Pages

Friday, April 8, 2011

Kisah baru dalam episod kehidupan kami

Assalamualaikum....pembuka bicara.

Maafkan saya kerana sudah lama tak mencoret apa-apa di blog ni...kalau ada yang mengikuti la...ahaks.

Sibuk bukanlah alasan yang baik untuk saya berikan tetapi itulah yang terjadi. Orang lain boleh je update blog kan? kenapa saya tidak? hurm...taknak lah beri alasan lagi.

Life is enjoyable but yet very challenging past few weeks. Seperti yang diwar2kan sebelum ni... maid saya berhenti mengejut. Seminggu jugalah saya bercuti untuk menjaga 3 ketuls buah hati terchenta tu. Last week, kami terima seorang maid baru. Terima hari Rabu... hari Selasa baru ni dah dihantar pulang ke agensi. Kenapa????

Malaslah nak cerita panjang... anggaplah kami tiada jodoh :( hehehe... sedih ke? TAK! Sebab? mengapa perlu menangisi takdir Ilahi yang ternyata ada seribu kemanisan disebalik kejadian ini. Saya sangat bersyukur kerana dengan ketiadaan maid ni membuatkan saya lebih banyak masa dengan anak2 dan suami. Semuanya kami urus sendiri kini.

Sedikit adegan airmata bermula di pagi hari bila Auni yang dah biasa dijaga maid di rumah kini harus bangun pagi dan dihantar ke taska. Hari pertama... memang mencabar. Auni nangis...siap gayut di pintu gril taska...kakak menangis juga bila tengok adik begitu...mama? haruslah meraung sama tengok anak2 begitu (T_T) huwaaaaaa

Namun ini bukanlah masalah besar. Semua anak kecil akan merasa sayu begini bila terpaksa ditinggalkan kerana ibu dan bapa kerja. Tadika di belakang rumah kami pun setiap pagi ada raungan anak kecil ... biasala... once dah tak nampak kereta mak ayah, berhenti terus la nyanyian mereka tu. Tengok kawan2 dah main riang... tak macho lah nak nangis lagi kan?

For my little boboy ...Irfan... cool as always. Ada aku kisah???? hehehe... ye lah, dia masih kecil dan luckily dia tidak memilih orang. Semua yang sapa... akan dibalas dengan senyuman. Senyuman yang selalu buat hati Mama berbunga riang walaupun penat menguruskan kerja dan rumah.

Hati sejuk bila tengok dengan makcik yang menguruskan taska. "Atie pergi je kerja dengan tenang... InsyaAllah makcik jaga elok anak2 Atie. Jangan susah hati ye..." Inilah kata2 dari seorang yang dah 7 tahun pengalaman menguruskan Taska. Sungguh besar rahmat Allah. Makcik ni baru je datang menguruskan taska mmilik sepupunya ni 3 hari sebelum saya mendaftar anak2 di sini. Jodoh yang Allah tentukan buat kami... Alhamdulillah.


No comments:

Post a Comment