Saya dan suami keluar bekerja seawal jam 7.30 pagi (awal ke???) di saat Kaklong dan Kakngah masih diulit mimpi sambil melelehkan lava di tepi bibir membesarkan peta di bantal..hehehe... Bila kami pulang je...rasa macam disambut bagai menteri. Mereka berpekikan kegembiraan. Kakngah akan sibuk nak naik motor pusing2. Kaklong pula baru dibenarkan keluar dari pagar rumah untuk main basikal. Irfan? pandang Mama dan senyum penuh makna.Selesai mandi dan solat Maghrib, saya mula ambil pesanan makanan dr anak2 dan suami. Apa beza dgn kedai? Saya sendiri ambil order dan masak... huhuhu ... kes tak cukup pekerja ke? BUKAN ... saya akan rasa bersalah kalau tak dapat masak untuk mereka yg telah saya tinggalkan seharian dgn maid
Isnin lalu Kaklong minta saya masak mee goreng ... tapi hari tu saya penat sgt, Cadang nak rehat jap lps Maghrib... tuptup ... tersedar dah pukul 1 pagi. Saya sedih..pikir apa yg anak2 makan tadi. Perut juga terasa lapar dan kepala dah mula pusing...Ye la...tengahari tu saya tak mkn nasi...balik terus menyusukan anak sampai tertidur. Saya bangun minum milo+oat ... mengumpul tenaga untuk menyusukan Irfan yg dah mengamuk. Hari Selasa, pulang dr kerja... saya terus ke kedai beli brg2 utk masak mee. Selesai solat Maghrib, saya turun memasak utk kami sekeluarga. Inilah hasilnya... dan gambar2 di bawah ni ragam anak2 saya makan Mee Goreng Mama.
Hilang segala penat bila tgk anak2 makan masakan dr air tangan ibu sampai licin mangkuk...Papa tak puji pun tak pe...sebab Mama tau mesti Mama masak sedap sampai licin semangkuk mee tu (atau anak2 Mama lapar sangat???)