Pages

Thursday, June 17, 2010

Aktiviti weekend ni...Training or Delivery?

Semalam tak lena tidur dibuatnya...terfikir ttg Training yg perlu dihadiri weekend ni di KL. Hati rasa berdebar2...terfikir macam mana kalau tgh org lain sibuk "Challenge"...di satu sudut saya tengah "Contraction" ??? huhu...tak mau fikir la.

Kalau minta tangguh training ni nanti...takde kawan lak nak g sama2. Time tu juga Mama mesti tgh sibuk mengepam susu untuk adik..huh..Tawakal lah utk g training tu this week.

Adik...anak Mama yang baik...sayang hold on dulu ye. Biar habis training baru kita berjumpa...or...adik boleh keluar jumpa Mama, Papa, Kaklong dan Kakngah malam ni =) wink..wink..

Entah kenapa Mama begitu tak sabar nak jumpa anak Mama yang seorang ni...adakah mungkin dia berbeza dr kakak2nya???

Tuesday, June 15, 2010

Can I have This???


Nak sangat memiliki Spectra 3 Electric Breastpump ni...gadget untuk menjayakan misi mengumpul stok EBM ku.

Dag---dig---dug

Kesibukan dan kemalasan dah mula melanda diri di saat2 perut dah mula terasa berat ni...hehe...tgk je lah entry ni...dah berapa hari tak meng"update" blog ni...hish...dah ada habuk sikit2...nasib baik belum bersawang.Semalam Mama dah suspend bila adik dah mula mengeras dan menghimpit ke bawah perut...maybe adik dah tak sabar nak jumpa Kaklong and Kakngah. Apa2pun Mama n Papa mmg dah ready utk berjumpa dgn adik...setelah geram tgk baby Makda and Pakda (Haziq Zafran).

Mama tak sabar nak dgr suara nyaring baby nangis n tak sabar juga nak susukan anak Mama yang ke-3 ni. Mudah2an rezeki yang melimpah ruah dr breast Mama untuk Adik dan Kakngah (Mama nak implement "Tandem Nursing")...hope Kakngah sudi breastfeed dr Mama semula ;)

Love you with all my heart !!!

Thursday, June 10, 2010

Mama rindu princesses :(


Dah 2 hari Kakak n Angah balik Batang Kali...Mama ngan Papa sunyiiii...Mama rindu sangat2 kat princesses. Mama nak dengar Kakak "speaking london" (selalunya Mama tak layan kan??) huhuhu ... Mama rindu suara manja Angah minta "tutu"

Waaaaa....Mama nangis ni...balik la cepat!

Wednesday, June 9, 2010

Mulanya di sini !

Salam untuk semua...saat ini bermula la Mama Nurins ber"blog". Teruja membaca blog2 lain terutama yg bercerita ttg BF (breastfeeding). Diinspirasikan oleh Diyaluna dan Farah Farhan ..so..here I am...Hope suatu hari nanti anak2 Mama dapat baca n faham isi hati Mama as Mama tulis ni semua dari hati :)

Entry pertama ni sekadar nak menyatakan matlamat utama Mama menulis:
  1. Nak berkongsi rasa hati sebagai Working Mom + Wife to Papa (of course la...sape lg kan?) + Mama to 2princesses (Afifah & Auni) + Pregnant Mom yg berkobar2 mengumpul semangat utk menjayakan Exclusive BF.
  2. Mama menulis untuk berkongsi ilmu dengan blogge2 yg rami di luar sana...apa2 ilmu la.
  3. Mengalirkan stress ke dalam bentuk tulisan tanpa perlu melayan perasaan yg akan merosakkan diri...huhu...pasti banyak entry yg ni...hahaha

gambar ni diambil masa kita celebrate Raya kat rumah TokAbah & Umi tahun 2009...Mama masih slim lg (hehe..ayat perasan)

That's it for now...hope blog ni tak bersawang n Mama tak juga terlalu obses dgn blog ni sehingga mengabaikan tugas =) tata