Kami bukanlah samseng jalanan...sekadar berkongsi jalan dengan anda semua. Tajuk je gempak... rempit kami pun taklah selaju kebanyakan motor di jalan sana. Ye lah... semput si Jebon (gelaran untuk motor Kriss kami yang dah 7 tahun berkhidmat...plat JEB) nak membawa bebanan kami yg amatlah di luar keupayaannya... hahaha... faham perasan motor tu.
Berhujan... berpanas... kami harungi bersama... cewah... kan dulu time bercintan-cintun keluar ayat "Lautan api kuredahi" ni baru hujan air... apa lah sangat kan? kan? kan?
Kadang2 hati jadi sayu bila tengok ramai yang lebih bertuah dapat ke ofis menaiki kereta yang dipandu suami atau sendiri (bukanlah kami tiada kereta, tapi kos perjalanan berkereta ni terlalu tinggi untuk kami). Si isteri siap boleh lena di sisi sambil suami memandu atau mereka senyum berbual.
Tapi... bila asyik memandang ke atas, kita kan lupa untuk bersyukur. Pandanglah ke bawah... masih ada ramai wanita berkerja seperti saya yang terpaksa bersesak menaiki kenderaan awam untuk ke tempat kerja, tak kurang juga yang menunggang sendiri motosikal ke pejabat. Samada mereka dan suami berlainan arah ke tempat kerja atau mereka sudah tiada insan tersayang di sisi.
Saya masih bertuah kerana dapat memeluk erat tubuh suami walau dalam keadaan hujan yang lebat membasahi kami. Syukur Ya Allah. Moment ini yang mengikat lagi kasih kami. Susah senang akan kuharungi bersama dia. Lelaki yang Kau cipta untukku... Shaffarizal bin Mazlan.
No comments:
Post a Comment