Pages

Tuesday, August 9, 2011

Maid that make us Mad!

Assalamualaikum....pembuka bicara.

Ramadhan bulan penuh keberkatan. Ramadhan bulan penuh barakah. Namun tak sangka pada 2 Ramadhan tahun ni kami diduga hebat. Penangan pendatang asing yang tak sedar untung!

Di bulan mulia ini kau menyakiti anak tak berdosa. Di bulan barakah ini kau meletakkan tangan ke atas anak yang kukandung sembila bulan dan melahirkan dalam penuh kepayahan. Nyah kau si pendatang. Aku benciiiiiiiiiiii!

Status penuh duka lara di FB sepanjang minggu lepas adalah gara-gara si dia ini. dah la datang Malaysia tak keluar duit sesen. Makan pakai semua orang beri. Tidur enak atas tilam dibilik sendiri. Itupun tak tahu bersyukur lagi.

Selama ni saya sering melihat rakaman CCTV orang tentang kisah penderaan anak yang dilakukan oleh pembantu rumah. Na'uzubillah. Seriau hati melihat. Berdoa agar anak bertiga yang ditinggalkan dijauhi daripada mereka yang berhati kejam itu. Namun suratan Allah siapa yang mampu menduga mahupun menolak. Ianya terjadi kepada anak kami. Hati ibu mana tak sedih. Hati ibu mana tak sakit. Hati ibu mana tak merintih. Apabila melihat anak dipukul diherdik hanya kerana muntah di karpet.

Manusia berhati apakah kamu? Ibu sebagaimanakah kamu? Hingga tergamak mengasari anak kecil berusia tak sampai 3 tahun? Besar sangatkah kesalahannya? Besar sangatkah kuasa kamu yang saya beri sehingga seenak hati mengasari anak saya? Oh Tuhan...kau tunjukkanlah kekuasaanMu dalam membayar balik perbuatan keji wanita ini.

Kalau ditanya terukkah Auni dipukul? Memang tiada kesan zahirnya. Namun... bagaimana kita boleh memadam memori hitam yang anak kecil ini lalui? Bagaimana dapat saya membuang traumanya nanti kalau Auni muntah lagi? Hati ini benar-benar sedih dan hiba.

Tak mampu saya cerikatan tanpa airmata mengiringi kisah ini. Cukuplah di sini. Saya tak mahu bercerita lagi tentang kisah duka ini. Anda saksi perjanjian ini. Saya mahu memperbaiki diri. Menjaga anak bertiga dengan tangan sendiri. Menyuap dan memandikan mereka dengan senang hati. Biarpun bukan sepenuh masa. Namun Mama berjanji untuk menjadi lebih baik. Mama takkan izinkan sesiapa pun masuk dan tinggal bersama kita lagi. Biar Mama kalut mengurus kalian, biar Mama lelah mengatur tugasan harian, biar Mama pening tak cukup tidur gara-gara membesarkan kalian. Mama sanggup. Mama nak tebus semula segala pengalaman pahit kalian. Mama mahu padam memori itu. Mama tak mahu anak-anak Mama membesar dengan perasaan marah dan memberontak. Mama janji!

Mama sangat sedih meikirkan keadaan kalian selama 2 bulan bersama perempuan itu. Mama janji akan ganti balik setiap moment itu. Oh Tuhan... rahmatilah hidup kami, berkatilah usaha kami, lindungilah anak-anak kami.



Tuesday, August 2, 2011

Marhaban Ya Ramadhan!

Assalamualaikum....pembuka bicara.

Salam Ramadhan 1432H buat semua rakan blogger atau sesiapa sahaja yang sudi menjengah. Bagaimana rutin anda setelah 2 hari berpuasa ni? Semoga kita sama2 dapat manfaatkan bulan ini dengan aktiviti yang berfaedah dan menggandakan ibadah.

Tahun ni, 1 Ramadhan saya sambut dirumah ibu dan ayah tercinta di Batang Kali. Hari Sabtu lalu (setelah selesai urusan "menyerang" SOGO)... kami anak-beranak + maid pulang ke kampung halamanku... hehehe ... macam jauh je.

Hari Ahad diisi dengan menghiburkan hati anak berdua. Pagi ke pasar, then mula main masak-masak dengan mak. Selesai masak, kami packing untuk picnic di tepian sungai dusun peninggalan arwah atok di Hulu Tamu.


Tambah menariks dan syiok... durian tengah lebat luruhnya. Alhamdulillah. Peninggalan atok untuk cucu cicitnya.


Sedap sungguh makan durian selepas sejuk mandi sungai. Tengok ajelah gelagat saya dan kakngah ni... sib baik dia layan makan durian. Kaklong? ooh... anak meksaleh sorang ni... siap tutup hidung! Rugi...rugi...



Selesai memuaskan hati anak2... tibalah masa memujuk dan mengajar kakak untuk mula berpuasa esok hari. Akibat keletihan berendam di sungai, mereka terus tidur dari lepas maghrib hingga ke waktu Sahur. Ini memudahkan lagi tugas saya membangunkan kakak yang memang dah puas tidur.

Kami bersahur bersama, makan nasi dengan lauk yang simple. Ada kari kepala ikan yang dimasak semalam untuk ke sungai... lebih lazat setelah seharian dimasak... slurp. Sayur kailan ikan masin dan sotong masak kicap turut tersedia.

Akibat Irfan yang tidak mahu melepaskan Mama untuk bersahur (sedap agaknya susu Mama perisa durian). Saya kelam kabut makan. Kaklong disuap oleh bibik pagi tu... Tapi dalam masa tu, sempat juga snap gambar pertama Afifah bersahur... buat kenangan.




Hari pertama, Kakak berpuasa di rumah Maktok (ponteng sekolah sehari). Pagi tu, Maktok bawa Kakak ke sekolah. Happynya Kakak beratur dalam kelas Pra Sekolah masa kat perhimpunan. "Siapa puasa hari ni? Siapa mbangun sahur?" tanya cikgu. Laju je Kakak angkat tangan. Bangga Maktok... hehehe...

Tapi akhirnya Kakak tewas, lepas Zuhur Kakak dah takleh tahan... lapar... Ayahwan bawa pergi kedai dengan Unyang, akhirnya Kakak berbuka makan gula-gula then terus tertidur sampai 6.30ptg. Sayaaaaangnnyeeee.... Pukul 7.00ptg baru lah Kakak minum dan makan "cekodok ikan bilis" yang Kakak request dari Maktok. Sayang betul... takpe... kita cuba lagi.

Hari ni, Mama kejut Kakak bangun Sahur. Kita makan nasi goreng yang dibeli je sebab Mama tak sempat masak... sampai rumah lewat malam tadi. Mama dukung Kakak turun dan suapkan Kakak. Lepas makan, Kakak kata mengantuk dan minta nak tidur semula. OKlah... tapi... tidur kat bawah je. Kalau naik bilik... sure terlajak.

Ni lagi 15minit Mama balik. Nanti kita berbuka sama-sama ye. Hope Kakak dapat teruskan perjuangan esok dan hari-hari berikutnya. I'm so proud of you!