Bermula dengan Mama yang demam panas malam Selasa minggu lepas (9/2/2011)..membawa kepada MC pada hari Rabu. Kakak juga tak ke sekolah kerana badannya panas malam itu. Kesuraman mula melanda rumah bila kami pakat pas baten demam....huhu....
Nasib baik Mama cuma lemah sehari...so...boleh jaga semua yang lain. Malam Khamis lalu (10/11/2011), saya dan suami pakat nak bawa anak3 ke Hospital An-Nur Bangi setelah Kaklong yang pulang sekolah tengahari tadi panas badannya dan Kakngah yang dah mula menyahut kokokan batuk si kakak. Ya Allah...ramai kanak2 yang senasib anakku di sana. Musim demam+batuk+selsema...3in1...3 serangkai.
Sambil menanti giliran...kupujuk Kaklong dan Kakngah yang dah mula merengek dan buat perangai akibat tak selesa dengan bahang panas badan mereka. Irfan pun dah mula berair hidung...tapi tidak demam. Seorang demi seorang anakku diperiksa doktor.
Examination on Kaklong...suhu badan 38.7, lung...banyak kahak... bila check tekak, Doktor mendapati tonsilnya bengkak dan perlu di'refer' kepada doktor pakar...Ya Allah...seriuskah? Memang lately Afifah kerap demam yang berulang. Surat telah ditulis...kami akan ke Hospital KPJ Kajang untuk set appointment dengan pakar ENT. Next...Auni diperiksa. Temperature...38.4 Tekak sedikit merah...lung...clear cuma da mild selsema. Since temperature dah above 38... doktor nasihatkan kami untuk masuk ubat punggung untuk redakan panas badan. Alhamdulillah mereka mahu mendengar arahan doktor. Irfan...suhu badan 36.4...masih OK.
Balik rumah malam tu, Afifah dan Auni senang je nak makan ubat. Malam tu...badan Auni panas. Saya ambil keputusan untuk ambil EL esok. Bermulalah kisah demam berpanjangan dan kokokan batuk yang bersahutan mengisi ruang rumah kami.
Mama masak bubur ayam dan sup sayur untuk anak2 yang demam + Mama pun makan yang sama...sebab malas nak masak makanan lain...huhu...
While waiting bubur masak...Mama layan Kaklong and Kakngah painting guna watercolor. Bersinar-sinar mata mereka tengok Mama beli watercolor, brush dan drawing block... something yang Mama tak pernah bagi sebelum ni. Khusyuk dengan hasil seni masing-masing... takdela merengek je si Auni tu. Lepas painting, Mama suap bubur nasi dan sup... mereka makan sikit je. Perit tekak agaknya.
Petang Jumaat, Maktok dan Ayahwan datang. Teman Mama menjaga si cumil semua yang demam sebab Papa balik lewat malam tu...menghadiri kelas malam. Good Luck Papa! Mama doakan semoga Papa berjaya dalam exam March nanti. Malam itu...Maktok dan Ayahwan yang jaga Auni yang makin merengek kerana demam. Suhu tinggi lagi...cecah 38. No option, Mama sumbat ubat punggung lagi. Kesian sangat bila Auni nangis kata sakit.
Hari Sabtu, Mama tekad nak bawa anak2 ke Klinik Gesundheit di Wangsa Maju untuk terapi. Maktok pun tengah jalani terapi 8 hari. Mama pujuk Auni untuk terapi. Mama peluk Auni sambil doktor pakaikan wayar di baju dan seluar Auni. Tak sakit kan? Bukan nak kena cucuk...cuma pasang wayar. Terapi ni untuk alirkan gelombang positif ke badan patient. InsyaAllah akan lebih bertenaga lepas terapi. Kami sekeluarga dah lama percaya dengan produk Gesundheit terutama air ECPI.
Takde lagi Ponstan yang setia menemani bila migrain...semuanya ubat Gesundheit...no drug. Boleh makan selang 15 minit bila sakit. Memang lambat berkesan...tapi...takpela asalkan tiada drug. Kaklong dan Auni pun senang makan ubat...sebab manis. Next, Mama pujuk Kakak pula. Memang susah nak makan pujuk Kakak ni bila dia takut tengok wayar yang berselirat kat badan Maktok. Tapi akhirnya Kakak setuju asalkan dia tak perlu baring. OKlah Tuan Puteri... apa saje asalkan nak buat terapi. Biarpun Kakak dah tak demam, Mama nak suruh Kakak buat terapi so that Kakak akan lebih bertenaga.
Penat duduk... akhirnya Kakak minta untuk baring. HAHAHA... itulah tawa Mama dalam hati. Penakut sungguh Kaklong ni. Tak mau mencuba dulu. Sekarang dia pula yang nak baring... siap tunjuk thumbs up bagai. Anyway... You are "Good Girl and sister". Mama proud of you.
Malam itu, Auni nyenyak tidur. Irfan pula yang merengek kerana selsema. Biasala, kalau selsema memang susah nak breastfeed. Saya bangun dan dodoikan dia sambil selawat. Dadanya saya urut. Susukannya sambil duduk. Tidurkannya secara telangkup... biar senang bernafas walaupun esok pasti cadar penuh kesan hingus yang meleleh... alah... kan boleh basuh. Papa juga tak nyenyak tidur. Dah mula panas badan dan batuk.
Hari Ahad ada program "Parent's Course" sekolah Afifah. Papa dah KO. Mama pun nak tumbang dah ...tapi... program tu perlu dihadiri. Saya gagahkan diri bersiap ke program tu seorang diri. Inilah tanda kasih Mama pada Kakak. Mama akan support apa jua yang Kakak ceburi. Di program ni, banyak yang Mama belajar. Belajar "ABC Movement" yang Kakak belajar hari2 tu. Now we can learn n have fun together!
Isnin lepas saya memang dah apply cuti. Nak cuti direct sebab esok cuti "Maulidur Rasul". Nasib baik saya cuti... sebab hari ni tugas membawa Papa pula ke klinik. Proud of me! Alhamdulillah... terima kasih Allah kerana beri aku kekuatan dan kesihatan yang baik untuk berbakti kepada suami dan anak2 di saat mereka memerlukan aku di sisi. Balik dari klinik... bersilat di dapur menyiapkan lauk-pauk untuk santapan Raja dan Tuan Puteri berdua yang sakit. Tempe&Ikan Bilis kicap + Sawi goreng dgn udang + Ikan Bawal sweet sour. Itulah menunya.
Auni sangat manja dengan saya time demam ni. Semuanya Mama. Makan, Mandi, Susu... semua nak Mama buat, Mama suap dan Mama riba. Anak Papa dah lekat kat Mama pula. Kalau sihat... tak nampak dah Mama depan mata. Terus terpa Papa... haish... Auni sudah susut. Kakak pun. Kurus je anak2 Mama. Nak buat macam mana, mereka kurang selera makan. Saya belikan multivitamin+lysine tadi di farmasi. Hope dapat increase selera mereka untuk makan. Tengahari tadi, 2-3 suap nasi je mereka dah takmau. Malam tu saya gorengkan nasi sebab mereka sangat suka nasi goreng. Banyak juga Kakak makan. Auni? bolehla... 4-5 sudu. Up sikit dari tengahari tadi.
Mama harap anak3 cepat sembuh. Papa juga! Nanti kita semua dah sihat, Mama belanja g jalan-jalan ye. Maaflah kalau ada yang terkurang dalam melayani kalian. Mama pun dah capek... I'll try my best to please everyone. Irfan... maafkan Mama sebab kurang layan adik. Kakngah melekat je ngan Mama ...huhu... Nite2 semua... saya dah nak rebah (^_^) zzzzzzzz
Semoga semua sihat kembali very soon..
ReplyDeletethanks Mrs. Rahimi
ReplyDeleteciannye demam..checkout my blog for chicken soup recipe dear if u nk any alternative.. http://discoverabouthealth.blogspot.com
ReplyDeleteThanks aeshcame for your sharing. Sure I'll try out the recipe tomorrow :) will post the result in next entry
ReplyDelete