Pages

Monday, June 20, 2011

Kekasih Saljuku

Assalamualaikum....pembuka bicara.

Entri ni khas Mama nukilkan buat buah hati pengarang jantung Mama... Muhammad Nufael Irfan bin Shaffarizal.

Sepanjang mengandungkanmu, Mama cukup gembira... bukan kerana akan melahirkan anak lelaki (Mama tak tahu dan tak mahu tahu pun jantina anak dalam kandungan... nak SURPRISE! ... sehinggalah Doktor "ter"bagitahu) tetapi kerana banyak perkara menarik yang berlaku. Mama mula bekerja 2 bulan sebelum mengandungkanmu. Kita berpindah ke rumah sendiri saat Mama 3 bulan mengandungkanmu. Tapi disebalik kegembiraan itu, ada 2 kehilangan yang Mama lalui.


Irfan tak sempat bertemu Unyang (ayah kepada Ayahwan)... dia pergi menemui Ilahi pada 25 March 2010. Irfan juga tak dapat mengenali Toklang Shukri (ayah Paklong Mat dan Pakngah Nip)... beliau dijemput Allah pada 13 May 2010. Kehilangan yang meruntun hati Mama. Namun... hadirmu umpama pengubat duka itu. Menambah ahli "Adam" dalam keluarga kita... dan yang paling BEST... Irfan lahir sebagai "Hadiah Hari Bapa" buat Papa.


Setahun sudah berlalu...hari ini genap usiamu setahun. Hadirmu menambah seri hidup Mama, Papa, Kaklong dan Kakngah. Umpama putera idaman yang turun dari kayangan ke pangkuan Mama. Dari awal kehamilan, memang Mama sentiasa berdoa semoga taman indah milik Papa dan Mama dihiasi kumbang setelah mekar 2 kuntum bunga berkembangan. Alhamdulillah, doa kami dimakbulkan.


Pengalaman melahirkanmu sangat berbeza... sangat... sangat... sangat berbeza (entri kelahiran Irfan di sini) Keterujaan untuk menyusukanmu bermula dari saat kita di dalam bilik bersalin. Mama berazam mahu menebus kegagalan lalu. Mama tekad mahu menyusukan Irfan sekurang2nya 2 tahun. Namun... bukan semua yang diimpikan menjadi kenyataan. Allah mengatur dengan lebih baik. Perjalanan bermula dengan sedikit kepayahan. Mama akhirnya tewas... terpaksa memberikan susu formula buat Irfan yang terkena "prolong jaundice". Lebih 20 hari kuning. Lebih seminggu terpaksa berulang ke Hospital KKB untuk check darah. Mama sangat terseksa tengok kaki dan tangan Irfan dicucuk saban hari. Nurse yang datang periksa di rumah beritahu Irfan kurang minum susu sebab najis masih lagi hitam. Akhirnya mama akur. Namun Mama tak pernah rela. Dalam pada masa yang sama, Mama masih berusaha untuk membanyakkan susu badan dengan mengepam dan menjaga pemakanan.

Alhamdulillah, hari ke-25... kita balik ke rumah kita (aik... tak pantang ke?) Mama rindukan rumah kita (ke rindu Papa????) hehehehe... Mama berdegil mahukan pump Spectra 3. Papa tolong belikan. Bermula dari hari ke-30 Mama menjadikan rutin mengepam sebagai satu rutin tambahan dalam kehidupan Mama. Semuanya demi memastikan impian Mama untuk meyusukan Irfan berjaya.


Walaupun tak sepeti...tapi Alhamdulillah. Mama mula menyimpan stok susu perahan buat bekalan Irfan sewaktu Mama kerja. Dari saat itu Mama tak mahu menoleh belakang dan menyesali kegagalan itu. Ramai yang menyokong Mama. Papa, Maktok, Umi... semuanya dah mula menyedari perjuangan Mama. Tambah seronok bila Makde pun sama berjuang untuk abang sepupumu Haziq Zafran (abang lahir 10 hari sebelum Irfan). Namun rezeki Haziq tak sampai setahun. Berbagai cara dah Mama bantu. Bertuahnya anak Mama yang seorang ni. Alhamdulillah... rezeki Irfan masih ada sehingga ke saat ini untuk meneguk titisan kasih ibu ini.


Irfan sangat comel di mata Mama. Kalau pegang Irfan, Mama mesti nak squueeze dan gomol. Mama sangat geram dengan kegebuan Irfan. Hairan juga bila tengok anak jantan sorang ni putih melepak... tak macam kakak berdua tu. Ye... anak Mama semuanya putih dan chinese look. Tapi Irfan lebih putih daripada kakak2.


Ha.... inilah rahsianya... Mama sangat suka menonton VCD "Winter Sonata" (citer Korea yang heroinnya Yu Jin tu) semasa di akhir kehamilan. Agaknya aura "salju" tu sampai ke anak Mama yang dikandung tu... hehehe... Penjagaan Irfan juga sangat mudah. Memang diakui Irfan kuat menyusu. Kini bila dah boleh makan, Irfan sangatlah sukeee. Pantang orang makan... Irfan pun nganga... "mamam...mamam..." Irfan kata.


Sekarang Irfan dah pandai lambai tangan "tata" dan panggil "Mama" dan "Papa". Irfan suka ketawa dan sangat geli bila digeletek. Awal kelahiran dulu Mama ada nampak lesung pipit sebelah pipi kanan Irfan. Tapi hari demi hari lesung tu dah pudar ditenggelami pipi gebumu... hehehe... Pulang kerja je, Irfan dah sengih2 tunggu Mama. Walaupun baru habis sebotol minum susu... Irfan tetap nak menyusu daripada Mama. Sedap agaknya bau masam Mama. Kalau dulu senang je ampu badan Irfan untuk menyusu. Tapi sekarang dah banyak posisi baru direka dalam 1 minit... aih...


Irfan... Mama cuba perbaiki diri dari hari ke hari. Mama cuba sabarkan diri dengan kerenah kalian adik-beradik sebab Mama memang sangat tak biasa dengan hingar-bingar dan jerit-pekik anak kecil. Mama biasa hidup sendiri. Walau terkadang Mama terpekik dan tercubit... tapi ketahuilah olehmu dan kakak berdua... Mama sangat sayang pada kalian. Hidup Mama tak bererti tanpa anakanda bertiga.



Akhir bicara... Mama ucapkan "Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang Pertama" buat Kekasih Salju Mama... Muhammad Nufael Irfan (Hamba Allah Yang Terpuji dan Bijaksana, Hadiah Penuh Kesyukuran). Kaulah hadiah terindah di dalam hidupku. Mama bersyukur dengan kehidupan yang Allah kurniakan buat Mama kini.




Happy birthday Irfan.
You are finally turning one!
No more "Mama, feed me!"
The fun has just begun.
Soon you will be running, climbing
and jumping everywhere.
Mama and Papa will be pulling out our hair!
But always remember, when the punishments do come.
No matter what happens.
You are loved, Little one.



2 comments:

  1. Owh... kene tengok citer korea ek nak dapat anak comel cam Irfan :)

    ReplyDelete
  2. kasih kita: takdela...Irfan cumil dimata saya. Ni fe'el Mama Irfan time ngandung dia...hehehe...layan 42 episod Winter Sonata...

    ReplyDelete