Pages

Monday, February 28, 2011

Travelling with EBM

Agak kekok bila dah lama tak menggunakan pengangkutan awam. Selasa lepas, saya terpaksa pulang sendiri sebab suami balik awal. Option pengangkutan pulang petang itu ialah KOMUTER. Bukan tak pernah... tapi dah laaaaaaaamaaaaaaaaa tak naik komuter.

Semenjak mengandung Irfan, Papa dah tak benarkan Mama naik komuter. Sedangkan sebelum itu, dengan komuter la saya berulang dari Batang Kali ke Bangsar. Keluar rumah parents seawal 6.40pagi dan 5.40pagi (bulan Ramadhan). Semuanya indah bagi saya. Waktu tu kami baru je berpindah keluar dari UNITEN bila saya tamat pengajian. Seminggu saya dan anak2 di Batang Kali... seminggu kami di PJ. Nak kena adil sebab anak2 saya cucu sulung kedua2 belah keluarga. Saya perlu jaga hati semua. Suami? terpaksalah kami berpisah sementara kerana ketika itu dia menyambung pengajian di kelas malam :( huhuhu.

OK back to the topic. Hari Selasa lalu, buat sekian lamanya... saya menaiki komuter dr KL Sentral ke Bangi. First time perjalanan KL ke Bangi ni. Dari Ofis, saya menapak ke bus stop dengan kawan ofis, Kak Liza. Dia nak naik LRT ke Sentul.


Sampai di stesen LRT Bangsar, Kak Liza turun... tinggallah saya sendiri meneruskan perjalan ke Stesen KL Sentral dengan bus RapidKL. Punyalah malu nak bertanya, saya decide nak turun di bus stop tepi jalan Tun Sambathan. Budget dekat je la kalau nak jalan kaki ke KL Sentral. Akhirnya... hampir setengah jam saya terpaksa menapak ke sana. Lalu di depan construction area sambil diperhatikan oleh Mat Indon dan Bangla dengan memikul beg pump dan hasil tenusu. Namun... I'm walking tall. Bangga bawa susu untuk anak... macamlah orang tau dalam beg tu ada susu.

Berpeluh ketiak berjalan ke stesen. Akhirnya tiba juga. Beli tiket komuter ke Bangi then terus turun ke platform untuk beratur menanti komuter. Keadaan di platform ketika itu...


Saya beratur di line untuk menaiki "Koc Wanita"


Tren tiba tak sampai lima minit selepas berdiri. Seperti dijangka... PACK! Semua pakat tolak nak sumbat juga. Dah berlaga pipi dengan pintu komuter dah. Tren berikutnya akan tiba lagi 10 minit. Daripada bersesak macam sardin... relaku menunggu. Tren tiba... sangatlah suka hatiku melihatnya...


tren baru yg sangat selesa. Tempat duduk banyak yang kosong. Alhamdulillah... berkat sabar menanti, saya antara yang bertuah dapat tempat duduk. Tengok sekeliling kalau ada wanita lain yang lebih memerlukan... tiada yang lebih berusia, tiada yang mengandung, tiada yang cacat, tiada yang mendukung anak... then barulah saya duduk dengan selesanya. Siap ada tempat rehatkan kaki... macam jakun lak saya ni :D



sungguh selesa. Sambil bersandar rehatkan badan... layan cerita favorite kami anak-beranak... Tom & Jerry Show :) teringat Afifah dan Auni di rumah.


Inilah kisah saya... travel dengan EBM. Biar lenguh bahu memikul pump + icepack + hasil tenusu... akan Mama harungi segalanya demi memberikan yang terbaek buat anak Mama. Malam itu, kita makan bersama sambil berkongsi cerita Mama menaiki komuter.


4 comments:

  1. Atie, sekali sekala naik public transport selepas sekian lama.. rasa mcm blurrrr kejap eh... tapi mula tingat kisah lama2 dulu, masa tak de keta, masa time study... baru ni travel dgan EBM dari KL ke manjung dgan Mr. bas ekspress..

    ReplyDelete
  2. Kak Lid (baru tahu nama akak...maaf ye)best kan naik public transport? mengimbau banyak kisah lalu...dan buat kita bersyukur betapa bertuahnya keadaan kita sekarang. Thanks sbb selalu jengah blog Atie yg tak berupdate ni. Blh update seminggu sekali je...tu pun curi masa lunch.

    ReplyDelete
  3. semoga success kak!

    akak patut ada gadjet shoutbox la sng nak ber'say' hi..hehe

    ReplyDelete
  4. Hi Wani...thanks sbb sudi menjengah blog yg tak ber'update' ni....sarananmu telah dilaksanakan. Selamat meninggalkan jejak di shoutbox ye. Salam perkenalan :)

    ReplyDelete