Irfan bermula dengan mengesot pada usia 5 bulan kemudian dia pandai duduk sendiri pada usia 6 bulan. Ini video Irfan ketika mula belajar mengesot...pakde kata "macam ulat"...hahaha...jangan jadi ulat bulu besar nanti dah la ;p
Pada 16 Januari lalu, ketika berusia 6 bulan 26 hari...Irfan mula merangkak. Bermula dengan 5 langkah...sayang saya tak sempat snap gambar dan video kerana pada hari tersebut kami sekeluarga sibuk dengan Majlis Aqiqah dan Berendoi Irfan dan sepupunya Haziq di rumah mertua saya di PJ. Ni antara gambar sekitar majlis kami.
Itulah aktiviti keluarga kami yang terkini...actually...dah back dated pun. Itu event 2 minggu lepas, baru kini dapat dikhabarkan.
Irfan kini dah mula makan. Mula2 saya perkenalkan dengan puree nasi, labu, apple, pear, carrot, bronkoli. Then masuk je 7 bulan, saya dah mula pelbagaikan hidangan untuk Irfan. Irfan mula makan bubur nasi+bronkoli+ikan bilis, bubur nasi+carrot+ikan bilis, bubur nasi+ayam+jagung, and minggu ni Irfan makan bubur nasi+ikan yang akan dicampurkan samada dengan carrot / bronkoli / bayam / jagung. Berselera anak teruna ni makan...makin bambam la. Tapi bukanlah saya beri Irfan makan sampai 3 kali nasi.
Biasanya saya beri puree buah pada sebelah pagi, bubur nasi+sayur di tengahari dan puree buah di waktu petang. Malam saya akan beri bubur nasi+sayur. Kuantiti hidangan hanyalah 2-3 sudu besar. Disamping tu, Irfan masih menyusu susu ibu dengan kerap.Sepanjang saya di ofis, maid akan beri Irfan susu perahan 3-4 kali sebanyak 3-3.5oz setiap sesi. Sukatan ni sedikit meningkat dari bulan terdahulu. Maybe sekarang Irfan tgh mengalami "Growth-Spurt". Biar dulu seminggu ni nak tgk patern menyusunya ...tapi... ni saya tengah bercuti, mana ada sukatan sebab Irfan direct feed ...hurm... nanti akan dirujuk pada sahabat saya Farah Farhan.
Sekali lagi dinyatakan perkongsian gambar ini bukan berniat untuk menunjuk2 tapi sekadar berkongsi kegembiraan hati.
Sekian dulu coretan Mama tentang arjuna hati mama yang sorang ni. Now Mama nak melayan kakngah sambil tunggu kaklong balik sekolah. Perhaps we can do some "artzooka" petang ni sebelum ke playground ...wah... banyaknya agenda Mama bila bercuti. Kira macam nak qadha' masa bersama anak2 yang Mama tinggalkan untuk ke ofis. Till then... selamat bercoti 1TM buat semua rakan TM.
Wah rajinnya senaraikan makanan Irfan... Anyway, love to read it! Hope that u r always happy with ur family.. Insyaallah... -yonthannia-
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteTembamnya bby Irfan.. banyak stock, alhamdulillah.. nanti kalau lapang share la resepi puree n bubur irfan kat sini...
Thannia: terima kasih kerana sudi membaca...hope u always happy too.
ReplyDeleteMrs. Rahimi: salam perkenalan dihulurkan...terima kasih kerana sudi singgah di blog saya dan membaca coretan. InsyaAllah akan dikongsikan resepi2 puree.