Pages

Wednesday, December 22, 2010

Stage 1 - COMPLETE !!!

Alhamdulillah...saya sudah melepasi tahap pertama dalam perjuangan menyusukan anakanda putera. Pada 20/12/2010 (Isnin) lalu, genaplah tempoh 6 bulan Irfan menyusu dengan susu ibu. Walau tak boleh declare sebagai sepenuhnya kerana masalah yang timbul di awal kelahiran, namun saya tetap bersyukur kerana dari kekecewaan itu saya bangkit untuk terus berjuang memberi yang terbaik buat anakanda terchenta.

Berikut snapshot sepanjang tempoh penyusuan saya dengan anak ke-3 ni. Bermula dengan detik2 yang hampir menumpaskan azam saya. Bangkit semula dengan memulakan langkah pertama yang amat memberi impak iaitu memiliki Spectra 3.

gambar sesi penyusuan dan stok EBM Irfan dari masa sebelum kembali bekerja sehingga kini


Saya memulakan proses mengumpul stok hanya ketika sebulan sebelum kembali bertugas. Saat2 mengepam dengan hasil 0.5oz... hingga ke 5oz... semuanya saya lalui dengan perasaan bahagia dan bangga. Tidak terlintas mempamerkan gambar untuk menunjuk2...sekadar berkongsi rasa gembira mampu memberikan yang terbaik buat anakanda.

Stok susu Irfan setakat hari ni...Alhamdulillah. Penuh ruang freezer peti ais dengan EBM nya. Terpaksa beli deep freez lain untuk simpan lauk. Kini Irfan mula belajar menerima makanan pejal. Saya prefer masak sendiri untuk anak2. Minggu ni, saya perkenalkan bubur nasi (beras merah) + sesudu EBM kepada Irfan. Sekali sehari je bagi Irfan makan. Biar dia kenal rasa makanan sedikit demi sedikit. Beri setakat yang dia mahu bukan seperti dulu, saya beri anak makan sebanyak yang mungkin..huh.

Pengalaman dan pemerhatian serta pembacaan banyak memberi impak kepada saya dalam corak penjagaan anak. Harapan saya semoga saya dapat berkongsi pengalaman dengan anda yang membaca blog ini.

Doakan saya untuk terus berjaya dalam misi menyusukan anak sehingga 2 tahun ye!


No comments:

Post a Comment