Pages

Monday, August 30, 2010

Pantang...pantang jumpa?

Hari pertama berpantang...seronoknya dilayan bagai sang puteri...Abang masih bercuti so hr ni dia jd chef cook. Menu? Ikan haruan steam halia...layan...


Sedap sungguh makan ikan haruan...kalau time tak pantang, nak ke makan? haha..Habis saya hirup kuah ikan tu...makan sampai tinggal tulang. Sayur2 yg di steam sungguh sedap walaupun time sebelum2 ni tak boleh telan...

Cabaran kali ni...air susu tak banyak keluar...tapi biasalah utk few days ni kolustrum mmg tak mengalir byk mcm susu matang...tapi...adik Putera asyik menangis. Mak dan mertua dah mula kata anak lapar...tp saya tetap degilkan hati tak mau campur dengan FM. Saya cuba kuatkan semangat dgn bertanya pd Farah (Sarakids). Kata2nya membuatkan saya lebih tekad utk terus menyusukan Putera kami.

Supplement pertama yang saya dapatkan utk membantu membanyakkan susu ialah Sacred Tea for Nursing Mother dibeli oleh Abang dari Fabulous Mom...quite mahal tp takpela demi anakanda tersayang.

Selain tu saya juga minum byk air suam, makan byk sayur (termasuk sayur lobak putih, bronkoli, peria, jantung pisang...apa sahaja la walaupun utk sesetghnya mak kata sejuk dan berangin tp kalau ada terbaca ttg sayur tu blh bykkan susu...saya akan cuba) dan buah oren + apple...mak bising sbb saya makan buah mcm org bukan dalam pantang...sebiji oren dan sebiji apple sekali mkn...huhu...dah tu 5 hari tak membuang...mau berjam2 dlm toilet nanti...seriau...sakit jahitan nanti.

Cabaran anak ke-3

Lama dah tak bercerita...agak bz dgn kehidupan baru bergelar Mama kepada 3 anak...quite tiring BUT I'm happy :)

Banyak cerita nak dikongsi tp tak sure mana nak mulakan...org kata mulakan dgn Basmallah....Bismillahirrahmanirrahim...

Selepas selamat melahirkan Putera kami, saya dan baby terpaksa ditahan sehari di Wad kerana hasil ujian G6PD baby average...satu istilah baru yg tak pernah saya dgr sebelum ni semasa melahirkan 2 puteri. Tanpa fikir panjang saya terus hubungi kawan sekolah yang kini bertugas sebagai doktor di Putrajaya (Dr. Nurul Hidayah Rauf) minta penjelasan. G6PD ni adalah ujian darah yg diambil dr tali pusat baby...should be NORMAL tp baby lelaki mmg ada potensi utk jd G6PD Disessive Average. Baby yg sah disessive ni ada masalah sikit dlm hatinya utk proses few makanan especially kekacang. Baby juga blh kene jaundice mendadak...that's why kalau baby Putera ni disahkan G6PD Disessive melalui ujian kedua yg dibuat perlu ditahan di wad selama 5 hari utk monitor tahap bilirubin (kuning) darah...Ya Allah sembuhkanlah anakku..janganlah dia menghidap apa2 penyakit kronik.

Alhamdulillah...tengahari hari ke-2 kami dah dibenarkan balik.
Bermulalah tempoh berpantang...(pantang ke? hikhikhik)

Thursday, August 19, 2010

Kini Kembali...

Salam buat semua yang mengikuti perjalanan blog ni. As known...sambungan kisah dr last post...saya menyahut Challenge di Wad Bersalin Hospital Serdang pada tgh mlm Sabtu yang sepatutnya saya menjalani training...hehehe...nasib baik instinct kuat dan saya dapat bersedia dgn rehat secukupnya pagi tu sebelum bersalin.Training tu...nanti2la saya g...hehehe...

Nak citer sikit apa yg berlaku pada 19 Jun 2010 (Sabtu). Pagi tu...ayah dan mak decide nak balik Batang Kali bawa kedua2 anak saya...sekejap je sbb nak tgk rumah yg dah lama tingggal (Khamis-Sabtu mereka di rumah saya) dan akan balik semula ke Bangi petang nanti...okla...saya pun bagi mereka ikut.Kami p sarapan sama2 di kedai kemudian sebelum mereka gerak balik Batang Kali, saya ckp dgn Kaklong "Kakak jd good girl ye...nanti balik Mama dah ada baby!" (tanpa maksud apa2).

So mlm tu saya tunggu mereka balik. Petang tu dah rehat sungguh2 tanpa anak2 yg aktif tu...siap minta Sarah(maid) urut kaki yg kerap krem skrg.Mak dan ayah sampai lewat...anak2 dah tidur dan tak sedar sampai rumah.Perut terasa lapar...minta Abg belikan burger.Lepas makan burger..kami lepak2 kat family area sambil layan cerita V3...baru 15minit...tiba2...perut terasa sakit.Saya cuma cuit tgn hubby dan senyum.Selang 10minit...sakit lg...saya cuma bgtau hubby supaya get ready!Bila sakit terasa lg selang 10minit...saya yakin ini kontraksi.Mak yg baru selesai solat Isyak saya maklumkan...saya terus ke tandas utk siap2 ke hospital dan tgk ada tanda darah...apa lagi...saya dan hubby segera bersiap (maklumla skrg dah jauh dr Hospital...dulu dr Uniten 5minit je sampai ).Mak kata...doanya dimakbulkan sebab esok dah last day cuti sekolah dan lusa Mak dah kene mengajar.

Pukul 11.50mlm kami bergerak ke Hospital Serdang.Mulut tak putus2 berzikir dan baca ayat Kursi...sampai kat Hospital Serdang pukul 12.05pagi.Wad Bersalin lengang...cuma ada 2-3 family yg menanti kat luar labour room.Sakit kian kerap...ntah berapa minit sekali(tak tgk jam dah).Lepas register...as usual masuk bilik pemeriksaan.Maybe sebab perjalanan jauh dan sakit yg dah makin kerap...tekanan darah tinggi sedikit...bukaan baru 3cm.Bermcm2 diorg examine sbb nak tau nape tekanan darah tinggi...siap check ketuk2 lutut lg.Saya diminta berehat di bilik persediaan,doktor akan dtg bgtau keputusan ujian darah pukul 5pagi nanti...ha? 5pagi?sekarang baru 1.30pagi...aduh....lamaaaaaaaanya.

Saya cuba utk berehat dan lelapkan mata...tapi mana mungkin...dengan aircond yg mcm freezer,kaki dah mula menggeletar...sakit kontraksi dah rasa mcm 5minit sekali.Saya panggil nurse utk check bukaan...dah tak larat nak dok situ rasanya.Bukaan baru 5cm.Tak sampai 10minit saya jerit lg panggil kakak misi...kontraksi makin kerap...bila check bukaan dah 7cm...kelam kabut saya ditolak ke labour room.

Dalam Bilik 12 Wad Bersalin Hospital Serdang...bukaan dah 8cm dan tak sampai 10minit saya dah rasa nak push dan hubby kelam kabut panggil nurse sebab kali ni semuanya pantas sungguh berlaku.Tak sempat nak betulkan kedudukan...saya terus kumpul tenaga utk mengeluarkan zuriat kami.Cubaan pertama gagal...saya lemah...kali kedua...separuh jalan juga...tapi...bila dengar nurse kata tali pusat dah belit leher anak...saya terus gagahkan diri utk melahirkan anak kami yg ke-3(dah tak fikir punggung terangkat ke apa ke...janji selamat keluar).Bila anak selamat keluar...lama dia diam...saya dah suspen.Tanya pada Abg kenapa dgn anak kita? Abg suruh saya bertenang...anak OK katanya...tp hati tetap tak tenang selagi nurse tak letak anak atas dada(keluar hospital baru tau...tali pusat memang dah belit leher anak dan nurse ambil masa untuk lepaskan tai pusat dan sedut lendir dr mulut baby...kesian anak Mama...syukur semuanya selamat)


Seperti yg diharapkan...kami dikurniakan baby BOY.Syukur Ya Allah...terima kasih di atas pemberianMu.Saya minta utk susukan anak dalam labour room sebelum ditolak ke wad....kerana terbaca tentang kunci kejayaan BF adalah memulakan penyusuan dalam sejam pertama kelahiran.Sekali lg sy bersyukur kerana adik Prince dapat terus menyusu dr Mama dalam labor room.

Inilah cerita proses kelahiran yang saya lalui...bukan niat nak menakutkan sesiapa yg belum melaluinya...tp sekadar berkongsi pengalaman.Secara keseluruhan...saya boleh katakan...perjalanan kali ni lebih mudah dan cepat.Pukul 11.30malam sakit...pukul3.40pagi melahirkan secara normal....ALHAMDULILLAH