Assalamualaikum....pembuka bicara.
It has been a while since last update. Bukan mencipta alasan tapi jadual harian semakin ketat. Terganggu segala urusan gara-gara maid berhenti serta-merta.
Cuti sekolah yang dirancang dengan plan untuk pulang menziarah Tok di kampung... tergendala. Namun anak-anak tetap ber"gumbira" menghabiskan masa bersama Maktok dan Ayahwan di Batang Kali.
Seminggu berulang dari Batang Kali ke Bangsar. Mujur ada mak dan ayah yang sudi mengasuh 3 "budak bertuah" tu. Pasti penat Maktok melayan Kaklong dan Kakngah sambil mengendong Irfan yang bambam :)
Ya Allah... aku redha dengan ujianMu. pasti Kau mahu berikan yang lebih baik buat kami sekeluarga. Betapa susahnya hati kerana belum temui pengganti. Tapi apalah sangat kesusahan ini berbanding mereka yang lebih berat dugaannya.
Minggu ni... seminggu saya akan bercuti. Apply untuk seminggu tapi syukur... hari ni ada Ibu Mertua yang sudi menjaga anak bertiga. Esok???? bergantung pada keadaan Ummi di rumah tu... pengsan kah??? atau masih boleh menyahut cabaran untuk esok???
Apa2 pun Syukur Ya Allah...aku masih dikelilingi keluarga yang sentiasa disisiku dikala aku memerlukan bantuan. Terima Kasih Ya Allah. Terima Kasih Mak...Ayah...Mama...Abah... Terima kasih juga pada x-maid kerana "MENGANAIYA" seorang ibu. Dengan kisah ini... kami sekeluarga lebih bahagia melayan kerenah anak2. Terima Kasih juga buat suamiku yang tak henti-henti berusaha mencari pengganti buat menjaga anak kami. Semoga Allah temukan kita dengan insan yang lebih amanah dan bertanggungjawab mengasuh anak kita.
Laa... napa atie? maid lari atau buat hal? kak lid baru cadang2 nak amek MAID... mcm tak brapa nak konfiden pulak rasanya...
ReplyDeleteKak Lid...janganlah kerana kisah kecil Atie ni mengubah pendirian akak. Maid dah takde hati nak kerja ngan kami...so watpe nak paksa kan? Cuma terkilan sebab dia berhenti tanpa inform awal. Hari itu dia pack dan terus minta berhenti...
ReplyDelete