt tgk chicks n turtle. Mama enjoy food testing...muahahaha...gemuks lagi la Mama. Penat berjalan, kami lepak di Dewan D sebelum meneruskan perjalanan ke Bazaar Makanan. Tak jumpa pula makcik yang terror goreng pisang celup tangan tu. Tapi puashati dpt tgk videonya dr rakan FB. Memamg salut la makcik tu...ni video nya.



OK dulu setakat ni...nak p melawat Mak yang menjalani pembedahan buang selaput mata di Hospital Mata Tun Hussin Onn. Selamat Tahun Baru Hijrah kepada semua pembaca blog ini. Marilah kita berhijrah kepada cara hidup yang lebih baik dan diredhai-Nya.

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Berikut adalah Doa Akhir Tahun


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Berikut adalah Doa Awal Tahun

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Friday, December 3, 2010

From latching-on to winding

Dari lekapan kepada sendawa...andai tafsiran ini lebih menyenangkan anda yang membaca. Menurut apa yang pernah saya baca, kejayaan penyusuan eksklusif bermula dai dalam dewan bersalin. Hal ini telah saya praktikkan ketika melahirkan putra saya Jun lalu. Mungkin agak terlewat untuk menyedari kesilapan lalu, hanya setelah anak yang ketiga...but it's better than never right? Kata kunci untuk kejayaan eksklusif BF yang saya pegang ialah "The sooner the better". Tapi ini semua tertakluk pada situasi.

Alhamdulillah, proses kelahiran yang ketiga amat mudah bagi saya. Dan pada tika itu juga, banyak info yang telah saya pelajari. Tekad di hati memang kuat untuk menyusukan anak ini dengan susu ibu selama mana Allah izinkan. Irfan memulakan proses penyusuannya tika kami masih berada di dalam Dewan Bersalin Hospital Serdang iaitu dalam tempoh sejam pertama setelah dilahirkan.

Dari cara hisapannya, dapat dirasakan yang misi saya Insya Allah akan mudah terlaksana. Irfan pandai menyusu seperti kaklongnya, Afifah. Orang kata anak lelaki ni lebih kuat menyusu...YES it is really true!

Ini antara koleksi gambar peribadi bonding session saya dan Irfan..


Every moments was so wonderful...hilang segala stress akibat bantuan cik oksitosin. Doa kan saya semoga perjuangan ini dipermudahkan-Nya ye...dan moga misi saya tercapai. Coming 20th December 2010, Irfan akan berusia 6 bulan... Alhamdulillah penyusuan eksklusif berjaya dipraktikkan. Sibuk pula kini mencari resepi2 berkhasiat buat si tembam ni. Sekarang pun dah tak larat dokong...kalau dah mula makan...ntahla.

Till then, bersua lagi di entri akan datang...ni helpsheet yang ingin saya kongsi