Pages

Wednesday, December 15, 2010

Irfan Demam :( Mama EL :) Kakak2 Suka (^_^)

Berat kakiku melangkah meninggalkan rumah pg ni. Irfan dah beransur pulih setelah 3 hari demam since Ahad malam. Semalam saya ambik EL sebab tak sanggup tinggalkan anakanda putera yg demam n merengek.

ni gambar Irfan semasa kami bermesra-mesra tengahari Ahad lalu sebelum MIGRAIN menyerang...argh...

Our BF Moment (^_^) I LIKE!!!

Ptg Ahad lepas, saya diserang migrain. Sakit kepala yg teramat sakit sampai rasa nak hantuk kepala di dinding. Berguling2 menahan sakit. Puas encik suami melumur minyak cap kapak sambil memicit kepala dan tengkuk... namun masih tak lega. Akhirnya, saya duduk di bawah pancuran air di bilik mandi...dengan harapan sejuk air tu dapat ringankan kesakitan.

Lepas dah basahkan kepala, saya terlena sehingga ke maghrib. Usai solat, mak dan ayah yg dah seminggu di rumah saya bersiap nak balik. Mak bgtau Irfan demam, dengan menggagahkan diri saya turun jenguk dia di bawah. Panas badannya.

Kakak2 mengamuk nak ikut Maktok n Ayahwan...Papanya pula terpaksa keluar sekejap kerana ada urusan. Tinggallah kami 4 beranak...1 ibu yg sakit kepala + 2 anak dara yg meraung n menangis + 1 anak teruna yg demam.... ADOOOOIIIIYY

Hari Isnin, saya terpaksa ke ofis. Meninggalkan Irfan yang masih demam. Selesai beri ubat pg tu...dengan berat hati saya meninggalkan dia dengan maid di rumah. Di ofis, hati sentiasa resah. Selang sejam saya talifon rumah tanya tentang Irfan. Balik je kerja terus meluru dapatkannya. Badan masih panas...saya decide nak bawa Irfan ke klinik selepas Maghrib. 38.5...that's the reading. Quite high untuk baby kan... kesian dia...macam mana nak luahkan betapa tak selesanya dia.

Malam itu Irfan merengek tak lena tidur. Selang sejam dia terjaga dan menangis. Saya susukan tapi dia tolak. Dilapkan badan n kepala, saya bawa dia ke toilet dan rendam kakinya dalam sink agar kurang bahangnya. Saya tampal cool fever kat dahi Irfan. Sekali lagi kami suapkan ubat...dia terlena seketika...tak sampai sejam, dia bangun semula. Merengek lagi...sehinggalah ke subuh. Maka dengan rasminya saya EL semalam untuk menjaga anakanda tercinta.

syian tengok Hero Mama...I wish I can replace U in this moment

Selepas Subuh semalam,barulah Irfan mahu menyusu dan tidur agak lama. Saya pun dapatlah merehatkan mata seketika. Hampir pukul 10 pagi, kami terjaga. Badannya dah kurang panas. Saya minta maid mandikan Irfan sambil saya mandi dan bersiap untuk beraksi menjaga anak3 sepenuh masa hari itu.

Irfan langsung tak boleh ditinggalkan walau dengan maid. Tak nampak je muka saya, dia akan merengek... aih ... anak manja Mama ni. Kaklong n Kakngah pun tak kurang gumbira bila Mama off semlm. Dari memasak hingga suap makan...semuanya Mama. Petang semlm bila tengok keadaan Irfan yang makin sembuh, kami bersiar2 ke playground. Menunaikan permintaan Afifah.

Lepas Maghrib, Irfan tidur...saya??? tidur juga??? Oh TIDAK! Seperti biasa Afifah akan tanya "Apa kita nak makan malam ni Mama???" uhuk... tersedak sat. Ingat nak rehat...tapi... mana mungkin saya sanggup hampakan anak yang kuat makan sekarang. Saya turun bersilat di dapur...klung-klang...klung-kling... Maka terhasillah Makaroni Goreng. As usual, saya kena panggil tuan puteri tu begini "Kakak, dinner is serve"...malangnya semlm tiada jawapan kerana si puteri dah tertidur. Kesiannya anak tidur sebelum sempat makan. Tentu dia lapar n cakap begini pg esok "Perut kakak bunyi la malam tadi" :( Saya dan suami melayan si comot kami...Auni...makan. Siap pesan dengan maid untuk simpankan untuk Afifah so dia boleh sarapan esok.

Jam 10malam. Saya chop TV...nak layan citer Lagenda Budak Setan...sambil tu perah susu yang dah melimpah. Irfan masih tidur. Selesai pam sebelah (guna Madela manual je sebab dah pack Spectra 3 untuk bawa ke ofis esok ...alah... sebenarnya sebab malas nak turun basuh lepas pam nanti...hehehe) Irfan pun terjaga. Maid bgtau dengan suspen, badan Irfan panas... aih maid ku sorg ni...kalau ada yg sakit jantung, mau mati terkezut.

Memang panas...nape ni? ubat dah beri ikut kata doktor...6 jam sekali. Saya terus teringat pada ubat yg masuk kut punggung tu. Saya minta suami belikan di klinik. Sambil Papa keluar...Mama lapkan badan anakanda sambil main2dengan dia so Irfan tak terlalu melayan sakitnya. Saya pasang channel 612... Spongebob... Leka seketika si Irfan sambil saya urut2 belakangnya sehingga dia terlena.

Papa pulang dengan hampa. Klinik semua TUTUP...dia dapat ubat dari jiran. Kami call kawan yg wifenya doktor untuk tanya bolehke masukkan ubat tu pada Irfan since dia baru 5bulan. The answer is NO! So kami beri dia ubat dr klinik lagi sambil terus lapkan badan n basahkan kepalanya. Malam tadi dia sudah tidak tolak BF. Maybe dah tak berapa panas tekaknya. Kami tidur tika jam hampir 12.30mlm.

Hanya sekali je Irfan terjaga malam tadi...dan...dia tidak merengek. Alhamdulillah. Saya bersiap ke ofis pagi ni dengan hati yg masih berat...tapi...bila tengok Irfan senyum tika kami bersiap2 ke ofis pagi ni...lega rasa. Kakak cakap dengan Papanya pagi ni "Mama takyah la gi keje" :( kalaulah Mama bisa memilih antara pejabat dan rumah...PASTI Mama pilih RUMAH...kerana RUMAHKU SYURGAKU...kerana di RUMAH ada kamu anak-anak-anak ku.

Suka tengok senyuman manismu Anak!

Tak sabar rasa nak balik rumah...SABAR...lagi beberapa jam je nak habis office hour. Wait for Mama ye anak2...malam ni nak masak apa ye?



No comments:

Post a Comment