Pages

Wednesday, February 16, 2011

Kami yang tidak sihat :(

Bermula dengan Mama yang demam panas malam Selasa minggu lepas (9/2/2011)..membawa kepada MC pada hari Rabu. Kakak juga tak ke sekolah kerana badannya panas malam itu. Kesuraman mula melanda rumah bila kami pakat pas baten demam....huhu....

Nasib baik Mama cuma lemah sehari...so...boleh jaga semua yang lain. Malam Khamis lalu (10/11/2011), saya dan suami pakat nak bawa anak3 ke Hospital An-Nur Bangi setelah Kaklong yang pulang sekolah tengahari tadi panas badannya dan Kakngah yang dah mula menyahut kokokan batuk si kakak. Ya Allah...ramai kanak2 yang senasib anakku di sana. Musim demam+batuk+selsema...3in1...3 serangkai.

Sambil menanti giliran...kupujuk Kaklong dan Kakngah yang dah mula merengek dan buat perangai akibat tak selesa dengan bahang panas badan mereka. Irfan pun dah mula berair hidung...tapi tidak demam. Seorang demi seorang anakku diperiksa doktor.

Examination on Kaklong...suhu badan 38.7, lung...banyak kahak... bila check tekak, Doktor mendapati tonsilnya bengkak dan perlu di'refer' kepada doktor pakar...Ya Allah...seriuskah? Memang lately Afifah kerap demam yang berulang. Surat telah ditulis...kami akan ke Hospital KPJ Kajang untuk set appointment dengan pakar ENT. Next...Auni diperiksa. Temperature...38.4 Tekak sedikit merah...lung...clear cuma da mild selsema. Since temperature dah above 38... doktor nasihatkan kami untuk masuk ubat punggung untuk redakan panas badan. Alhamdulillah mereka mahu mendengar arahan doktor. Irfan...suhu badan 36.4...masih OK.

Balik rumah malam tu, Afifah dan Auni senang je nak makan ubat. Malam tu...badan Auni panas. Saya ambil keputusan untuk ambil EL esok. Bermulalah kisah demam berpanjangan dan kokokan batuk yang bersahutan mengisi ruang rumah kami.

Mama masak bubur ayam dan sup sayur untuk anak2 yang demam + Mama pun makan yang sama...sebab malas nak masak makanan lain...huhu...


While waiting bubur masak...Mama layan Kaklong and Kakngah painting guna watercolor. Bersinar-sinar mata mereka tengok Mama beli watercolor, brush dan drawing block... something yang Mama tak pernah bagi sebelum ni. Khusyuk dengan hasil seni masing-masing... takdela merengek je si Auni tu. Lepas painting, Mama suap bubur nasi dan sup... mereka makan sikit je. Perit tekak agaknya.

Petang Jumaat, Maktok dan Ayahwan datang. Teman Mama menjaga si cumil semua yang demam sebab Papa balik lewat malam tu...menghadiri kelas malam. Good Luck Papa! Mama doakan semoga Papa berjaya dalam exam March nanti. Malam itu...Maktok dan Ayahwan yang jaga Auni yang makin merengek kerana demam. Suhu tinggi lagi...cecah 38. No option, Mama sumbat ubat punggung lagi. Kesian sangat bila Auni nangis kata sakit.


Hari Sabtu, Mama tekad nak bawa anak2 ke Klinik Gesundheit di Wangsa Maju untuk terapi. Maktok pun tengah jalani terapi 8 hari. Mama pujuk Auni untuk terapi. Mama peluk Auni sambil doktor pakaikan wayar di baju dan seluar Auni. Tak sakit kan? Bukan nak kena cucuk...cuma pasang wayar. Terapi ni untuk alirkan gelombang positif ke badan patient. InsyaAllah akan lebih bertenaga lepas terapi. Kami sekeluarga dah lama percaya dengan produk Gesundheit terutama air ECPI.
Takde lagi Ponstan yang setia menemani bila migrain...semuanya ubat Gesundheit...no drug. Boleh makan selang 15 minit bila sakit. Memang lambat berkesan...tapi...takpela asalkan tiada drug. Kaklong dan Auni pun senang makan ubat...sebab manis. Next, Mama pujuk Kakak pula. Memang susah nak makan pujuk Kakak ni bila dia takut tengok wayar yang berselirat kat badan Maktok. Tapi akhirnya Kakak setuju asalkan dia tak perlu baring. OKlah Tuan Puteri... apa saje asalkan nak buat terapi. Biarpun Kakak dah tak demam, Mama nak suruh Kakak buat terapi so that Kakak akan lebih bertenaga.

Penat duduk... akhirnya Kakak minta untuk baring. HAHAHA... itulah tawa Mama dalam hati. Penakut sungguh Kaklong ni. Tak mau mencuba dulu. Sekarang dia pula yang nak baring... siap tunjuk thumbs up bagai. Anyway... You are "Good Girl and sister". Mama proud of you.

Malam itu, Auni nyenyak tidur. Irfan pula yang merengek kerana selsema. Biasala, kalau selsema memang susah nak breastfeed. Saya bangun dan dodoikan dia sambil selawat. Dadanya saya urut. Susukannya sambil duduk. Tidurkannya secara telangkup... biar senang bernafas walaupun esok pasti cadar penuh kesan hingus yang meleleh... alah... kan boleh basuh. Papa juga tak nyenyak tidur. Dah mula panas badan dan batuk.


Hari Ahad ada program "Parent's Course" sekolah Afifah. Papa dah KO. Mama pun nak tumbang dah ...tapi... program tu perlu dihadiri. Saya gagahkan diri bersiap ke program tu seorang diri. Inilah tanda kasih Mama pada Kakak. Mama akan support apa jua yang Kakak ceburi. Di program ni, banyak yang Mama belajar. Belajar "ABC Movement" yang Kakak belajar hari2 tu. Now we can learn n have fun together!

Isnin lepas saya memang dah apply cuti. Nak cuti direct sebab esok cuti "Maulidur Rasul". Nasib baik saya cuti... sebab hari ni tugas membawa Papa pula ke klinik. Proud of me! Alhamdulillah... terima kasih Allah kerana beri aku kekuatan dan kesihatan yang baik untuk berbakti kepada suami dan anak2 di saat mereka memerlukan aku di sisi. Balik dari klinik... bersilat di dapur menyiapkan lauk-pauk untuk santapan Raja dan Tuan Puteri berdua yang sakit. Tempe&Ikan Bilis kicap + Sawi goreng dgn udang + Ikan Bawal sweet sour. Itulah menunya.

Auni sangat manja dengan saya time demam ni. Semuanya Mama. Makan, Mandi, Susu... semua nak Mama buat, Mama suap dan Mama riba. Anak Papa dah lekat kat Mama pula. Kalau sihat... tak nampak dah Mama depan mata. Terus terpa Papa... haish... Auni sudah susut. Kakak pun. Kurus je anak2 Mama. Nak buat macam mana, mereka kurang selera makan. Saya belikan multivitamin+lysine tadi di farmasi. Hope dapat increase selera mereka untuk makan. Tengahari tadi, 2-3 suap nasi je mereka dah takmau. Malam tu saya gorengkan nasi sebab mereka sangat suka nasi goreng. Banyak juga Kakak makan. Auni? bolehla... 4-5 sudu. Up sikit dari tengahari tadi.

Mama harap anak3 cepat sembuh. Papa juga! Nanti kita semua dah sihat, Mama belanja g jalan-jalan ye. Maaflah kalau ada yang terkurang dalam melayani kalian. Mama pun dah capek... I'll try my best to please everyone. Irfan... maafkan Mama sebab kurang layan adik. Kakngah melekat je ngan Mama ...huhu... Nite2 semua... saya dah nak rebah (^_^) zzzzzzzz


Thursday, February 10, 2011

Tika di atas...lihatlah ke bawah

Ya Allah..hatiku meruntun pilu membaca derita yang ditanggung si kecil Alanna Qish. Hebat sungguh ibunya menempuh dugaan...kuat sungguh si kecil menanggung derita...gagah sungguh si ayah menelan semua.

Aku bagai terpukul...lalu tersedar...kenapa perlu mengeluh dan cepat marah??? sedangkan mereka lebih menderita dan terseksa tapi tidak pula menyesal atau menyalahkan sesiapa.

Ya Allah...Kau lembutkanlah hatiku tika menghadapi tekanan. Kau limpahkanlah cintaMu tika aku marah dan berduka.

Kata Mummy Alanna "Apa yg lebih baik dari menangis kalau bukan menulis..Apa yg lebih baik dari menulis kalau bukan berdoa..Setiap kataku adalah doa.. setiap katamu adalah doa.. Terima kasih kerana mendoakan Alanna...." Beliau selalu menulis rasa hatinya biarpun anak ini sudah tiada di sisi. Luahan hati yang sungguh menyentuh hati.

Bersyukurlah kerana kita masih mampu memeluk, mencium, memegang buah hati yang kita lahirkan...jadi...kenapa perlu kita marah dan rasa penat dengan keletah mereka? Bolehkah kita hidup tanpa hiruk-pikuk suara mereka? Amankah kita bila mereka diam tak bersuara? Tegakah kita melihat wajah ceria mereka bertukar kaku dan lesu? Bolehkah anda lalui saat itu? Saya tak mampu...membaca blog beliau pun saya dah lemah dan hampir pengsan...inikan pula melaluinya.

Video inilah yang buat saya longlai di depan laptop...


Semoga Allah limpahkan rahmat ke atas Bidadari Syurga ini dan keluarganya.


Wednesday, February 2, 2011

Cuti 1TM Sempena CNY

Semalam hari Wilayah dan hari ni bermula cuti 1TM sehingga 7 Februari depan sempena Chinese New Year...baguskan TM ni? bagi cuti seminggu kat semua staff...cayalah!

Banyak program yang dirangka...tapi...memandangkan kami tak plan awal2 so tiada hotel yang available untuk dibooking :( BUT the best part is...kami akan balik kampung pagi esok :) YAHOOOOO!

Jauh juga kampung tu, sejam setengah perjalanan...jauh kan? kat Batang Kali. Rumah parents saya. Aktiviti yang dirancang:

  1. Mandi sungai

  2. Jalan2 di Genting Highland (setengah jam je dr rumah my parents)

  3. Grooming kucing2 (ada 9 ekor Persian)

Disamping aktiviti ni, tentunya banyak lagi aktiviti yang akan berlaku spontan oleh anak bertiga tu...hehehe... Apa2 pun inilah masanya untuk diluangkan 200% bersama mereka. Jadi...kita ENJOY!


Monday, January 31, 2011

Arjuna Hatiku

Si Arjuna hati kini berusia 7 bulan. Banyak pencapaiannya yang menjadi penyeri hidup saya.

Irfan bermula dengan mengesot pada usia 5 bulan kemudian dia pandai duduk sendiri pada usia 6 bulan. Ini video Irfan ketika mula belajar mengesot...pakde kata "macam ulat"...hahaha...jangan jadi ulat bulu besar nanti dah la ;p



Pada 16 Januari lalu, ketika berusia 6 bulan 26 hari...Irfan mula merangkak. Bermula dengan 5 langkah...sayang saya tak sempat snap gambar dan video kerana pada hari tersebut kami sekeluarga sibuk dengan Majlis Aqiqah dan Berendoi Irfan dan sepupunya Haziq di rumah mertua saya di PJ. Ni antara gambar sekitar majlis kami.

pelamin untuk 2 pengantin kecil yg dirai

kaklong sudah boleh diharap untuk jaga adik

percubaan pertama untuk memasukkan Irfan ke dalam buai

20 saat di dalam buai

there you go

akhirnya Irfan berendoi di DEPAN endoi

cukur buat syarat je ye...sebab Irfan dah dicukur pada hari ke-7 lahir dulu

Irfan menjerit halang orang cukur jambulnya yg sejemput tu

keluargaku di depan buai Irfan...akhirnya berendoi juga si Irfan

keluarga adik iparku with their son Hazig @ G-gik

with Maktok n Ayahwan a.k.a. My Parents

hero Malaya

bakal Imam Muda tahun 2030

Kakngah + Irfan + Kaklong

keluarga 2 pengantin kecil yang dirai


Itulah aktiviti keluarga kami yang terkini...actually...dah back dated pun. Itu event 2 minggu lepas, baru kini dapat dikhabarkan.

Irfan kini dah mula makan. Mula2 saya perkenalkan dengan puree nasi, labu, apple, pear, carrot, bronkoli. Then masuk je 7 bulan, saya dah mula pelbagaikan hidangan untuk Irfan. Irfan mula makan bubur nasi+bronkoli+ikan bilis, bubur nasi+carrot+ikan bilis, bubur nasi+ayam+jagung, and minggu ni Irfan makan bubur nasi+ikan yang akan dicampurkan samada dengan carrot / bronkoli / bayam / jagung. Berselera anak teruna ni makan...makin bambam la. Tapi bukanlah saya beri Irfan makan sampai 3 kali nasi.

Biasanya saya beri puree buah pada sebelah pagi, bubur nasi+sayur di tengahari dan puree buah di waktu petang. Malam saya akan beri bubur nasi+sayur. Kuantiti hidangan hanyalah 2-3 sudu besar. Disamping tu, Irfan masih menyusu susu ibu dengan kerap.Sepanjang saya di ofis, maid akan beri Irfan susu perahan 3-4 kali sebanyak 3-3.5oz setiap sesi. Sukatan ni sedikit meningkat dari bulan terdahulu. Maybe sekarang Irfan tgh mengalami "Growth-Spurt". Biar dulu seminggu ni nak tgk patern menyusunya ...tapi... ni saya tengah bercuti, mana ada sukatan sebab Irfan direct feed ...hurm... nanti akan dirujuk pada sahabat saya Farah Farhan.

ni gambar stok EBM Irfan yang terkini + puree yg dibekukan

Sekali lagi dinyatakan perkongsian gambar ini bukan berniat untuk menunjuk2 tapi sekadar berkongsi kegembiraan hati.

Sekian dulu coretan Mama tentang arjuna hati mama yang sorang ni. Now Mama nak melayan kakngah sambil tunggu kaklong balik sekolah. Perhaps we can do some "artzooka" petang ni sebelum ke playground ...wah... banyaknya agenda Mama bila bercuti. Kira macam nak qadha' masa bersama anak2 yang Mama tinggalkan untuk ke ofis. Till then... selamat bercoti 1TM buat semua rakan TM.


Disclaimer

As Salam Isnin kepada sesiapa yang sudi membaca blog ni. Cerita Hati Atie...itulah sebenarnya yang ingin disampaikan. Tiada topik serius atau fakta menarik yang nak dikupaskan. Lebih kepada pemahaman saya tentang dunia keibubapaan yang cuba dipraktikkan dalam kehidupan saya yang bergelar wanita berkerjaya di samping isteri dan ibu kepada 3 chenta hati.

Azam yang disemat tika mengandungkan anak ke-3 ini untuk menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya cuba saya realisasikan. Melalui blog rakan2 ilmu dan pengalaman mereka saya timba dan praktikkan. Saya kongsikan di blog ini untuk menceritakan detik2 manis itu. Tiada niat langsung mahu menunjuk2 dengan gambar anak dan stok susu yang penuh peti tu. Saya juga tidak memboikot susu formula kerana 2 anak saya terdahulu minum susu formula kerana saya cetek ilmu. Kini mereka masih minum susu itu kerana sudah sebati dengan menu harian mereka...namun...saya cuba kurangkan.

Sebagai seorang ibu, saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi sejauh mana yang saya tahu...dengan harapan...jika ada sesiapa yang tersinggah di blog ini dapat sedikit manfaat. Kerana sedari dulu saya percaya, bila kita berkongsi ilmu...lebih banyak ilmu lain yang kita akan peroleh dan ilmu itu akan kekal dalam ingatan kita.

Saya hanyalah insan biasa. Hamba-Nya yang penuh kekurangan. Maafkan saya andai ada yang terasa penulisan blog ni lebih kepada sifat menunjuk dan bangga diri...saya bukan begitu!

Kepada yang menyokong dan memahami saya...terima kasih. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan sentiasa berada di bawah naungan-Nya...ameen...


Tuesday, January 11, 2011

Hati Ini Kau Lukai

Hari ni hari penuh duka buatku...Ya Allah...aku redha dengan dugaanMu. Tabahkan aku Ya Allah. Hanya pada-Mu aku berserah dan memohon pertolongan dan perlindungan.

Hapuslah airmataMU. Hatiku sangat pilu mendengar rintihanMU. Betapa aku berharap dapat pulang memelukmu di saat ini.

Bait2 lagu InsyaAllah dari Maher Zain membakar jiwa untuk terus tabah...

"Don't despair and never loose hope cause Allah is always by your side...Insya Allah"




Monday, January 10, 2011

Terlalu Banyak ...tetapi... Terlalu Sikit

Huh...ayat putar alam...actually maksudnya terlalu banyak nak tulis tetapi terlalu sikit waktu untuk menulis.Alasan lagi...apa la saya ni kan? huh

Anyway...banyak story nak dikongsi. Banyak peristiwa yg berlaku sekitar akhir tahun 2010 dan di awal tahun 2011.

Malam menjelang tahun baru kami sambut dengan membawa anak2 ke One Utama. Dapat mkn aiskrim McD sorg satu...terus hati berbunga.

yummie....one sundae for us :D thanks Mama...thanks Papa

Mama juga dapat treat dr Papa...makan Pizza Hut...dah lama nak mkn, baru kini berpeluang. Hiruk pikuk suasana meja kami dengan keletah 3 ketuls ni.

sedapnya "squidwod" ni...macam chewing gum

si syoomot makan sup....slurp...

Irfan nak pizza ni boleh???

Selesai makan, kami gerak keluar dr OU ke destinasi utk menyaksikan bunga api. Lokasi??? tepi jalan je area Ampang.


Sungguh excited mereka bertiga...Irfan pun? YUP...so here we r, starting our new day in new year. Azam??? nak memperbaiki kekurangan diri yg dah terlist di dalam kepala ni...tak boleh nak share semua kot. One of my azam is "TO SUCCESSFULLY BREASTFEED IRFAN UNTIL THE LAST MOMENT HE NEEDS IT".



Now, mari saya kongsikan milestone sepanjang 2010 anakanda bertiga yang buat hari2 saya dan suami sibuk + bingit + gumbira + berair badan..huhu..

Princess 1: Nurin Saffanah Afifah

Sepanjang Tahun 2010...hidup kami riuh rendah dengan keletahnya. Sekejap menyanyi... sekejap menari... sekejap berlakon... uish... layan je lah. Tapi yang paling suka dilakukannya ialah menyakat Auni. Sehari tak bergaduh sampai menggigit dan mencubit... TAK SAH! Yang si adik pun... pantang terkena sikit mulalah meraung macam dipukul kuat. Kami layan je... malas dah nak masuk campur. Tak sampai 5 minit diorg akan hug dan main semula. Yang bagusnya... Afifah sangat suka membantu...she's a great helper. Kalau saya memasak... dia akan minta saya panggil bila selesai untuk "set the table". Dah besar anak dara mama ni.

Tahun 2011, dia melangkah ke alam baru...Alam Persekolahan. Debaran kami sama seperti anda yang baru pertama kali menghantar anak ke sekolah. Tapi mungkin degup jantung kami tak sekencang anda kerana Afifah sangat teruja untuk ke sekolah. Kami yakin "She will be OK". Hari pertama bermula pada 4 January 2011. Kami suami isteri pakat ambil cuti untuk hantar Afifah ke sekolah. Terlalu banyak choices... akhirnya kami decide nak hantar ke Little Caliphs. Dia senang bangun dan teruja bersiap ke sekolah. Kami hantar dan teman dia ke dalam sekolah. Ada anak2 yang menangis... ada yang bergayut di seluar/kain parents... Afifah? dengan sangat ceria sehingga lebih 20 kali menunjukkan "Thumbs up" pada kami.

her first day at school...see her BIG SMILE ?
how time fly...dah besar anak Mama :)
tak bertudung sebab belum dapat :( esok pakai tudung yg ada je

As a treat...petang tu kami bawa anak2 bersiar di IOI Mall Puchong.

Auni drive kete elok2 ye
Kakak surf kat beach mana tu?
Sambil kendong Irfan still boleh layan kakak2
...I LOVE MobyWrap...
rasa macam mengandung lagi pulak :)

Bila badan dah letih...senang je nak tidur malam tu. Esoknya, belum dikejut dia dah bangun untuk get ready ke sekolah. Bagusnya anak mama ni...keep it up ye!

Princess 2: Nurin Auni Awatif

Walau masih berusia 2 tahun, Auni sangat celoteh berbicara ...NON STOP... kadang2 tak terlayan dengan soalan berulangnya. Her favorite phase "What u doing?". Sampai lenguh mulut menjawab soalan yang sama selang 5minit. Apa2pun kami memang terhibur mendengar suara halusnya.

saya selalu gelarnya "Si Dompot"

lambat sikit nak sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling

yang paling bagus...sangat mudah mencuba apa jua makanan

Lembut berkata2 tapi tidak pada tindakan. Auni kasar kalau berebut barang dengan kakak n kalau geram. Senjata utama...GIGI. Tak cukup menggigit kakak atau sape je yang dia geram...kontrol radio pun habis dijamahnya...aish...memang nakal. Kami asyik cakap kot Auni ni lahir tahun tikus...tu yg nak menggigit barang je... tup2 memang betul la :D hahaha.

Satu perangai yang paling merimaskan telinga saya ialah merengek atau menangis bila diusik kakak. Ayo... penin dengar. Ratu airmata sungguh. Kepada sesiapa yg tengah pregnant sekarang, jangan selalu menangis ye sebab nanti anak yg lahir tu sama macam jiwa kita ketika hamilkannya. Itulah Auni. Si Auni ni juga akan bertambah lembik bila nampak muka Papa. Mulalah nak merengek macam2. Tapi part yang paling best, bila Papa ada... Mama dah tak laku di matanya. Nak tidur pun dengan Papa. Jenuh la Papa layan kerenah dia sebelum tidur... gatal sana... gatal sini... nak peluk la... nak blanky la... hahaha... layan Papa... jangan tak layan.

Prince 3: Muhammad Nufael Irfan

Tak banyak nak tulis tentang Irfan sebab dia baru join our family on June lepas.


As a baby boy yg BF... dia sangat sihat n bambam. Geram tengok pipi, tak sah kalau tak gomoi.

Arjuna yang sorang ni memang tak banyak kerenah. Kuat menyusu... tapi kalau dah kenyang... sangat senang hati. Tak perlu dipegang sentiasa, Irfan boleh layan baring... bergolek... n now duduk main2 sendiri.


Irfan memang "Mat Cool". Mungkin kerana ketika mengandungnya, Mama lebih banyak cool n ceria (Tak mau lagi kisah Auni berulang).

Perjuangan saya dalam menyusukan Irfan hasil dari ilmu2 yang digali sepanjang hamil pun dapat dipraktikkan dengan mudah... Alhamdulillah. Sedaya upaya saya cuba tebus kelemahan diri dalam menyusukan anak dengan kelahiran Irfan ni. Niat saya hanya satu, menunaikan tanggungjawab saya sebagai ibu yang berupaya menyusukan anak. Saya juga berharap, dengan tegukan dari titisan berharga ni... Irfan akan menjadi anak yang soleh, khalifah yang taat, dan Imam yang mampu membimbing keluarganya ke jalan yang diredha Allah.... amin....



Hurm....selesai cerita anak2. For me? I'm happy when I can make them smile at me.

Semoga Allah permudahkan perjalanan seharian saya untuk menjadi hamba-Nya yang beriman dan bertaqwa, anak yang solehah, isteri yang menyenagkan hati suami, dan ibu yang menggembirakan anak2....ameen....