Pages

Monday, February 28, 2011

Travelling with EBM

Agak kekok bila dah lama tak menggunakan pengangkutan awam. Selasa lepas, saya terpaksa pulang sendiri sebab suami balik awal. Option pengangkutan pulang petang itu ialah KOMUTER. Bukan tak pernah... tapi dah laaaaaaaamaaaaaaaaa tak naik komuter.

Semenjak mengandung Irfan, Papa dah tak benarkan Mama naik komuter. Sedangkan sebelum itu, dengan komuter la saya berulang dari Batang Kali ke Bangsar. Keluar rumah parents seawal 6.40pagi dan 5.40pagi (bulan Ramadhan). Semuanya indah bagi saya. Waktu tu kami baru je berpindah keluar dari UNITEN bila saya tamat pengajian. Seminggu saya dan anak2 di Batang Kali... seminggu kami di PJ. Nak kena adil sebab anak2 saya cucu sulung kedua2 belah keluarga. Saya perlu jaga hati semua. Suami? terpaksalah kami berpisah sementara kerana ketika itu dia menyambung pengajian di kelas malam :( huhuhu.

OK back to the topic. Hari Selasa lalu, buat sekian lamanya... saya menaiki komuter dr KL Sentral ke Bangi. First time perjalanan KL ke Bangi ni. Dari Ofis, saya menapak ke bus stop dengan kawan ofis, Kak Liza. Dia nak naik LRT ke Sentul.


Sampai di stesen LRT Bangsar, Kak Liza turun... tinggallah saya sendiri meneruskan perjalan ke Stesen KL Sentral dengan bus RapidKL. Punyalah malu nak bertanya, saya decide nak turun di bus stop tepi jalan Tun Sambathan. Budget dekat je la kalau nak jalan kaki ke KL Sentral. Akhirnya... hampir setengah jam saya terpaksa menapak ke sana. Lalu di depan construction area sambil diperhatikan oleh Mat Indon dan Bangla dengan memikul beg pump dan hasil tenusu. Namun... I'm walking tall. Bangga bawa susu untuk anak... macamlah orang tau dalam beg tu ada susu.

Berpeluh ketiak berjalan ke stesen. Akhirnya tiba juga. Beli tiket komuter ke Bangi then terus turun ke platform untuk beratur menanti komuter. Keadaan di platform ketika itu...


Saya beratur di line untuk menaiki "Koc Wanita"


Tren tiba tak sampai lima minit selepas berdiri. Seperti dijangka... PACK! Semua pakat tolak nak sumbat juga. Dah berlaga pipi dengan pintu komuter dah. Tren berikutnya akan tiba lagi 10 minit. Daripada bersesak macam sardin... relaku menunggu. Tren tiba... sangatlah suka hatiku melihatnya...


tren baru yg sangat selesa. Tempat duduk banyak yang kosong. Alhamdulillah... berkat sabar menanti, saya antara yang bertuah dapat tempat duduk. Tengok sekeliling kalau ada wanita lain yang lebih memerlukan... tiada yang lebih berusia, tiada yang mengandung, tiada yang cacat, tiada yang mendukung anak... then barulah saya duduk dengan selesanya. Siap ada tempat rehatkan kaki... macam jakun lak saya ni :D



sungguh selesa. Sambil bersandar rehatkan badan... layan cerita favorite kami anak-beranak... Tom & Jerry Show :) teringat Afifah dan Auni di rumah.


Inilah kisah saya... travel dengan EBM. Biar lenguh bahu memikul pump + icepack + hasil tenusu... akan Mama harungi segalanya demi memberikan yang terbaek buat anak Mama. Malam itu, kita makan bersama sambil berkongsi cerita Mama menaiki komuter.


Mat dan Minah rempit

biarpun kami basah kuyup... kami tetap HAPPY :)

Kami bukanlah samseng jalanan...sekadar berkongsi jalan dengan anda semua. Tajuk je gempak... rempit kami pun taklah selaju kebanyakan motor di jalan sana. Ye lah... semput si Jebon (gelaran untuk motor Kriss kami yang dah 7 tahun berkhidmat...plat JEB) nak membawa bebanan kami yg amatlah di luar keupayaannya... hahaha... faham perasan motor tu.

Berhujan... berpanas... kami harungi bersama... cewah... kan dulu time bercintan-cintun keluar ayat "Lautan api kuredahi" ni baru hujan air... apa lah sangat kan? kan? kan?

Kadang2 hati jadi sayu bila tengok ramai yang lebih bertuah dapat ke ofis menaiki kereta yang dipandu suami atau sendiri (bukanlah kami tiada kereta, tapi kos perjalanan berkereta ni terlalu tinggi untuk kami). Si isteri siap boleh lena di sisi sambil suami memandu atau mereka senyum berbual.

Tapi... bila asyik memandang ke atas, kita kan lupa untuk bersyukur. Pandanglah ke bawah... masih ada ramai wanita berkerja seperti saya yang terpaksa bersesak menaiki kenderaan awam untuk ke tempat kerja, tak kurang juga yang menunggang sendiri motosikal ke pejabat. Samada mereka dan suami berlainan arah ke tempat kerja atau mereka sudah tiada insan tersayang di sisi.

Saya masih bertuah kerana dapat memeluk erat tubuh suami walau dalam keadaan hujan yang lebat membasahi kami. Syukur Ya Allah. Moment ini yang mengikat lagi kasih kami. Susah senang akan kuharungi bersama dia. Lelaki yang Kau cipta untukku... Shaffarizal bin Mazlan.


Thursday, February 17, 2011

Riang Ria Cuti 1 TM

Setelah 2 minggu...baru kini sempat menulis tentang pengisian sepanjang Cuti 1 TM yang lalu.

As mention dalam entry ni... banyak aktiviti yang dirangka. Alhamdulillah... out of 3... 2 yang terakhir tu berjaya dilaksana.

Khamis (3/2/2011)
Hari ni kami sekeluraga bersama Maktok dan Ayahwan (my parents) pakat nak ke Midvalley... dalam kepala terbayang kelazatan Mee Kari yang power kat food court tingkat 3. Ingatkan jalan sesak sebab ramai nak masuk parking... bila masuk je... macam tak percaya! Kami boleh pilih nak park kat mana sesuka hati sebab banyak yang KOSONG. Seronoknya kalau selalu begini 8) Dengan cargasnya kami park kat petak yg dekat ngan escalator. Janji nak jumpa Maktok n Ayahwan kat Jusco... nak cari swimming suit untuk Afifah. Saya dah daftarkan Afifah ke swimming class di sekolahnya. Next week akan start class. Syioknya budak bertuah berdua tu... Ayahwan belikan swimming suit+goggle pink sorang satu. Yang kakak memang nak ke class... Auni ni nak swim kat mana? Haruslah Mama kena beli pool satu nanti. Mama nak beli yang ni ada jual tak?
boleh Mama tumpang berendam juga...tapi...takdela pakai swimsuit


Done beli baju renang dan seluar Irfan...kami ke Tingkat 3 mencari port untuk mengisi perut yang dah berdendang lagu keroncong...ke...lagu rock dah? Hidung yang kembang dah terbau mee kari yang hebat itu...tapi...HAMPA sebab kedainya dah bertukat owner. K-E-C-E-W-A itulah yang dirasa.Makan juga mee kari tapi memang tak diterima tekak. TAK SEDAP!!!

Next destination, nak balik Batang Kali (rumah my parents). Kakak2 dah tersangkut kat McD...nak makan "aiskrim white" = sundae. So Ayahwan n Maktok terpaksalah menunggu mereka manikmati favorite desert terbaru mereka tu. Saya dan suami ada misi yang lebih mencabar kalau mereka ikut...nak ke Toys R Us. Kami nak beli hadiah untuk birthday anak cousin esok. Niat di hati memang nak beli pool untuk anak3 bermandi-manda suka-suki di halaman rumah...tapi...memikirkan kawasan kejiranan yang ramai anak kecil sebaya mereka, kami batalkan hajat tu. Taknaklah nanti anak jiran terjenguk-jenguk tengok keriangan mereka...kesian... Dah la rumah takde tembok...so... senang sangat orang yang lalu nampak apa aktiviti di laman rumah tu. Lagipun...nanti hari2 nak berendam...jenuh maid nak kepong.

Jumaat (4/2/2011)
Pagi itu...kucing2 ria menari sebab dimandikan Papa. Semuanya ucuk asyam... lepas ni dapatlah peluk cium Nome, Bob dan Jenny. Yang lain2 tu jangan jeles ye... sebab Mama cuma jaga mereka bertiga ni. maktok dan Ayahwan kan sayang kalian... terutama si obes Tom tu. Saya tak sempat nak snap gambar sebab kalut tolong mak di dapur memasak juadah tengahari. Murah rezeki kami sebab Pakcik Arin sekeluarga datang lunch sama ...kebetulan... Maid saya bercuti jadi haruslah saya jadi cam lipas kudung. Mengasuh, mengurus anak. Menyusu dan pump. Tak lupa membantu di dapur. Tarra... simple dish (sorri takde gambar). Masak lemak cili api ikan lampam+haruan bendang, sayur campur, ayam masak merah, ikan haruan goreng, ikan pekasam dan air special dari Papa (pakar air) Nenas+Lychee.

Lepas solat Jumaat... kami makan beramai2. Seronoknya... sebab keluarga saya kecil. Saya anak tunggal. So kalau ada tetamu atau saudara datang... memang meriah!

Petang itu, kami ke Majlis "Housewarming" + Birthday Party rumah cousin Papa di Bkt.Antarabangsa. Kami sampai agak lewat. Majlis mula pukul 4.30 tapi kami sampai dah pukul 6. Anyway... tetap hadir kan? Si Kaklong agak moody sebab tengah syok tidur dalam kereta time sampai tadi. Bila dibangunkan... apa lagi... moncong sedepa la. Siap Papa dukung lagi. Hilang seri pakai gaun... tapi... kejap je. Nampak muka fren yang pakai ala-ala Snow White dan belon yang bergantungan serta clown yang cumil tu, terus senyum lebar. Siap dekor tangan n pipi... aih... nak kata tak boleh, ni party orang... so... okjela. Nasib baik ink tu tak lekat lama. Kalau lekat cam cop kat sekolah tu, sure comot pipi anak Mama seminggu. Menu hari tu memang BESTEST! Cendoi dia memang sempoi... layan... Auni mana? tidur dari dalam kereta... sampai diriba Umi... dekat nak balik baru sedar. Boleh? Tapi apa2 pun. Thanks Abg Pu n Kak Ina. Tahniah! cantik rumah. I like ur kitchen ;p boleh dok dalam tu sehari suntuk. Saaaaangaaaaaat syaaaaaaanteeeeeeek! Kenyit2 mata kat Papa... boleh dapat tak? ahaks... in my dream! Sebelum balik Afifah bergambar bersama 2 pupunya Shasha yang dipanggil Snow White hari tu... layan jelah. Ni gambar saya dan biras. Irfan dan Haziq ni beza 10 hari je. And proudly announce that they were fully BF babies. Alhamdulillah.


Sabtu (5/2/2011)
Kami plan nak bawa chenta hati 3 ketuls tu berjimba di Genting Highland bersama Maktok dan Ayahwan. Actually nak replace planning ke Melaka. Tak dapat ke sana sebab hotel semua fully booked.

Pukul 10.30 pagi kami gerak keluar dari rumah my parents. Dekat je Genting tu... 1/2 jam perjalanan je dari Batang Kali. Tiba di stesen Skyway Genting pukul 12.00 tengahari. Lambat sebab berpusing2 mencari parking. Sure ramai manusia kalau dah full parking ni. Tapi dah alang-alang sampai... takkan nak cancel.

Masuk je bangunan tu... TU DIA! Ramainya manusia. Beratur sampai depan pintu entrance nak beli tiket. Tu belum lagi beratur nak naik cable car. Lenguhla berdiri... Irfan dah sedap dok dalam wrap. Bertambah 8kg beban pada badan Mama. Tapi mama suka sebab kita saling menghangatkan...LOVE IT...Dua jam beratur, akhirnya dapat juga naik cable car.

Layanlah dulu gambar2 kat bawah ni ye... saksikan kegirangan + kepenatan kami.

Maktok dan Ayahwan letih melayan karenah anak cucu

love this picture sooo much...cloudy...macam kat oversea

me and my kiddos

anak manja Papa yang buat Mama gerrram

Papa dengan bidadari-bidadari nya

line up to get on Spinning Ribena Cup

ggggg...so cool...Isn't she adorable?

Afifah memancing itik yang bertuah!

turn Auni...fishing duck?
nape duck?
bukan fishing fish ke?

My Small family...Small But With Big Heart!

jalan-jalan di Kota London...cewah!

Hallo! Anyone there? We want to report...
We R Sooooo Happy :)

riding in an antic car...vroom...

si kecik yang baru bangun...terus main slide

My Robbin Hood...
and I'm the Little Red Riding Hood...
Little ke???

Not Bad! See target 16... WOW!

HOT milk for Irfan :)!

come I give u a push sista!

sempat lagi main "Mak-Mak"

Kakak boleh dapat present sbb sangat behave! Nanti Mama beli ye

good bye Genting... jumpa lagi!


Longlai rasa sebab kena beratur lagi 2 jam untuk naik cable car turun dr Genting. Apa2 pun we really had a quality time. Thanks Ayahwan sebab belanja kami... terima kasih daun keladi... lainkali kita p lagi na? hehehe. OK for now... banyak lg gambar nak share tp ada error so nanti akan update lagi entry ni.



Wednesday, February 16, 2011

Kami yang tidak sihat :(

Bermula dengan Mama yang demam panas malam Selasa minggu lepas (9/2/2011)..membawa kepada MC pada hari Rabu. Kakak juga tak ke sekolah kerana badannya panas malam itu. Kesuraman mula melanda rumah bila kami pakat pas baten demam....huhu....

Nasib baik Mama cuma lemah sehari...so...boleh jaga semua yang lain. Malam Khamis lalu (10/11/2011), saya dan suami pakat nak bawa anak3 ke Hospital An-Nur Bangi setelah Kaklong yang pulang sekolah tengahari tadi panas badannya dan Kakngah yang dah mula menyahut kokokan batuk si kakak. Ya Allah...ramai kanak2 yang senasib anakku di sana. Musim demam+batuk+selsema...3in1...3 serangkai.

Sambil menanti giliran...kupujuk Kaklong dan Kakngah yang dah mula merengek dan buat perangai akibat tak selesa dengan bahang panas badan mereka. Irfan pun dah mula berair hidung...tapi tidak demam. Seorang demi seorang anakku diperiksa doktor.

Examination on Kaklong...suhu badan 38.7, lung...banyak kahak... bila check tekak, Doktor mendapati tonsilnya bengkak dan perlu di'refer' kepada doktor pakar...Ya Allah...seriuskah? Memang lately Afifah kerap demam yang berulang. Surat telah ditulis...kami akan ke Hospital KPJ Kajang untuk set appointment dengan pakar ENT. Next...Auni diperiksa. Temperature...38.4 Tekak sedikit merah...lung...clear cuma da mild selsema. Since temperature dah above 38... doktor nasihatkan kami untuk masuk ubat punggung untuk redakan panas badan. Alhamdulillah mereka mahu mendengar arahan doktor. Irfan...suhu badan 36.4...masih OK.

Balik rumah malam tu, Afifah dan Auni senang je nak makan ubat. Malam tu...badan Auni panas. Saya ambil keputusan untuk ambil EL esok. Bermulalah kisah demam berpanjangan dan kokokan batuk yang bersahutan mengisi ruang rumah kami.

Mama masak bubur ayam dan sup sayur untuk anak2 yang demam + Mama pun makan yang sama...sebab malas nak masak makanan lain...huhu...


While waiting bubur masak...Mama layan Kaklong and Kakngah painting guna watercolor. Bersinar-sinar mata mereka tengok Mama beli watercolor, brush dan drawing block... something yang Mama tak pernah bagi sebelum ni. Khusyuk dengan hasil seni masing-masing... takdela merengek je si Auni tu. Lepas painting, Mama suap bubur nasi dan sup... mereka makan sikit je. Perit tekak agaknya.

Petang Jumaat, Maktok dan Ayahwan datang. Teman Mama menjaga si cumil semua yang demam sebab Papa balik lewat malam tu...menghadiri kelas malam. Good Luck Papa! Mama doakan semoga Papa berjaya dalam exam March nanti. Malam itu...Maktok dan Ayahwan yang jaga Auni yang makin merengek kerana demam. Suhu tinggi lagi...cecah 38. No option, Mama sumbat ubat punggung lagi. Kesian sangat bila Auni nangis kata sakit.


Hari Sabtu, Mama tekad nak bawa anak2 ke Klinik Gesundheit di Wangsa Maju untuk terapi. Maktok pun tengah jalani terapi 8 hari. Mama pujuk Auni untuk terapi. Mama peluk Auni sambil doktor pakaikan wayar di baju dan seluar Auni. Tak sakit kan? Bukan nak kena cucuk...cuma pasang wayar. Terapi ni untuk alirkan gelombang positif ke badan patient. InsyaAllah akan lebih bertenaga lepas terapi. Kami sekeluarga dah lama percaya dengan produk Gesundheit terutama air ECPI.
Takde lagi Ponstan yang setia menemani bila migrain...semuanya ubat Gesundheit...no drug. Boleh makan selang 15 minit bila sakit. Memang lambat berkesan...tapi...takpela asalkan tiada drug. Kaklong dan Auni pun senang makan ubat...sebab manis. Next, Mama pujuk Kakak pula. Memang susah nak makan pujuk Kakak ni bila dia takut tengok wayar yang berselirat kat badan Maktok. Tapi akhirnya Kakak setuju asalkan dia tak perlu baring. OKlah Tuan Puteri... apa saje asalkan nak buat terapi. Biarpun Kakak dah tak demam, Mama nak suruh Kakak buat terapi so that Kakak akan lebih bertenaga.

Penat duduk... akhirnya Kakak minta untuk baring. HAHAHA... itulah tawa Mama dalam hati. Penakut sungguh Kaklong ni. Tak mau mencuba dulu. Sekarang dia pula yang nak baring... siap tunjuk thumbs up bagai. Anyway... You are "Good Girl and sister". Mama proud of you.

Malam itu, Auni nyenyak tidur. Irfan pula yang merengek kerana selsema. Biasala, kalau selsema memang susah nak breastfeed. Saya bangun dan dodoikan dia sambil selawat. Dadanya saya urut. Susukannya sambil duduk. Tidurkannya secara telangkup... biar senang bernafas walaupun esok pasti cadar penuh kesan hingus yang meleleh... alah... kan boleh basuh. Papa juga tak nyenyak tidur. Dah mula panas badan dan batuk.


Hari Ahad ada program "Parent's Course" sekolah Afifah. Papa dah KO. Mama pun nak tumbang dah ...tapi... program tu perlu dihadiri. Saya gagahkan diri bersiap ke program tu seorang diri. Inilah tanda kasih Mama pada Kakak. Mama akan support apa jua yang Kakak ceburi. Di program ni, banyak yang Mama belajar. Belajar "ABC Movement" yang Kakak belajar hari2 tu. Now we can learn n have fun together!

Isnin lepas saya memang dah apply cuti. Nak cuti direct sebab esok cuti "Maulidur Rasul". Nasib baik saya cuti... sebab hari ni tugas membawa Papa pula ke klinik. Proud of me! Alhamdulillah... terima kasih Allah kerana beri aku kekuatan dan kesihatan yang baik untuk berbakti kepada suami dan anak2 di saat mereka memerlukan aku di sisi. Balik dari klinik... bersilat di dapur menyiapkan lauk-pauk untuk santapan Raja dan Tuan Puteri berdua yang sakit. Tempe&Ikan Bilis kicap + Sawi goreng dgn udang + Ikan Bawal sweet sour. Itulah menunya.

Auni sangat manja dengan saya time demam ni. Semuanya Mama. Makan, Mandi, Susu... semua nak Mama buat, Mama suap dan Mama riba. Anak Papa dah lekat kat Mama pula. Kalau sihat... tak nampak dah Mama depan mata. Terus terpa Papa... haish... Auni sudah susut. Kakak pun. Kurus je anak2 Mama. Nak buat macam mana, mereka kurang selera makan. Saya belikan multivitamin+lysine tadi di farmasi. Hope dapat increase selera mereka untuk makan. Tengahari tadi, 2-3 suap nasi je mereka dah takmau. Malam tu saya gorengkan nasi sebab mereka sangat suka nasi goreng. Banyak juga Kakak makan. Auni? bolehla... 4-5 sudu. Up sikit dari tengahari tadi.

Mama harap anak3 cepat sembuh. Papa juga! Nanti kita semua dah sihat, Mama belanja g jalan-jalan ye. Maaflah kalau ada yang terkurang dalam melayani kalian. Mama pun dah capek... I'll try my best to please everyone. Irfan... maafkan Mama sebab kurang layan adik. Kakngah melekat je ngan Mama ...huhu... Nite2 semua... saya dah nak rebah (^_^) zzzzzzzz