Pages

Thursday, February 17, 2011

Riang Ria Cuti 1 TM

Setelah 2 minggu...baru kini sempat menulis tentang pengisian sepanjang Cuti 1 TM yang lalu.

As mention dalam entry ni... banyak aktiviti yang dirangka. Alhamdulillah... out of 3... 2 yang terakhir tu berjaya dilaksana.

Khamis (3/2/2011)
Hari ni kami sekeluraga bersama Maktok dan Ayahwan (my parents) pakat nak ke Midvalley... dalam kepala terbayang kelazatan Mee Kari yang power kat food court tingkat 3. Ingatkan jalan sesak sebab ramai nak masuk parking... bila masuk je... macam tak percaya! Kami boleh pilih nak park kat mana sesuka hati sebab banyak yang KOSONG. Seronoknya kalau selalu begini 8) Dengan cargasnya kami park kat petak yg dekat ngan escalator. Janji nak jumpa Maktok n Ayahwan kat Jusco... nak cari swimming suit untuk Afifah. Saya dah daftarkan Afifah ke swimming class di sekolahnya. Next week akan start class. Syioknya budak bertuah berdua tu... Ayahwan belikan swimming suit+goggle pink sorang satu. Yang kakak memang nak ke class... Auni ni nak swim kat mana? Haruslah Mama kena beli pool satu nanti. Mama nak beli yang ni ada jual tak?
boleh Mama tumpang berendam juga...tapi...takdela pakai swimsuit


Done beli baju renang dan seluar Irfan...kami ke Tingkat 3 mencari port untuk mengisi perut yang dah berdendang lagu keroncong...ke...lagu rock dah? Hidung yang kembang dah terbau mee kari yang hebat itu...tapi...HAMPA sebab kedainya dah bertukat owner. K-E-C-E-W-A itulah yang dirasa.Makan juga mee kari tapi memang tak diterima tekak. TAK SEDAP!!!

Next destination, nak balik Batang Kali (rumah my parents). Kakak2 dah tersangkut kat McD...nak makan "aiskrim white" = sundae. So Ayahwan n Maktok terpaksalah menunggu mereka manikmati favorite desert terbaru mereka tu. Saya dan suami ada misi yang lebih mencabar kalau mereka ikut...nak ke Toys R Us. Kami nak beli hadiah untuk birthday anak cousin esok. Niat di hati memang nak beli pool untuk anak3 bermandi-manda suka-suki di halaman rumah...tapi...memikirkan kawasan kejiranan yang ramai anak kecil sebaya mereka, kami batalkan hajat tu. Taknaklah nanti anak jiran terjenguk-jenguk tengok keriangan mereka...kesian... Dah la rumah takde tembok...so... senang sangat orang yang lalu nampak apa aktiviti di laman rumah tu. Lagipun...nanti hari2 nak berendam...jenuh maid nak kepong.

Jumaat (4/2/2011)
Pagi itu...kucing2 ria menari sebab dimandikan Papa. Semuanya ucuk asyam... lepas ni dapatlah peluk cium Nome, Bob dan Jenny. Yang lain2 tu jangan jeles ye... sebab Mama cuma jaga mereka bertiga ni. maktok dan Ayahwan kan sayang kalian... terutama si obes Tom tu. Saya tak sempat nak snap gambar sebab kalut tolong mak di dapur memasak juadah tengahari. Murah rezeki kami sebab Pakcik Arin sekeluarga datang lunch sama ...kebetulan... Maid saya bercuti jadi haruslah saya jadi cam lipas kudung. Mengasuh, mengurus anak. Menyusu dan pump. Tak lupa membantu di dapur. Tarra... simple dish (sorri takde gambar). Masak lemak cili api ikan lampam+haruan bendang, sayur campur, ayam masak merah, ikan haruan goreng, ikan pekasam dan air special dari Papa (pakar air) Nenas+Lychee.

Lepas solat Jumaat... kami makan beramai2. Seronoknya... sebab keluarga saya kecil. Saya anak tunggal. So kalau ada tetamu atau saudara datang... memang meriah!

Petang itu, kami ke Majlis "Housewarming" + Birthday Party rumah cousin Papa di Bkt.Antarabangsa. Kami sampai agak lewat. Majlis mula pukul 4.30 tapi kami sampai dah pukul 6. Anyway... tetap hadir kan? Si Kaklong agak moody sebab tengah syok tidur dalam kereta time sampai tadi. Bila dibangunkan... apa lagi... moncong sedepa la. Siap Papa dukung lagi. Hilang seri pakai gaun... tapi... kejap je. Nampak muka fren yang pakai ala-ala Snow White dan belon yang bergantungan serta clown yang cumil tu, terus senyum lebar. Siap dekor tangan n pipi... aih... nak kata tak boleh, ni party orang... so... okjela. Nasib baik ink tu tak lekat lama. Kalau lekat cam cop kat sekolah tu, sure comot pipi anak Mama seminggu. Menu hari tu memang BESTEST! Cendoi dia memang sempoi... layan... Auni mana? tidur dari dalam kereta... sampai diriba Umi... dekat nak balik baru sedar. Boleh? Tapi apa2 pun. Thanks Abg Pu n Kak Ina. Tahniah! cantik rumah. I like ur kitchen ;p boleh dok dalam tu sehari suntuk. Saaaaangaaaaaat syaaaaaaanteeeeeeek! Kenyit2 mata kat Papa... boleh dapat tak? ahaks... in my dream! Sebelum balik Afifah bergambar bersama 2 pupunya Shasha yang dipanggil Snow White hari tu... layan jelah. Ni gambar saya dan biras. Irfan dan Haziq ni beza 10 hari je. And proudly announce that they were fully BF babies. Alhamdulillah.


Sabtu (5/2/2011)
Kami plan nak bawa chenta hati 3 ketuls tu berjimba di Genting Highland bersama Maktok dan Ayahwan. Actually nak replace planning ke Melaka. Tak dapat ke sana sebab hotel semua fully booked.

Pukul 10.30 pagi kami gerak keluar dari rumah my parents. Dekat je Genting tu... 1/2 jam perjalanan je dari Batang Kali. Tiba di stesen Skyway Genting pukul 12.00 tengahari. Lambat sebab berpusing2 mencari parking. Sure ramai manusia kalau dah full parking ni. Tapi dah alang-alang sampai... takkan nak cancel.

Masuk je bangunan tu... TU DIA! Ramainya manusia. Beratur sampai depan pintu entrance nak beli tiket. Tu belum lagi beratur nak naik cable car. Lenguhla berdiri... Irfan dah sedap dok dalam wrap. Bertambah 8kg beban pada badan Mama. Tapi mama suka sebab kita saling menghangatkan...LOVE IT...Dua jam beratur, akhirnya dapat juga naik cable car.

Layanlah dulu gambar2 kat bawah ni ye... saksikan kegirangan + kepenatan kami.

Maktok dan Ayahwan letih melayan karenah anak cucu

love this picture sooo much...cloudy...macam kat oversea

me and my kiddos

anak manja Papa yang buat Mama gerrram

Papa dengan bidadari-bidadari nya

line up to get on Spinning Ribena Cup

ggggg...so cool...Isn't she adorable?

Afifah memancing itik yang bertuah!

turn Auni...fishing duck?
nape duck?
bukan fishing fish ke?

My Small family...Small But With Big Heart!

jalan-jalan di Kota London...cewah!

Hallo! Anyone there? We want to report...
We R Sooooo Happy :)

riding in an antic car...vroom...

si kecik yang baru bangun...terus main slide

My Robbin Hood...
and I'm the Little Red Riding Hood...
Little ke???

Not Bad! See target 16... WOW!

HOT milk for Irfan :)!

come I give u a push sista!

sempat lagi main "Mak-Mak"

Kakak boleh dapat present sbb sangat behave! Nanti Mama beli ye

good bye Genting... jumpa lagi!


Longlai rasa sebab kena beratur lagi 2 jam untuk naik cable car turun dr Genting. Apa2 pun we really had a quality time. Thanks Ayahwan sebab belanja kami... terima kasih daun keladi... lainkali kita p lagi na? hehehe. OK for now... banyak lg gambar nak share tp ada error so nanti akan update lagi entry ni.



No comments:

Post a Comment