Apa aktiviti hujung minggu kalian? Semoga anda semua happy =) spending quality time with love one.
Hari Sabtu, masa untuk mengemaskini rumah... 3trip laundry + simple breakfast + vacum + mop... huhu... berpeluh makcik.
Setelah berhempas pulas... sampai memulas perut gara-gara late lunch... uhuks... hari Ahad kami bersuka ria di Denai Alam Recreation&Riding Club Selangor... memenuhi undangan Sarakids... dan menunjukkan sokongan terhadap BF Moms.
Perjalanan EXORAku dari Bandar Seri Putra ke DARC mengambil masa kira-kira 1 jam. Penuh muatan dengan 4 womans + 2 girls + 2 boys. Go.. Go.. Girl Power!
Pink mata hitamku melihat ratusan ibu gorgeous di sana. Berpakaian mengikut tema. Ramai bayi-bayi cuuumiiiilll menemani ibu menunjukkan tanda terima kasih mereka kerana telah diberikan makanan terbaik didunia. Tak kurang juga Papa2 yang segak bergaya mengenakan baju hitam dihiasai DSLR masing2 menemani isteri sebagai tanda sokongan tak berbelah bahagi... (T_T) suamiku tiada... kerana bertugas!
Biarpun Papa tiada menemani Mama... but I know you do support me! Thanks dear. Kalau tak... takkan la Papa sanggup ke butik penyusuan susu ibu setiap bulan untuk membelikan storage beg dan barang2 keperluan menyusu yang lain
Saya sangat teruja untuk berada di sana. Tambahan pula dengan senario serangan emosi daripada mereka di luar sana yang salah sangka pada kami BF Moms yang bekerjaya yang kerap berkongsi gambar EBM di FB dan blog. Well... niat kami hanya Allah yang Maha Mengetahui. Siapalah kita... manusia yang "BAHARU" sifatnya untuk menilai manusia lain.
Tahniah! buat Farah Farhan dan Sarakids Team. Kamulah inspirasi kami. Kamulah pembakar semangat juang kami. Terima Kasih.
For all mummies out there... Selamat meneruskan perjuangan dalam memberikan yang terbaik buat anakanda tercinta. Jika anda tewas sekali ini, janganlah mengalah. Kerana saya juga pernah tewas. Bukan sekali... tetapi DUA kali. Bangkitlah selepas kecundang. Penuhkan ilmu didada. Cekalkan semangat. Pedulikan pandangan negatif orang lain... kerana Hanya Kita Yang Lebih Mengenali Diri Sendiri dan Kemampuannya!
Happy Breastfeeding semua!!! Love you all...