Pages

Showing posts with label My Kids. Show all posts
Showing posts with label My Kids. Show all posts

Thursday, February 16, 2012

I'm NOT a Blogger....but....

Assalamualaikum....pembuka bicara.

Semoga terus ceria di hari ke 47 di tahun 2012. Inilah entry pertama di tahun 2012. So...layak ke saya bergelar blogger?

Kehidupan seharian tak pernah kurang nikmat dan cabarannya. Sibuk? bukanlah alasan yang baik untuk diberi. Semua orang sibuk. Sibuk dengan urusan sendiri. Tak kurang juga yang menyibukkan diri...hehehe...

As for Mama Atie. Everyday is a great adventure. Why?


Mereka bertigalah nikmat dan cabarannya (^_^) 3 anak yang keluar dari perut yang sama tapi punya karakter dan kerenah yang berbeza....mau tak mencabar?????cuba try test tengok! Mengeluh? takkan pernah. Penat? mau TIDAK! Tapi inilah nyawa saya. Kadang memang terlepas marah dan cubit. Tapi hati segera rasa bersalah. Tika mereka diulit mimpi...saat itulah saya pilu dan segera mohon ditingkatkan kesabaran.

Terbaca saya di ruangan Wardina Safiyyah..."Ilmu keibubapaan bukan hadir secara package bersama anak yang dilahirkan. Tapi ia perlu dipelajari dan dipraktikkan." Ilmunya meluas dan berubah2 mengikut keadaan dan zaman. Setiap anak takkan sama cara asuhan dan layanan. Saya sedang berusaha mempelajari dan mempraktikkan.

Sebagai ibu berkerja, masa amat terhad untuk bersama anak2. Jadi kenapa saya perlu isi masa itu dengan moment yang tak indah? Oh...betapa banyak dosa saya pada anak bertiga ini.

Saya kini sedang mendidik hati...memperbaiki diri...meningkatkan prestasi...menambah produktiviti? oooh... NO..NO..NO...

I wanna be SUPERMAMA !!!


Yang menjadi idola anak2. Saya mau mereka nyanyi.... "dan superhero kita..."

MAMAMA bukan BoBoiBoy




Tuesday, October 11, 2011

Sedap...Lemak...Enak

Assalamualaikum....pembuka bicara.

24 jam terasa pantas berlalu...tak cukup 24 x 7? siapa yg ada lebihan? mana mungkin...semua sama. Jadi haruskah mengeluh? mengapa tidak bersyukur?

Kehidupan harian tidak akan mudah tanpa pengurusan yang baik. Kalau sekolah dulu ada jadual waktu pembelajaran...mengapa tak sekarang? lagi banyak pengisian dan agihan tugas. Tapi janganlah anda membayangkan ada jadual begitu di dinding rumah saya... hehehe...

Bergelar Isteri, Mama, Eksekutif... bukanlah semudah yang disangka. Tapi saya bukan seorang je kan? (ayat penguat semangat sendiri)... so... berhenti mengeluh dan bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk hidup di muka bumi ni untuk mengecapi segala nikmat... Nikmat disayangi... Nikmat menyayangi...

Niiiiiiikkmaaaaat....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

bersama mereka bertiga...SEDAP...LEMAK...ENAK


Selamat hari Isnin Selasa semua!



Thursday, September 22, 2011

Cahaya Kelembutanku dan Kasih Sayangku

Assalamualaikum....pembuka bicara.

Entri ini khas ditujukan buat Nurin Auni Awatif bt Shaffarizal @ Kakngah.

Lahirmu menambah seri
Sekuntum lagi bunga di taman hati Mama dan Papa
Suri penyeri siang dan malam kami
Zuriat yang dinanti menambah bahagia


Bagai mati hidup semula
Itulah yang Mama rasa saat melahirkanmu
Tidak semudah yang Mama sangka
Namun ketentuan Tuhan tak siapa yang tahu



Airmata Papa dan Mama menitis kala di bilik itu
Sakitnya tak mampu diucapkan
Hati terguris dimarah diherdik doktor saat itu
Itulah harga sebuah pengorbanan


Hadirmu dinanti
Kasihnya kakak padamu tidak terungkap
Buat penemannya yang sunyi
Kawan bermain dan lawan bercakap
Setiap masa kakak disisi
Mendodoi, menyanyi dan mendakap


Hari ini genap 3 tahun umurmu
Banyak kisah suka, duka dan pilu
Kekesalan demi kekesalan sering berlaku
Maafkan Mama untuk semua itu


Hibanya hati mengenang detik itu
Semoga Mama dapat menebus segalanya
Menjaga dan mendidik setiap waktu
Itulah impian Mama...semoga Allah izinkannya

Auni manja dan lembut berbicara
Namun sering juga buat Mama sakit kepala
Suaramu nyaring bagaikan biola
Kalau tergesek riuhla jadinya


Wahai Cahaya Kelembutanku dan Kasih Sayangku
Jadilah kamu anak yang mendengar kata
Hormati orang dan sedia membantu
Yang sopan dan santun tika berbicara
Hamba yang taat pada Tuhanmu
Wanita soleh penyejuk mata
Inilah sayang doa dari Mama
Yang teramat menyayangimu








SeLaMaT HaRi LaHiR AuNi !!!









Tuesday, August 2, 2011

Marhaban Ya Ramadhan!

Assalamualaikum....pembuka bicara.

Salam Ramadhan 1432H buat semua rakan blogger atau sesiapa sahaja yang sudi menjengah. Bagaimana rutin anda setelah 2 hari berpuasa ni? Semoga kita sama2 dapat manfaatkan bulan ini dengan aktiviti yang berfaedah dan menggandakan ibadah.

Tahun ni, 1 Ramadhan saya sambut dirumah ibu dan ayah tercinta di Batang Kali. Hari Sabtu lalu (setelah selesai urusan "menyerang" SOGO)... kami anak-beranak + maid pulang ke kampung halamanku... hehehe ... macam jauh je.

Hari Ahad diisi dengan menghiburkan hati anak berdua. Pagi ke pasar, then mula main masak-masak dengan mak. Selesai masak, kami packing untuk picnic di tepian sungai dusun peninggalan arwah atok di Hulu Tamu.


Tambah menariks dan syiok... durian tengah lebat luruhnya. Alhamdulillah. Peninggalan atok untuk cucu cicitnya.


Sedap sungguh makan durian selepas sejuk mandi sungai. Tengok ajelah gelagat saya dan kakngah ni... sib baik dia layan makan durian. Kaklong? ooh... anak meksaleh sorang ni... siap tutup hidung! Rugi...rugi...



Selesai memuaskan hati anak2... tibalah masa memujuk dan mengajar kakak untuk mula berpuasa esok hari. Akibat keletihan berendam di sungai, mereka terus tidur dari lepas maghrib hingga ke waktu Sahur. Ini memudahkan lagi tugas saya membangunkan kakak yang memang dah puas tidur.

Kami bersahur bersama, makan nasi dengan lauk yang simple. Ada kari kepala ikan yang dimasak semalam untuk ke sungai... lebih lazat setelah seharian dimasak... slurp. Sayur kailan ikan masin dan sotong masak kicap turut tersedia.

Akibat Irfan yang tidak mahu melepaskan Mama untuk bersahur (sedap agaknya susu Mama perisa durian). Saya kelam kabut makan. Kaklong disuap oleh bibik pagi tu... Tapi dalam masa tu, sempat juga snap gambar pertama Afifah bersahur... buat kenangan.




Hari pertama, Kakak berpuasa di rumah Maktok (ponteng sekolah sehari). Pagi tu, Maktok bawa Kakak ke sekolah. Happynya Kakak beratur dalam kelas Pra Sekolah masa kat perhimpunan. "Siapa puasa hari ni? Siapa mbangun sahur?" tanya cikgu. Laju je Kakak angkat tangan. Bangga Maktok... hehehe...

Tapi akhirnya Kakak tewas, lepas Zuhur Kakak dah takleh tahan... lapar... Ayahwan bawa pergi kedai dengan Unyang, akhirnya Kakak berbuka makan gula-gula then terus tertidur sampai 6.30ptg. Sayaaaaangnnyeeee.... Pukul 7.00ptg baru lah Kakak minum dan makan "cekodok ikan bilis" yang Kakak request dari Maktok. Sayang betul... takpe... kita cuba lagi.

Hari ni, Mama kejut Kakak bangun Sahur. Kita makan nasi goreng yang dibeli je sebab Mama tak sempat masak... sampai rumah lewat malam tadi. Mama dukung Kakak turun dan suapkan Kakak. Lepas makan, Kakak kata mengantuk dan minta nak tidur semula. OKlah... tapi... tidur kat bawah je. Kalau naik bilik... sure terlajak.

Ni lagi 15minit Mama balik. Nanti kita berbuka sama-sama ye. Hope Kakak dapat teruskan perjuangan esok dan hari-hari berikutnya. I'm so proud of you!


Monday, June 20, 2011

Kekasih Saljuku

Assalamualaikum....pembuka bicara.

Entri ni khas Mama nukilkan buat buah hati pengarang jantung Mama... Muhammad Nufael Irfan bin Shaffarizal.

Sepanjang mengandungkanmu, Mama cukup gembira... bukan kerana akan melahirkan anak lelaki (Mama tak tahu dan tak mahu tahu pun jantina anak dalam kandungan... nak SURPRISE! ... sehinggalah Doktor "ter"bagitahu) tetapi kerana banyak perkara menarik yang berlaku. Mama mula bekerja 2 bulan sebelum mengandungkanmu. Kita berpindah ke rumah sendiri saat Mama 3 bulan mengandungkanmu. Tapi disebalik kegembiraan itu, ada 2 kehilangan yang Mama lalui.


Irfan tak sempat bertemu Unyang (ayah kepada Ayahwan)... dia pergi menemui Ilahi pada 25 March 2010. Irfan juga tak dapat mengenali Toklang Shukri (ayah Paklong Mat dan Pakngah Nip)... beliau dijemput Allah pada 13 May 2010. Kehilangan yang meruntun hati Mama. Namun... hadirmu umpama pengubat duka itu. Menambah ahli "Adam" dalam keluarga kita... dan yang paling BEST... Irfan lahir sebagai "Hadiah Hari Bapa" buat Papa.


Setahun sudah berlalu...hari ini genap usiamu setahun. Hadirmu menambah seri hidup Mama, Papa, Kaklong dan Kakngah. Umpama putera idaman yang turun dari kayangan ke pangkuan Mama. Dari awal kehamilan, memang Mama sentiasa berdoa semoga taman indah milik Papa dan Mama dihiasi kumbang setelah mekar 2 kuntum bunga berkembangan. Alhamdulillah, doa kami dimakbulkan.


Pengalaman melahirkanmu sangat berbeza... sangat... sangat... sangat berbeza (entri kelahiran Irfan di sini) Keterujaan untuk menyusukanmu bermula dari saat kita di dalam bilik bersalin. Mama berazam mahu menebus kegagalan lalu. Mama tekad mahu menyusukan Irfan sekurang2nya 2 tahun. Namun... bukan semua yang diimpikan menjadi kenyataan. Allah mengatur dengan lebih baik. Perjalanan bermula dengan sedikit kepayahan. Mama akhirnya tewas... terpaksa memberikan susu formula buat Irfan yang terkena "prolong jaundice". Lebih 20 hari kuning. Lebih seminggu terpaksa berulang ke Hospital KKB untuk check darah. Mama sangat terseksa tengok kaki dan tangan Irfan dicucuk saban hari. Nurse yang datang periksa di rumah beritahu Irfan kurang minum susu sebab najis masih lagi hitam. Akhirnya mama akur. Namun Mama tak pernah rela. Dalam pada masa yang sama, Mama masih berusaha untuk membanyakkan susu badan dengan mengepam dan menjaga pemakanan.

Alhamdulillah, hari ke-25... kita balik ke rumah kita (aik... tak pantang ke?) Mama rindukan rumah kita (ke rindu Papa????) hehehehe... Mama berdegil mahukan pump Spectra 3. Papa tolong belikan. Bermula dari hari ke-30 Mama menjadikan rutin mengepam sebagai satu rutin tambahan dalam kehidupan Mama. Semuanya demi memastikan impian Mama untuk meyusukan Irfan berjaya.


Walaupun tak sepeti...tapi Alhamdulillah. Mama mula menyimpan stok susu perahan buat bekalan Irfan sewaktu Mama kerja. Dari saat itu Mama tak mahu menoleh belakang dan menyesali kegagalan itu. Ramai yang menyokong Mama. Papa, Maktok, Umi... semuanya dah mula menyedari perjuangan Mama. Tambah seronok bila Makde pun sama berjuang untuk abang sepupumu Haziq Zafran (abang lahir 10 hari sebelum Irfan). Namun rezeki Haziq tak sampai setahun. Berbagai cara dah Mama bantu. Bertuahnya anak Mama yang seorang ni. Alhamdulillah... rezeki Irfan masih ada sehingga ke saat ini untuk meneguk titisan kasih ibu ini.


Irfan sangat comel di mata Mama. Kalau pegang Irfan, Mama mesti nak squueeze dan gomol. Mama sangat geram dengan kegebuan Irfan. Hairan juga bila tengok anak jantan sorang ni putih melepak... tak macam kakak berdua tu. Ye... anak Mama semuanya putih dan chinese look. Tapi Irfan lebih putih daripada kakak2.


Ha.... inilah rahsianya... Mama sangat suka menonton VCD "Winter Sonata" (citer Korea yang heroinnya Yu Jin tu) semasa di akhir kehamilan. Agaknya aura "salju" tu sampai ke anak Mama yang dikandung tu... hehehe... Penjagaan Irfan juga sangat mudah. Memang diakui Irfan kuat menyusu. Kini bila dah boleh makan, Irfan sangatlah sukeee. Pantang orang makan... Irfan pun nganga... "mamam...mamam..." Irfan kata.


Sekarang Irfan dah pandai lambai tangan "tata" dan panggil "Mama" dan "Papa". Irfan suka ketawa dan sangat geli bila digeletek. Awal kelahiran dulu Mama ada nampak lesung pipit sebelah pipi kanan Irfan. Tapi hari demi hari lesung tu dah pudar ditenggelami pipi gebumu... hehehe... Pulang kerja je, Irfan dah sengih2 tunggu Mama. Walaupun baru habis sebotol minum susu... Irfan tetap nak menyusu daripada Mama. Sedap agaknya bau masam Mama. Kalau dulu senang je ampu badan Irfan untuk menyusu. Tapi sekarang dah banyak posisi baru direka dalam 1 minit... aih...


Irfan... Mama cuba perbaiki diri dari hari ke hari. Mama cuba sabarkan diri dengan kerenah kalian adik-beradik sebab Mama memang sangat tak biasa dengan hingar-bingar dan jerit-pekik anak kecil. Mama biasa hidup sendiri. Walau terkadang Mama terpekik dan tercubit... tapi ketahuilah olehmu dan kakak berdua... Mama sangat sayang pada kalian. Hidup Mama tak bererti tanpa anakanda bertiga.



Akhir bicara... Mama ucapkan "Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang Pertama" buat Kekasih Salju Mama... Muhammad Nufael Irfan (Hamba Allah Yang Terpuji dan Bijaksana, Hadiah Penuh Kesyukuran). Kaulah hadiah terindah di dalam hidupku. Mama bersyukur dengan kehidupan yang Allah kurniakan buat Mama kini.




Happy birthday Irfan.
You are finally turning one!
No more "Mama, feed me!"
The fun has just begun.
Soon you will be running, climbing
and jumping everywhere.
Mama and Papa will be pulling out our hair!
But always remember, when the punishments do come.
No matter what happens.
You are loved, Little one.



Monday, May 16, 2011

Homemade Puree

Assalamualaikum....pembuka bicara.

Dah lama saya nak mengarang entry ni tapi belum berkesempatan menyempurkannya. Kak Lid pernah tinggal comment minta saya share resepi puree yang saya sediakan untuk Irfan. Sebenarnya... ini bukanlah resepi saya sendiri. Semuanya diambil dari blog rakan2 dan buku. Mohon share ye pada mereka yang berkenaan (maaf saya tak ingat ambil dari mana sebab dah lama compile resepi ni... sebelum Irfan lahir)

Saya hanyalah ibu biasa yang masih perlu banyak belajar. Tetapi sekiranya ada sedikit ilmu ini yang minta dikongsi... InsyaAllah saya akan kongsikan kerana ia bukan milik saya tapi anugerah Ilahi.

Sebelum saya mula memasak puree... saya sediakan dulu bekas untuk menyimpan. Saya tidak mampu untuk masak hari2... jadi saya sediakan puree untuk bekalan seminggu dan disimpan dalam freezer. Oleh itu, bekas yang saya rasa mudah+murah+selamat adalah bekas dadih yang comel ni.

setelah dibasuh dengan warm soapy water

Then saya lekatkan sticker label makanan yang saya buat sendiri pada setiap bekas yang ingin digunakan... begini caranya

stickers

gunting + lekat
dah siap... bekas utk cik "Bayam"


Ada beberapa cara saya memasak makanan Irfan... bergantung pada tekstur bahan.

  1. Merebus

  2. Makanan yang saya rebus: Nasi, Bayam, Epal

    Cara merebus: Masukkan sedikit air tapisan, biar sehingga mendidih.
    Then masukkan bahan dan tutup periuk.

    Masukkan dalam pengisar.

    Kisar (bergantung kepada usia bayi - hancur atau kasar)



  3. Mengukus (Stim)

Makanan yang saya kukus: Bronkoli, Carrot, Labu

Cara mengukus: Masukkan sedikit air tapisan dalam pengukus. Letak bahan di bahagian atas pengukus.
Mr Bronkoli

Miss Pumpkin

get into the Microwave... for about 5-10 minutes

pumpkin ready to be smash

bronkoli dikisar halus/kasar

scoop into cotainer... untuk sekali makan

stack of "Homemade Puree"


Maka dengan ini... terhasillah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

aneka puree untuk anakanda putera... soooo colourful

Sekian dulu perkongsian ilmu. Semoga kita semua mendapat manfaat.