Pages

Tuesday, August 9, 2011

Maid that make us Mad!

Assalamualaikum....pembuka bicara.

Ramadhan bulan penuh keberkatan. Ramadhan bulan penuh barakah. Namun tak sangka pada 2 Ramadhan tahun ni kami diduga hebat. Penangan pendatang asing yang tak sedar untung!

Di bulan mulia ini kau menyakiti anak tak berdosa. Di bulan barakah ini kau meletakkan tangan ke atas anak yang kukandung sembila bulan dan melahirkan dalam penuh kepayahan. Nyah kau si pendatang. Aku benciiiiiiiiiiii!

Status penuh duka lara di FB sepanjang minggu lepas adalah gara-gara si dia ini. dah la datang Malaysia tak keluar duit sesen. Makan pakai semua orang beri. Tidur enak atas tilam dibilik sendiri. Itupun tak tahu bersyukur lagi.

Selama ni saya sering melihat rakaman CCTV orang tentang kisah penderaan anak yang dilakukan oleh pembantu rumah. Na'uzubillah. Seriau hati melihat. Berdoa agar anak bertiga yang ditinggalkan dijauhi daripada mereka yang berhati kejam itu. Namun suratan Allah siapa yang mampu menduga mahupun menolak. Ianya terjadi kepada anak kami. Hati ibu mana tak sedih. Hati ibu mana tak sakit. Hati ibu mana tak merintih. Apabila melihat anak dipukul diherdik hanya kerana muntah di karpet.

Manusia berhati apakah kamu? Ibu sebagaimanakah kamu? Hingga tergamak mengasari anak kecil berusia tak sampai 3 tahun? Besar sangatkah kesalahannya? Besar sangatkah kuasa kamu yang saya beri sehingga seenak hati mengasari anak saya? Oh Tuhan...kau tunjukkanlah kekuasaanMu dalam membayar balik perbuatan keji wanita ini.

Kalau ditanya terukkah Auni dipukul? Memang tiada kesan zahirnya. Namun... bagaimana kita boleh memadam memori hitam yang anak kecil ini lalui? Bagaimana dapat saya membuang traumanya nanti kalau Auni muntah lagi? Hati ini benar-benar sedih dan hiba.

Tak mampu saya cerikatan tanpa airmata mengiringi kisah ini. Cukuplah di sini. Saya tak mahu bercerita lagi tentang kisah duka ini. Anda saksi perjanjian ini. Saya mahu memperbaiki diri. Menjaga anak bertiga dengan tangan sendiri. Menyuap dan memandikan mereka dengan senang hati. Biarpun bukan sepenuh masa. Namun Mama berjanji untuk menjadi lebih baik. Mama takkan izinkan sesiapa pun masuk dan tinggal bersama kita lagi. Biar Mama kalut mengurus kalian, biar Mama lelah mengatur tugasan harian, biar Mama pening tak cukup tidur gara-gara membesarkan kalian. Mama sanggup. Mama nak tebus semula segala pengalaman pahit kalian. Mama mahu padam memori itu. Mama tak mahu anak-anak Mama membesar dengan perasaan marah dan memberontak. Mama janji!

Mama sangat sedih meikirkan keadaan kalian selama 2 bulan bersama perempuan itu. Mama janji akan ganti balik setiap moment itu. Oh Tuhan... rahmatilah hidup kami, berkatilah usaha kami, lindungilah anak-anak kami.



1 comment: