Pages

Monday, August 30, 2010

Pantang...pantang jumpa?

Hari pertama berpantang...seronoknya dilayan bagai sang puteri...Abang masih bercuti so hr ni dia jd chef cook. Menu? Ikan haruan steam halia...layan...


Sedap sungguh makan ikan haruan...kalau time tak pantang, nak ke makan? haha..Habis saya hirup kuah ikan tu...makan sampai tinggal tulang. Sayur2 yg di steam sungguh sedap walaupun time sebelum2 ni tak boleh telan...

Cabaran kali ni...air susu tak banyak keluar...tapi biasalah utk few days ni kolustrum mmg tak mengalir byk mcm susu matang...tapi...adik Putera asyik menangis. Mak dan mertua dah mula kata anak lapar...tp saya tetap degilkan hati tak mau campur dengan FM. Saya cuba kuatkan semangat dgn bertanya pd Farah (Sarakids). Kata2nya membuatkan saya lebih tekad utk terus menyusukan Putera kami.

Supplement pertama yang saya dapatkan utk membantu membanyakkan susu ialah Sacred Tea for Nursing Mother dibeli oleh Abang dari Fabulous Mom...quite mahal tp takpela demi anakanda tersayang.

Selain tu saya juga minum byk air suam, makan byk sayur (termasuk sayur lobak putih, bronkoli, peria, jantung pisang...apa sahaja la walaupun utk sesetghnya mak kata sejuk dan berangin tp kalau ada terbaca ttg sayur tu blh bykkan susu...saya akan cuba) dan buah oren + apple...mak bising sbb saya makan buah mcm org bukan dalam pantang...sebiji oren dan sebiji apple sekali mkn...huhu...dah tu 5 hari tak membuang...mau berjam2 dlm toilet nanti...seriau...sakit jahitan nanti.

No comments:

Post a Comment