Pages

Monday, December 6, 2010

MAHA 2010

Hari Rabu lepas, saya dapat MC sebab mata sakit...kena scratch dgn hero kecik saya...huhu... Jadi untuk merehatkan mata...hehehe...saya ajak encik suami untuk ke MAHA 2010...syhhh...terbongkar rahsia.

Kami ingat nak p berdua je...senang nak jalan. Tapi bile masa saya tengah bersiap gosok baju nak keluar, anak dara berdua tu bangun tidur. Kami bagi alasan nak pergi kerja...tapi...kaklong lebih bijak. Nape Mama pakai baju ni g keje? Nape Papa pakai baju lawa? adoiya...terkantoi. Afifah nangis sunguh2 sampai keluar airmata bila kami kata tak boleh bawa dia. Kesian pula tengok. So our trip ke MAHA sudah bertambah anggota.

Keluar dari rumah dah pukul 11 pagi sebab tunggu orang datang betulkan atap. Bilik tidur utama ada leaking...since hujan lebat sepanjang minggu tu. Sampai di Gate 2 Tapak MAHA..jam sudah 12 tengahari. Cuaca elok...tak terik sangat.

Kami menaiki bas Rapid KL yang disediakan ke Dewan Ekspo. Kakak dan Auni sibuk nak g tengok cow...puas pujuk bgtau yang sekarang panas, nanti petang sikit kita g. Dari Dewan A ke Deawan B ke Dewan C...kesian papa kena dukung anak2 yg lenguh kaki...aih...kecik2 dah pandai kata lenguh kaki....layan je la.


Ni gambar kami meronda di MAHA. Kakak n Auni suka sgt dpt tgk chicks n turtle. Mama enjoy food testing...muahahaha...gemuks lagi la Mama. Penat berjalan, kami lepak di Dewan D sebelum meneruskan perjalanan ke Bazaar Makanan. Tak jumpa pula makcik yang terror goreng pisang celup tangan tu. Tapi puashati dpt tgk videonya dr rakan FB. Memamg salut la makcik tu...ni video nya.



OK dulu setakat ni...nak p melawat Mak yang menjalani pembedahan buang selaput mata di Hospital Mata Tun Hussin Onn. Selamat Tahun Baru Hijrah kepada semua pembaca blog ini. Marilah kita berhijrah kepada cara hidup yang lebih baik dan diredhai-Nya.

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Berikut adalah Doa Akhir Tahun


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Berikut adalah Doa Awal Tahun

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


No comments:

Post a Comment