As mention dalam entry ni... banyak aktiviti yang dirangka. Alhamdulillah... out of 3... 2 yang terakhir tu berjaya dilaksana.
Khamis (3/2/2011)
Hari ni kami sekeluraga bersama Maktok dan Ayahwan (my parents) pakat nak ke Midvalley... dalam kepala terbayang kelazatan Mee Kari yang power kat food court tingkat 3. Ingatkan jalan sesak sebab ramai nak masuk parking... bila masuk je... macam tak percaya! Kami boleh pilih nak park kat mana sesuka hati sebab banyak yang KOSONG. Seronoknya kalau selalu begini 8) Dengan cargasnya kami park kat petak yg dekat ngan escalator. Janji nak jumpa Maktok n Ayahwan kat Jusco...


Done beli baju renang dan seluar Irfan...kami ke Tingkat 3 mencari port untuk mengisi perut yang dah berdendang lagu keroncong...ke...lagu rock dah? Hidung
Next destination, nak balik Batang Kali (rumah my parents). Kakak2 dah tersangkut kat McD...nak makan "aiskrim white" = sundae. So Ayahwan n Maktok terpaksalah menunggu mereka manikmati favorite desert terbaru mereka tu. Saya dan suami ada misi yang lebih mencabar kalau mereka ikut...nak ke Toys R Us. Kami nak beli hadiah untuk birthday anak cousin esok. Niat di hati memang nak beli pool untuk anak3 bermandi-manda suka-suki di halaman rumah...tapi...memikirkan kawasan kejiranan yang ramai anak kecil sebaya mereka, kami batalkan hajat tu. Taknaklah nanti anak jiran terjenguk-jenguk tengok keriangan mereka...kesian... Dah la rumah takde tembok...so... senang sangat orang yang lalu nampak apa aktiviti di laman rumah tu. Lagipun...nanti hari2 nak berendam...jenuh maid nak kepong.
Jumaat (4/2/2011)
Pagi itu...kucing2 ria menari sebab dimandikan Papa. Semuanya ucuk asyam... lepas ni dapatlah peluk cium Nome, Bob dan Jenny. Yang lain2 tu jangan jeles ye... sebab Mama cuma jaga mereka bertiga ni. maktok dan Ayahwan kan sayang kalian... terutama si obes Tom tu. Saya tak sempat nak snap gambar sebab kalut tolong mak di dapur memasak juadah tengahari. Murah rezeki kami sebab Pakcik Arin sekeluarga datang lunch sama ...kebetulan... Maid saya bercuti jadi haruslah saya jadi cam lipas kudung. Mengasuh, mengurus anak. Menyusu dan pump. Tak lupa membantu di dapur. Tarra... simple dish (sorri takde gambar). Masak lemak cili api ikan lampam+haruan bendang, sayur campur, ayam masak merah, ikan haruan goreng, ikan pekasam dan air special dari Papa (pakar air) Nenas+Lychee.
Lepas solat Jumaat... kami makan beramai2. Seronoknya... sebab keluarga saya kecil. Saya anak tunggal. So kalau ada tetamu atau saudara datang... memang meriah!




Sabtu (5/2/2011)
Kami plan nak bawa chenta hati 3 ketuls tu berjimba di Genting Highland bersama Maktok dan Ayahwan. Actually nak replace planning ke Melaka. Tak dapat ke sana sebab hotel semua fully booked.
Pukul 10.30 pagi kami gerak keluar dari rumah my parents. Dekat je Genting tu... 1/2 jam perjalanan je dari Batang Kali. Tiba di stesen Skyway Genting pukul 12.00 tengahari. Lambat sebab berpusing2 mencari parking. Sure ramai manusia kalau dah full parking ni. Tapi dah alang-alang sampai... takkan nak cancel.
Masuk je bangunan tu... TU DIA! Ramainya manusia. Beratur sampai depan pintu entrance nak beli tiket. Tu belum lagi beratur nak naik cable car. Lenguhla berdiri... Irfan dah sedap dok dalam wrap. Bertambah 8kg beban pada badan Mama. Tapi mama suka sebab kita saling menghangatkan...LOVE IT...Dua jam beratur, akhirnya dapat juga naik cable car.
Layanlah dulu gambar2 kat bawah ni ye... saksikan kegirangan + kepenatan kami.









nape duck?
bukan fishing fish ke?



We R Sooooo Happy :)



and I'm the Little Red Riding Hood...
Little ke???






Longlai rasa sebab kena beratur lagi 2 jam untuk naik cable car turun dr Genting. Apa2 pun we really had a quality time. Thanks Ayahwan sebab belanja kami... terima kasih daun keladi... lainkali kita p lagi na? hehehe. OK for now... banyak lg gambar nak share tp ada error so nanti akan update lagi entry ni.

No comments:
Post a Comment