Pages

Monday, January 31, 2011

Disclaimer

As Salam Isnin kepada sesiapa yang sudi membaca blog ni. Cerita Hati Atie...itulah sebenarnya yang ingin disampaikan. Tiada topik serius atau fakta menarik yang nak dikupaskan. Lebih kepada pemahaman saya tentang dunia keibubapaan yang cuba dipraktikkan dalam kehidupan saya yang bergelar wanita berkerjaya di samping isteri dan ibu kepada 3 chenta hati.

Azam yang disemat tika mengandungkan anak ke-3 ini untuk menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya cuba saya realisasikan. Melalui blog rakan2 ilmu dan pengalaman mereka saya timba dan praktikkan. Saya kongsikan di blog ini untuk menceritakan detik2 manis itu. Tiada niat langsung mahu menunjuk2 dengan gambar anak dan stok susu yang penuh peti tu. Saya juga tidak memboikot susu formula kerana 2 anak saya terdahulu minum susu formula kerana saya cetek ilmu. Kini mereka masih minum susu itu kerana sudah sebati dengan menu harian mereka...namun...saya cuba kurangkan.

Sebagai seorang ibu, saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi sejauh mana yang saya tahu...dengan harapan...jika ada sesiapa yang tersinggah di blog ini dapat sedikit manfaat. Kerana sedari dulu saya percaya, bila kita berkongsi ilmu...lebih banyak ilmu lain yang kita akan peroleh dan ilmu itu akan kekal dalam ingatan kita.

Saya hanyalah insan biasa. Hamba-Nya yang penuh kekurangan. Maafkan saya andai ada yang terasa penulisan blog ni lebih kepada sifat menunjuk dan bangga diri...saya bukan begitu!

Kepada yang menyokong dan memahami saya...terima kasih. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan sentiasa berada di bawah naungan-Nya...ameen...


No comments:

Post a Comment