Pages

Thursday, June 30, 2011

Siapakah kamu "Anonymous" ?

Assalamualaikum....pembuka bicara.

Dah lama tak tengok blog. Hari ni buka dan temui satu penemuan yang mengejutkan. Ada komen dari orang yang tak berani siar namanya tapi lantang menegur. Anyway thanks ye sebab sudi baca coretan saya. Siapakah kamu? yang pasti anda salah seorang dari rakan FB saya kerana anda boleh baca wall post saya ...hurm... saya ada menunjukkan aurat ke tika saya publish gambar breastfeed Irfan? atau ter"ganggu" kah emosi anda ketika mendengar perkataan "kopek" dan gambar itu? Maaf ye kalau ada yang terganggu dengan post saya samada di blog atau di FB...


Thursday, June 23, 2011

Breastmilk Plastic Bag Storage

Assalamualaikum....pembuka bicara.

Hurm...nape susah sangat nak dapatkan plastik utk simpan breastmilk sekarang ni ek? Dah diharamkan macam botol with BPA tu ke? since when? why?

Puas belek kotak Jingle Jungle Breastmilk Storage kat rumah... ada tulis BPA free. Tapi kenapa dah tak dijual? susah dilupuskan kah? nak selamatkan bumi la ni...

Tapi bagi saya... plastik ni sangat berguna untuk ibu yang tak mempunyai banyak ruang freezer seperti saya. Memang ada brand lain tapi yang lain keras sedikit dan susah nak dilipat dua untuk tujuan save space.


Now ada sekotak je lagi plastik simpan susu brand Auntumz... menang cabutan bertuah Sarakids Gathering hari tu. Semalam baru dapat cari n order dari blog E-Mum Shop. Nasib baik ada lagi plastik Jingle Jungle ni. So apa lagi... acik pun borong la sampai 4 kotak... hehehe...

Semoga Allah terus alirkan rezeki untuk Irfan ni... dan semoga Mama rajin mengepam (sila MARAH saya kalau terskip pump ...huhuhu... pesanan pada Officemate sebelah workstation saya) hehehehe... Happy Breastfeeding to all mummies out there!


Monday, June 20, 2011

Kekasih Saljuku

Assalamualaikum....pembuka bicara.

Entri ni khas Mama nukilkan buat buah hati pengarang jantung Mama... Muhammad Nufael Irfan bin Shaffarizal.

Sepanjang mengandungkanmu, Mama cukup gembira... bukan kerana akan melahirkan anak lelaki (Mama tak tahu dan tak mahu tahu pun jantina anak dalam kandungan... nak SURPRISE! ... sehinggalah Doktor "ter"bagitahu) tetapi kerana banyak perkara menarik yang berlaku. Mama mula bekerja 2 bulan sebelum mengandungkanmu. Kita berpindah ke rumah sendiri saat Mama 3 bulan mengandungkanmu. Tapi disebalik kegembiraan itu, ada 2 kehilangan yang Mama lalui.


Irfan tak sempat bertemu Unyang (ayah kepada Ayahwan)... dia pergi menemui Ilahi pada 25 March 2010. Irfan juga tak dapat mengenali Toklang Shukri (ayah Paklong Mat dan Pakngah Nip)... beliau dijemput Allah pada 13 May 2010. Kehilangan yang meruntun hati Mama. Namun... hadirmu umpama pengubat duka itu. Menambah ahli "Adam" dalam keluarga kita... dan yang paling BEST... Irfan lahir sebagai "Hadiah Hari Bapa" buat Papa.


Setahun sudah berlalu...hari ini genap usiamu setahun. Hadirmu menambah seri hidup Mama, Papa, Kaklong dan Kakngah. Umpama putera idaman yang turun dari kayangan ke pangkuan Mama. Dari awal kehamilan, memang Mama sentiasa berdoa semoga taman indah milik Papa dan Mama dihiasi kumbang setelah mekar 2 kuntum bunga berkembangan. Alhamdulillah, doa kami dimakbulkan.


Pengalaman melahirkanmu sangat berbeza... sangat... sangat... sangat berbeza (entri kelahiran Irfan di sini) Keterujaan untuk menyusukanmu bermula dari saat kita di dalam bilik bersalin. Mama berazam mahu menebus kegagalan lalu. Mama tekad mahu menyusukan Irfan sekurang2nya 2 tahun. Namun... bukan semua yang diimpikan menjadi kenyataan. Allah mengatur dengan lebih baik. Perjalanan bermula dengan sedikit kepayahan. Mama akhirnya tewas... terpaksa memberikan susu formula buat Irfan yang terkena "prolong jaundice". Lebih 20 hari kuning. Lebih seminggu terpaksa berulang ke Hospital KKB untuk check darah. Mama sangat terseksa tengok kaki dan tangan Irfan dicucuk saban hari. Nurse yang datang periksa di rumah beritahu Irfan kurang minum susu sebab najis masih lagi hitam. Akhirnya mama akur. Namun Mama tak pernah rela. Dalam pada masa yang sama, Mama masih berusaha untuk membanyakkan susu badan dengan mengepam dan menjaga pemakanan.

Alhamdulillah, hari ke-25... kita balik ke rumah kita (aik... tak pantang ke?) Mama rindukan rumah kita (ke rindu Papa????) hehehehe... Mama berdegil mahukan pump Spectra 3. Papa tolong belikan. Bermula dari hari ke-30 Mama menjadikan rutin mengepam sebagai satu rutin tambahan dalam kehidupan Mama. Semuanya demi memastikan impian Mama untuk meyusukan Irfan berjaya.


Walaupun tak sepeti...tapi Alhamdulillah. Mama mula menyimpan stok susu perahan buat bekalan Irfan sewaktu Mama kerja. Dari saat itu Mama tak mahu menoleh belakang dan menyesali kegagalan itu. Ramai yang menyokong Mama. Papa, Maktok, Umi... semuanya dah mula menyedari perjuangan Mama. Tambah seronok bila Makde pun sama berjuang untuk abang sepupumu Haziq Zafran (abang lahir 10 hari sebelum Irfan). Namun rezeki Haziq tak sampai setahun. Berbagai cara dah Mama bantu. Bertuahnya anak Mama yang seorang ni. Alhamdulillah... rezeki Irfan masih ada sehingga ke saat ini untuk meneguk titisan kasih ibu ini.


Irfan sangat comel di mata Mama. Kalau pegang Irfan, Mama mesti nak squueeze dan gomol. Mama sangat geram dengan kegebuan Irfan. Hairan juga bila tengok anak jantan sorang ni putih melepak... tak macam kakak berdua tu. Ye... anak Mama semuanya putih dan chinese look. Tapi Irfan lebih putih daripada kakak2.


Ha.... inilah rahsianya... Mama sangat suka menonton VCD "Winter Sonata" (citer Korea yang heroinnya Yu Jin tu) semasa di akhir kehamilan. Agaknya aura "salju" tu sampai ke anak Mama yang dikandung tu... hehehe... Penjagaan Irfan juga sangat mudah. Memang diakui Irfan kuat menyusu. Kini bila dah boleh makan, Irfan sangatlah sukeee. Pantang orang makan... Irfan pun nganga... "mamam...mamam..." Irfan kata.


Sekarang Irfan dah pandai lambai tangan "tata" dan panggil "Mama" dan "Papa". Irfan suka ketawa dan sangat geli bila digeletek. Awal kelahiran dulu Mama ada nampak lesung pipit sebelah pipi kanan Irfan. Tapi hari demi hari lesung tu dah pudar ditenggelami pipi gebumu... hehehe... Pulang kerja je, Irfan dah sengih2 tunggu Mama. Walaupun baru habis sebotol minum susu... Irfan tetap nak menyusu daripada Mama. Sedap agaknya bau masam Mama. Kalau dulu senang je ampu badan Irfan untuk menyusu. Tapi sekarang dah banyak posisi baru direka dalam 1 minit... aih...


Irfan... Mama cuba perbaiki diri dari hari ke hari. Mama cuba sabarkan diri dengan kerenah kalian adik-beradik sebab Mama memang sangat tak biasa dengan hingar-bingar dan jerit-pekik anak kecil. Mama biasa hidup sendiri. Walau terkadang Mama terpekik dan tercubit... tapi ketahuilah olehmu dan kakak berdua... Mama sangat sayang pada kalian. Hidup Mama tak bererti tanpa anakanda bertiga.



Akhir bicara... Mama ucapkan "Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang Pertama" buat Kekasih Salju Mama... Muhammad Nufael Irfan (Hamba Allah Yang Terpuji dan Bijaksana, Hadiah Penuh Kesyukuran). Kaulah hadiah terindah di dalam hidupku. Mama bersyukur dengan kehidupan yang Allah kurniakan buat Mama kini.




Happy birthday Irfan.
You are finally turning one!
No more "Mama, feed me!"
The fun has just begun.
Soon you will be running, climbing
and jumping everywhere.
Mama and Papa will be pulling out our hair!
But always remember, when the punishments do come.
No matter what happens.
You are loved, Little one.



Friday, June 17, 2011

Nora Elena

Assalamualaikum pembuka bicara

24 episod berlalu namun masih belum puas menonton..purgh..inilah penangan drama bersiri Nora Elena. Terbuai rasa hati melihat kesabaran dan kesungguhan Seth mendapatkan cinta Elena.. Mulalah terfikir..adakah lelaki yg begitu d zaman ni? In realiti..adakah?

Well..it just a story..fantasi si penulis barangkali. Hari2 tersenyum dpn pc bila ramai wanita yg mula bgelar Elena timbul d ruangan FB..tak kurang juga ramai yg mula mbayangkan keromantisan si Seth sehingga menggelar pasangan mereka Seth..well..itu semua hak masing2.Jika benar..anda sgt bertuah..namun kalau ada anak dara yg mencari Seth..jangan pulak korg jd Yvone yg berusaha merampas cinta Seth dr Nora..hehehe..

Till then...semoga ramai lelaki (specially suami) yang mula belajar untuk tulus mencintai isteri seperti si Seth tu...

Tata (^_^) for now

Monday, May 16, 2011

Homemade Puree

Assalamualaikum....pembuka bicara.

Dah lama saya nak mengarang entry ni tapi belum berkesempatan menyempurkannya. Kak Lid pernah tinggal comment minta saya share resepi puree yang saya sediakan untuk Irfan. Sebenarnya... ini bukanlah resepi saya sendiri. Semuanya diambil dari blog rakan2 dan buku. Mohon share ye pada mereka yang berkenaan (maaf saya tak ingat ambil dari mana sebab dah lama compile resepi ni... sebelum Irfan lahir)

Saya hanyalah ibu biasa yang masih perlu banyak belajar. Tetapi sekiranya ada sedikit ilmu ini yang minta dikongsi... InsyaAllah saya akan kongsikan kerana ia bukan milik saya tapi anugerah Ilahi.

Sebelum saya mula memasak puree... saya sediakan dulu bekas untuk menyimpan. Saya tidak mampu untuk masak hari2... jadi saya sediakan puree untuk bekalan seminggu dan disimpan dalam freezer. Oleh itu, bekas yang saya rasa mudah+murah+selamat adalah bekas dadih yang comel ni.

setelah dibasuh dengan warm soapy water

Then saya lekatkan sticker label makanan yang saya buat sendiri pada setiap bekas yang ingin digunakan... begini caranya

stickers

gunting + lekat
dah siap... bekas utk cik "Bayam"


Ada beberapa cara saya memasak makanan Irfan... bergantung pada tekstur bahan.

  1. Merebus

  2. Makanan yang saya rebus: Nasi, Bayam, Epal

    Cara merebus: Masukkan sedikit air tapisan, biar sehingga mendidih.
    Then masukkan bahan dan tutup periuk.

    Masukkan dalam pengisar.

    Kisar (bergantung kepada usia bayi - hancur atau kasar)



  3. Mengukus (Stim)

Makanan yang saya kukus: Bronkoli, Carrot, Labu

Cara mengukus: Masukkan sedikit air tapisan dalam pengukus. Letak bahan di bahagian atas pengukus.
Mr Bronkoli

Miss Pumpkin

get into the Microwave... for about 5-10 minutes

pumpkin ready to be smash

bronkoli dikisar halus/kasar

scoop into cotainer... untuk sekali makan

stack of "Homemade Puree"


Maka dengan ini... terhasillah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

aneka puree untuk anakanda putera... soooo colourful

Sekian dulu perkongsian ilmu. Semoga kita semua mendapat manfaat.


Monday, April 25, 2011

yeeeehaaa....DARC here we come

Assalamualaikum....pembuka bicara.

Apa aktiviti hujung minggu kalian? Semoga anda semua happy =) spending quality time with love one.

Hari Sabtu, masa untuk mengemaskini rumah... 3trip laundry + simple breakfast + vacum + mop... huhu... berpeluh makcik.

Setelah berhempas pulas... sampai memulas perut gara-gara late lunch... uhuks... hari Ahad kami bersuka ria di Denai Alam Recreation&Riding Club Selangor... memenuhi undangan Sarakids... dan menunjukkan sokongan terhadap BF Moms.


Perjalanan EXORAku dari Bandar Seri Putra ke DARC mengambil masa kira-kira 1 jam. Penuh muatan dengan 4 womans + 2 girls + 2 boys. Go.. Go.. Girl Power!

Pink mata hitamku melihat ratusan ibu gorgeous di sana. Berpakaian mengikut tema. Ramai bayi-bayi cuuumiiiilll menemani ibu menunjukkan tanda terima kasih mereka kerana telah diberikan makanan terbaik didunia. Tak kurang juga Papa2 yang segak bergaya mengenakan baju hitam dihiasai DSLR masing2 menemani isteri sebagai tanda sokongan tak berbelah bahagi... (T_T) suamiku tiada... kerana bertugas!

Biarpun Papa tiada menemani Mama... but I know you do support me! Thanks dear. Kalau tak... takkan la Papa sanggup ke butik penyusuan susu ibu setiap bulan untuk membelikan storage beg dan barang2 keperluan menyusu yang lain termasuk yg C cup tu seorang diri tanpa Mama kan? biarpun mula2 agak keberatan... malu katanya... but NOW sales girl tu pun dah kenal Papa. Thanks Abang... thanks a lot.

Saya sangat teruja untuk berada di sana. Tambahan pula dengan senario serangan emosi daripada mereka di luar sana yang salah sangka pada kami BF Moms yang bekerjaya yang kerap berkongsi gambar EBM di FB dan blog. Well... niat kami hanya Allah yang Maha Mengetahui. Siapalah kita... manusia yang "BAHARU" sifatnya untuk menilai manusia lain.

Tahniah! buat Farah Farhan dan Sarakids Team. Kamulah inspirasi kami. Kamulah pembakar semangat juang kami. Terima Kasih.

Mummy Anita, Mama Atie and future Umi Maylina

pencipta lagu BF... Mr Brian

BF Sons... Irfan and Haziq

Say YES To Breastfeeding!

perasmian BF Mom Gathering 2011 dan pelancaran MODU

BF Thought oleh Puan Farah Farhan... sungguh touching (T_T)

BF Moms: Me and my "Biras"

sing together... "Mari kita sama-sama... Sama-sama... Menyusu Baby... Baby"

I'm soooo lucky... dapat hadiah "Cabutan Bertuah" (^_^)


For all mummies out there... Selamat meneruskan perjuangan dalam memberikan yang terbaik buat anakanda tercinta. Jika anda tewas sekali ini, janganlah mengalah. Kerana saya juga pernah tewas. Bukan sekali... tetapi DUA kali. Bangkitlah selepas kecundang. Penuhkan ilmu didada. Cekalkan semangat. Pedulikan pandangan negatif orang lain... kerana Hanya Kita Yang Lebih Mengenali Diri Sendiri dan Kemampuannya!

Happy Breastfeeding semua!!! Love you all...


Friday, April 15, 2011

Nak cari barang...nak cari barang

Assalamualaikum....pembuka bicara.

How was ur week? Hari ni adalah penghulu segala hari...Jumaat...esok Sabtu... CUTI! So what ur plan for this weekend?

Saya ada misi pencarian. Bermacam barang berputar ligat dalam kepala mcm gasing hendak dicari dan disediakan untuk majlis sambutan harijadi anakanda puteri di sekolahnya 27hb nanti. Over kah saya?

Hurm...as a mother, apa sahaja permintaan anak... sebolehnya nak ditunaikan selagi terdaya. Tahun ni first time Afifah nak celebrate birthday di sekolahnya... tu yg terlebih excited... hehehehe

Instead of giving ordinary sweets n junk food dalam goodie bag... saya merancang nak cari sesuatu yg boleh disimpan lama oleh rakan2 Nurin (nama panggilan Afifah di sekolah). Perhaps some stationary or keychain... hurm... mana nak cari yg murah dan boleh custom made? any idea?

Tata for now... have a great weekend with ur love one!